Skip to content

Puanbee.com

Lifestyle , Family Blog , Review , Sewing & Tutorial

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
Menu
SEARCH APA SAHAJA DI BAWAH :

Nak staycation sejurus selepas habis PKP , Boleh tak ?

Posted on February 26, 2021November 23, 2021 by Puanbee

Assalamualaikum , hai hai ..kena kecam tak kalau nak pergi bercuti di masa pandemik covid ni ? Alaa korang pun sama je dengan aku kan , semua dah rasa nak hidup macam dulu balik kan? Aku baca lah facebook hangpa . Masa ni aku dah buat buat sibuk survey dah merata-rata cari port untuk staycation bersama keluarga. Harap lah PKP di tamatkan di selangor ni. Aku dah blur blur dah duduk rumah. Rumah ni tempat aku bekerja jugak. So ada serabut sikit lah memandang mesin-mesin tu semua.

Kisah book hotel , baca post lepas.

Kelmarin dah book hotel tapi kena cancel sebab PKP kan. Huhuhu Sedeyyy.. Aku kalau nak cari hotel mesti ada laut , pantai , sarapan pagi dan tak ketinggalan paling paling minima pun ada swimming pool. Wajib lah untuk aku sebab sesuai dengan semua peringkat umur anak-anak dari yang sulung sampai lah ke bongsu. Sarapan pun penting sebab nya pagi malas lah nak start enjin pergi cari makanan di luar. Comfirm harup pikuk dalam kereta.


Adam semasa kecil. Taman layang-layang je mampu.

Hotel pilihan korang di mana ?

Tak payah pergi jauh jauh sangat. Dekat pun tak apa. Aku bukan nak buat apa. Nak rehat-rehat sambil tengok laut aje. Mencari ketenangan dengan melihat keindahan ciptaan -Nya. Aku survey dah , rasa-rasa nak pergi staycation di Grand Lexis Port Dickson ajelah. Dekat saja dari Kuala Lumpur. Dalam 1 jam saja sampai kalau bawak kereta macam pelesit. Kalau bawak santai santai dan banyak berenti dalam 1 jam setengah lah jugak.

Nampak menarik. Dapat 5 bintang dari Traveloka lagi. Review pun best-best ek kat sana. Ciri – ciri kesukaan aku , katil besar berkembar dan semestinya kena book 2 bilik. Aku keluarga besar. Anak-anak yang dah besar duduk bilik asing lah. Mak ayah nak honeymoon walaupun dah lama jadi pengantin lama. Eh sebut pengantin. Ramai juga kawin dalam PKP kan. Aku tau lah ramai pengantin tempah baju kawin untuk photoshoot aje. Boleh lah hangpa survey nak staycation di mana selepas PKP habis ni. Marilah kita sama-sama menaikkan ekonomi negara kita gitu.

Sukanya rumah atas air macam ni. Rindunyaaaa suasana laut tu, tak tau lah nak habaq. Dulu-dulu bebas bergerak. Suka betul pergi bercuti. Ini anak yang bongsu aku tu kalau tanya laut memang dia geleng kepala lah jawapanya. Dah besar dah pun. Siapa suka laut ? kita geng. Gambar mandi laut pun dah kemana hilang , Hanphone laptop berapa kali rosak dah. Eii geram nyaaa .

Teringat masa pergi Gambang dulu. Alahh bestnya zaman dulu wei.

Staycation di mana ? Pilihan korang ?

Anak-anak comfirm suka mandi manda tempat macam ni. Aku duduk tepi sambil memerhati. Ayah akan melayan anak yang paling kecik. Alaaa lama nya tak pergi bercuti di mana-mana. Terkurung je dalam rumah.

Kalau nak pergi staycation , korang rasa nak pergi mana? Aku survey untuk staycation dekat dekat je. Janji ada air laut sikit ok dah. Aku ni tak banyak akai. Hahaha .. cepat lah habis PKP . Tak larat duk tengok review di youtube tu , bestnya pergi bercuti. Teringin sangat jumpa laut. Untung sapa-sapa yang duduk di kawasan dekat dengan laut tu kan. Boleh dengar bunyi ombak selalu.

Erm mendamaikan.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Media social puanbee

Recent Posts

  • Akhirnya channel Puanbee di youtube dapat monetize March 29, 2022
  • Kejayaan Asyraf Khalid Menjadi Tontonan Ramai February 25, 2022
  • Bagaimana nasib kita peniaga di tahun 2022 ini ? February 11, 2022
  • Balik kampung sementara boleh Kampung Sungai Relong Kamunting February 6, 2022
  • Review Tapak zip / Tapak sebelah mesin industri  February 6, 2022

Puanbee

Assalamualaikum dan hai
Channel ini memaparkan tutorial menjahit , DIY , unboxing & vlog rutin harian. kehidupan sebenar seorang ibu dengan 5 anak nya dan juga 5 ekor kucing kesayangan.

Puanbee
Jom ke Ikea showroom pertama di Malaysia .. jalan-jalan cari katil idaman je je ... tapi .... lama juga cuci mata .. enjoy ..

#ikea2022 #ikeashowroom #ikeadamansara
IKEA DAMANSARA 2022 - Nak beli katil Leirvik je 😂
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLkRYX0pqWHlMeXhR
Assalamualaikum , allhamdulilah kerja lama tertangguh .. jom sulam logo menggunakan mesin singer legacy se 300 ni. Baru lepas servis mesin syok sikit nak guna dia..

#sulamlogo #mesinsulam #singerlegacyse300
Amatur guna mesin sulam singer legacy se 300 .. sikit-sikit boleh lah ..
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLjhuVmlMOEtIX3FJ
Load More... Subscribe

Recent Comments

  • Perunding Great Eastern Takaful on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • mamapp on Kek sarang semut bakar sukatan cawan , tanpa perap.
  • Puanbee on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson
  • Puanbee on Renew ssm online dengan hanya RM70 setahun
  • akubiomed on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson

Archives

Categories

24,810 spam blocked by Akismet
google rank checker
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
© 2022 Puanbee.com | Powered by Superbs Personal Blog theme