Nak staycation sejurus selepas habis PKP , Boleh tak ?

Assalamualaikum , hai hai ..kena kecam tak kalau nak pergi bercuti di masa pandemik covid ni ? Alaa korang pun sama je dengan aku kan , semua dah rasa nak hidup macam dulu balik kan? Aku baca lah facebook hangpa . Masa ni aku dah buat buat sibuk survey dah merata-rata cari port untuk staycation … Read moreNak staycation sejurus selepas habis PKP , Boleh tak ?

Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson

Saya demam , pada zaman dunia di landa wabak pandemik Covid 19 yang gejalanya adalah DEMAM , SELESEMA , BATUK DAN LEMAH SENDI SERTA ADA YANG HILANG DERIA BAU. Aku menjadi takut sendiri kenangkan anak-anak seramai 5 orang. Yang paling kecil masih menyusu dan special sikit , umur 3 tahun masih belum pandai bercakap serta … Read moreVitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson

COVID-19: Pembukaan sekolah di seluruh negara pada 20 Januari ditangguh – KPM

Masaalahnya , aku baru hantar anak ke asrama petang tadi , petang 16/1/2021. Lepas tu apa ? menggelabah tenuk jadinya. Dari Selangor ke Teluk Intan. Sudah lah susah nak kena buat surat rentas negeri bagai. Kerana hantar anak back to back tak singgah mana-mana tak rehat sekejap pun di mana-mana , tayar kereta pancit uiiii … Read moreCOVID-19: Pembukaan sekolah di seluruh negara pada 20 Januari ditangguh – KPM

Cara cancel booking hotel di Agoda.com

Sedihhhhhh .. maklum lah aku ni dah lama tak berjalan , lama gila. Sebelum pandemik covid lagi. Kemudian kena PKP , PKPP , PKPB , PKPK pun kena. Selepas berbincang dengan suami. Kami merancang hendak tidur di The Orient Star Resort Lumut semalam dan menikmati bau udara pantai sehari , kemudian hantar anak ke Teluk … Read moreCara cancel booking hotel di Agoda.com

AIR SELANGOR TAKDE LAGI

Air Kuning di Perak Air Hitam di Johor Air Keroh di Melaka Air Hangat di Langkawi Air takde di Selangor …… Bersabarlah rakyat selangor , saya ni dah lama duduk selangor walaupun asal dari perak , adalah 17 tahun gitu. Dah macam-macam lalui dari memboyot bawak anak tu dalam perut , sehingga anak tu dah … Read moreAIR SELANGOR TAKDE LAGI

Belanjawan 2021 Malaysia – Apa yang kita boleh dapat di musim covid19 ini ?

Perbentangan belanjawan 2021 pada 6 november 2020 , jumaat jam 4:00 petang oleh Menteri keeangan Malaysia , Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz. Apa harapan anda dengan beajet atau belanjawan bagi tahun 2021 ? Yang pasti harapan rakyat sangat besar. Tetap masih juga curiga adakah jika dengan ada nya belanjawan 2021 ini kita mampu … Read moreBelanjawan 2021 Malaysia – Apa yang kita boleh dapat di musim covid19 ini ?

Jahit PPE ketika Malaysia di landa COVID-19 , harap tak ada lagi

Dalam berita kata , kalau covid19 naik ke 3 angka PKP mungkin akan di laksanakan semula.Saya berdoa sentiasa harap janganlah. Mungkin tidak memberi kesan sangat kepada mereka yang berduit tetapi sangat berkesan bagi mereka yang berstatus sederhana ke rendah. Dalam keluarga saya sendiri pekerja tapak binaan dan bos kedai grill kini tiada beza. Korang faham … Read moreJahit PPE ketika Malaysia di landa COVID-19 , harap tak ada lagi

Penerima GKP (BANTUAN GERAN KHAS PERIHATIN )

