Resepi : Ayam goreng bersalut oat ( mengidam !! )

Hidang resepi ayam goreng bersalut oat la pulak … buat lama dah .. malam – malam terasa nak makan Ayam Goreng , tak kisah la ayam goreng macam mana , macam di pasar malam pun ok , tapi mana ada pasar malam lagi di buka jam 1 pagi .. lapar tak tentu hala perut ni , siang nak tido malam nak berjaga , makan .. akhir nya pergi la ke dapur gaul – gaul ayam yang ada dalam peti , semua bahagian ada .. kepak , hati ayam , kaki ayam , leher , pehe .. belasah je semua .. potong kecil-kecil sama saiz jadi senang nak goreng , takde la yang mentah dan terlebih masak nanti.

SONY DSC

Bahan untuk resepi  ini , paling mudah yang ada di dapur .

  1. Oat
  2. Ayam
  3. Telur
  4. Garam + Lada Suah  + Sedikit rempah

Gaul rata semua bahan , perap kejap dalam 15 minit , dan goreng …

resepi ayam goreng oat

Goreng tenggelam dalam minyak panas , senang tak perlu balik-balik kan , sambil goreng boleh tengok tv atau oline …  lepas tu tak cukup lagi kita goreng cedawan rangup2 pula … phew ~

Dan dah siap …. makan semasa panas cicah sos … ayam ranggup tak terkata … semua bahan sebati dan sedap … garam jangan lebih … doktor suruh saya makan organ dalaman banyak-banyak bagi tambah darah. Doktor tak tau saya hari-hari makan hati …  🙂 ~

Salam sabtu … selamat bercuti ..   🙂

28 thoughts on “Resepi : Ayam goreng bersalut oat ( mengidam !! )

  1. wah..resepi baru ke bee,ayam grg bersalut oat..nampak sedap..mst rangup..leh cuba nanti..tq share resepi ye bee..oh ye,nk komen ckit..m3h suka tgk header baru bee..cantik&kelako tgk gelagat bee 1 famly..mne bee tempah..

  2. Nampak macam ayam goreng ayamas la. Kena cuba ni. Saya sahur makan ayam goreng ayamas dengan nasi je. Kalau makanan lain tak lalu nak makan..

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.