Setahun sekali je ke aku update blog ni ?

Assalamualaikum geng .. aku baru rasa sihat dan hobi-hobi aku datang balik. Update sedikit recap tahun 2023 untuk aku ingat-ingat.

Tak semena – mena aku kena penyakit ” kemurungan ” . Tersangat lama kehidupan terumbang ambing. Terlalu banyak liku-liku perjalanan dan dugaan aku lalui dengan penuh rasa ” blurr ” .

Apa aku nak pesan kepada diriku di sini. 2024. Tak semua perlu di luahkan, jaga diri jangan terlalu percaya orang. Sangat sangat perita ya azab dia. Tak ada orang boleh di percayai kecuali Allah s.w.t. Aku bergelut ke klinik psy dan makan ubat psy akibat percaya orang. Ya ampun puanbee … ko lemah.. hahahah ..tapi sekejap saja . Jangan risau aku akan pulih sihat dan cantik seperti biasa.

Tahun 2023 aku telah pindah rumah dari Selangor ke Taiping. Nasib tak pindah status dari bini orang ke single jah.. hahahaha.

Anak masih 5 orang , usia perkahwinan cecah 20 tahun. Kehidupan Insyallah lebih tenang lepas ni. Percaya dan yakin. Allah tak akan uji seseorang di luar kemampuan. Walau apa ujian aku akan lalui dengan tenang selepas ini.

Blog puanbee diam – diam ada 70 usd dalam akaun adsense wei. Nak cash out tak boleh , kerana belum cukup 100 USD. Tapi youtube aku tahun 2022 aku dah dapat jana duit. Disebabkan aku tak aktif pada tahun 2023 dek kerana kemurungan maka ada baki 30 usd. Aku rasa hidup aku kelakar sekarang ni.

Sekarang aku banyak menjauhkan diri dari media social. Tapi aku terasa macam nak aktifkan blog dan youtube untuk jana income , tapi itulah masaalahnya laptop tak ada .. ni pinjam anak punya. Sadis. Youtube insyallah boleh terus update dari smartphone sahaja kan. Kamera DJI aku beli tu dah berabuk dah , nasib baik dia sihat lagi tu. Boleh guna lagi.

Walau aku kemurungan , aku tetap akan bayar ssm , dan domain blog ini. Tetap bayar sehingga lah anak-anak aku ambil alih mungkin. Aku perlu ada income nak bayar hutang dan membina rumah idaman aku. gitu…

Apa pun selamat datang 2024 , semoga ada sinar indah di kehadapan hari untuk kita semua. Semoga kerajaan yang menyusahkan rakyat akan jatuh. Eh tiber !

Salam untuk semua.

Testing update done ! hihihi adios …

Show 3 Comments

3 Comments

  1. Alhamdulillah.. Moga semuanya baik-baik je dan moga rutin harian dipermudahkanNYA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.