Assalmualaikum , im backkkkkkkkk .. lama nya tak tulis blog. Rindunya.. sebelum ini busy sangat menjahit sampai tak pandang blog , lagi pun laptop rosak so memang tak ada mood lah nak menulis sebab tak boleh edit. Jadi hikmah PKP , banyak nya yang terjadi & terbeli.Komputer set alah satunya. Jadi lepas ni , aku … Read morePenerima GKP (BANTUAN GERAN KHAS PERIHATIN )

Potong line streamyx , Langkah penjimatan kos

Assalamualaikum , Hai … apa khabar semua ? hee berita gembira kat korang , sekarang potong streamyx boleh bagi alasan langkah penjimatan kos tau. Saya sebenarnya malas nak register baru di rumah sewa baru , jadi potong saja lah. Salah satu sebab nya nak jimat kos juga lah. Sekarang semua mahal lah. Terasa betul. Tetapi ..

Semasa nak potong line saya pergi ke kaunter TM Point , bil saya sebulan RM134. Tak sangka pula ye. Kalau kita nak potong sebab nak jimat  pegawai tu offer kepada saya RM100 sebulan , jika saya nak teruskan langganan. Wah !  kalau tau dah lama buat. Jimat RM34 sebulan tau. Hurmm tapi dah lewat lah.potong-line-streamyx

Lepas potong TM Streamyx , pergi langgan u-mobile hero pakej pulak. RM98 sebulan. Tukar nombor yang sama dari tunetalk ke umobile. Tunetalk pun bukan elok sangat. Line internet laju tapi kalau nak bercakap macam dalam gua. Walaupun tunetalk sebenarnya best. Topup RM30 dapat percuma 1gb data. Topup RM50 dapat percuma 1.5gb data. Tetapi .. saya jarang call orang. Semua whatapp saja. Call mak pakai telefon rumah.

Itu dulu , sekarang kena call mak guna mobile lah. Lagi pun takpe sebab umobile bagi unlimited call ke mana-mana nombor.

So saya jimat

RM134 + RM30 – RM98 = RM 66

Read morePotong line streamyx , Langkah penjimatan kos

Buffet Ramadhan Casa Ombak Lagi

Masih belum terlambat kalau korang nak cuba berbuka puasa di Casa Ombak. Rugi lah sapa tak cuba , setahun hanya sekali gitu. Tahun ini muka saya lagi ke CASA OMBAK tu. Tiap-tiap tahun mesti pergi. Tapi tak ada gambar dengan ownernya Kak Akma la pulak. Tahun ni sama dengan tahun lepas. Tak sempat bergambar banyak banyak dan tak sempat makan puas puas. Harap tahun depan boleh makan banyak lah ye. Tapi sempat makan sepinggan Kambing bakar, kuew tiaw , kuih muih dan juga jeruk buah buahan. Saya orang paling lama tunggu disitu kot. Tapi banyak benda tak sempat makan. Bahagian nasi tak makan langsung. Ruginya … sebab lauk banyak sangat. Semua nampak sedap. Red mummy kata ada teh sedap. Adoi terliiurrrrrr ..  Tapi tak kisah lah.. memang dari awal plan nak kambing .. Kambing bakar dia sedap .. kuah pun sedap .. korang kena try lah. Bagi saya semua sedap .. casa ombak

Hai kak hanny , curi gambar satu ekkk … hehehe ..

Suasana berbuka di casa ombak , amat meriah dengan makanan. Banyak makanan di sediakan. Amat berbaloi .. jika sesiapa suka makan tu eloklah kesini. Janji puas hati. Pentas ni hiasa je , gambar sebelum anak anak naik buat persembahan.

casa omabk 7

Cantik sangat dekorasi dia. Kalau lah sesiapa yang rasa nak buat jamuan keluarga ke , korporat ke terus booking di sini. Tak payah susah-susah nak sediakan semua. Info saya sertakan di bawah nanti ye.

Read moreBuffet Ramadhan Casa Ombak Lagi