Aku pesakit kemurungan

Hai pembaca blog sekalian , apa khabar ? di harapkan korang sihat-sihat lah hendaknya , sihat dari segi fizikal dan juga mental. Aku … setahun lepas di sahkan ada penyakit kemurungan mula-mula di diagnose sebagai MDD iaitu Major Dispressive Disorder , di Hospital Sungai Buloh doktor tidak mencari punca , tetapi kemudian bila balik ke kampung aku di Hospital Taiping aku punca nya adalah kemurungan selepas besalin.

Ya , aku percaya setiap apa yang terjadi adalah jalan-jalan yang Allah s.w.t telah susun untuk kita semua , kita semua kena hadap. Ya aku tahu aku hanya mampu cakap sabar , kalau ada orang mengadu apa-apa pada aku kerana aku pun kadang-kadang tidak sabar sehingga membawa ke perlakuan yang paling dasyat iaitu ” bunuh diri “.

Semasa aku tidak di rawat beberapa kali aku cuba untuk menamatkan hidup aku tetapi tak ada siapa tahu , sehingga lah satu masa aku terlalu ” trigger ” atau kata lain bertindak balas dengan ( perlakuan seseorang ) yang tidak akan aku maafkan seumur hidup aku. Aku telah pergi ke Hospital bahagian kecemasan sendiri pada jam 1-2 pagi lebih kurang. Dan aku di diagnose di situ kerana setelah di cari punca penyebab aku sesak nafas tak ada , jadi aku di rujuk ke doktor psikiatri. Dan dari situ aku telah menerima rawatan. Hampir setahun lebih aku makan ubat anti depress dan ubat tidur yang sentiasa di naikan dos ke peringkat paling tingggi. Sehingga aku sendiri tidak mampu membuat apa-apa tugasan sebagai ibu normal.

Kemudian 1 hari , aku seolah telah di kejutkan dengan beberapa kekuatan yang timbul dalam hati. Ini lah aku mampu bangun dan mula membuat apa-apa perkara , hobi dan pekerjaan yang aku suka. Setahun lebih aku rasa dunia aku berbolak balik tidak menentu sungguh kehidupan aku sehingga aku rasa kehidupan aku memang sangat sangat tidak bemakna. Aku juga telah berhenti jumpa doktor psikiatri dan berhenti makan ubat. Aku rasa aku dah tahu cara kawal diri aku. Sepanjang aku tidak jumpa doktor dan tidak makan ubat, segala perlakuan aku yang tidak normal itu tidak datang kembali. Cuma aku harap aku tidak di beri kejutan mendadak lagi lah.

Kepada seseorang tu , memang aku tak maafkan seumur hidup aku kerana dia pencentus paling dasyat. Selama ini pun ada je pencetus tapi tidak sehebat sesorang tu. Itulah .. orang tua-tua dan guru-guru ramai dah pesan jangan sesekali buat jahat dengan manusia , dengan tuhan kita boleh minta ampun , di harapkan ALLAH s.w.t megampunkan aku atas perbuatann terkutuk aku , dan dengan manusia ? mana mana ? aku tak akan sesekali maafkan sehingga akhir hayat aku. Biar apa pun terjadi.

Nak tahu macam mana aku control mental aku supaya tidak berada di dalam LOW MOOD sentiasa tu ? dan cara aku mengatasi cakap-cakap negatif yang ada dalam kepala aku ? dan mengatasi orang-orang negatif / orang terdekat yang menjadi punca ? ah nanti aku tulis lain.. hehehehe

Apa pun aku saja menulis di sini… biarlah orang tahu apa ada dalam kepala aku , mungkin mereka boleh baca selepas aku tiada nanti. Aku pun dah 40 .. masa tidak panjang lagi. Tetapi aku harap masa atau umur aku di panjangkan supaya boleh banyak beribadat lagi , kan gitu ?

Buat masa sekarang aku sedang upload koleksi video yang aku rakam sebelum aku kena MDD di youtube . Banyak .. sebab masa tu aku happy sangat tiba-tiba semua benda dalam perancangan tidak jadi. Ialah kita hanya mampu merancang , hanya ALLAH Taa’la je mampu memberi kemudahan untuk melaksanakan semua itu. Ya aku faham.

Insya – Allah , allhamdulilah ..Subhanallah … masih panjang umur aku.. semasa normal memang takut mati , tapi semasa tidak normal tidak boleh berfikir .. ermmm.. ghisauuuu ..nak tulis pun risau ye. Apa pun ada beberapa tips lah yang aku rasa membantu serba sedikit yang boleh kita usahakan. Insya- ALLAH . Nanti aku share kan.

Tadi aku buka laptop sebab tolong kawan nak renew ssm , jadi aku pun update lah blog ..hihi.. adios ..nanti lah .. kita tulis lagi.

Bye bye , JAGA DIRI Assalamualaikum.

Show 1 Comment

1 Comment

  1. Semoga bee di beri kesembuhan. Kuatkan semangat. Semoga di kampung halaman bee lebih tenang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.