Skip to content

Puanbee.com

Lifestyle , Family Blog , Review , Sewing & Tutorial

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
Menu

Balik kampung sementara boleh Kampung Sungai Relong Kamunting

Posted on February 6, 2022February 6, 2022 by Puanbee

Assalamualaikum dan hai , cuti CNY korang kemana ? saya balik kampung bawak anak-anak dan kucing-kucing jumpa opah. Sementara boleh balik kampung ni , saya tak lepaskan peluang bercuti di kampung. Biar lah apa nak jadi pun. Nanti kalau tiba-tiba border di tutup melepas kita. Mak saya tu duduk berdua je dengan abang , abang tu duda .. anak dia pun semua jauh-jauh , anak mak saya pun jauh-jauh masing-masing tak dapat jaga mak. Sementara ada masa adalah baik kita balik jenguk mak kerap-kerap.

Mak selalu cakap , dia kalau duduk di rumah dengan abang tu , bosan. Makan pun tak berselera. Kadang-kadang perangat je lah lauk tu berkali-kali. Bila anak cucu balik ni. Memang rajin mak masak. Seronok dia sebab ada orang makan. Masak je habis , masak je habis. Tapi saya geram gak kadang tu. Sampai tak rehat asyik ingat nak masak je.

3 anak je yang ikut pada waktu ini , husna memang tak minat aktiviti mcm ni , kakak di kolej tak dapat balik. Tiber rasa anak sikit pulak.

Saya akan update semua video yang saya telah rakam sepanjang di kampung , tapi hari dan tarikh tu campur-campur dah. Malas nak ingat detail. Yang pasti tempatnya di kampung lah ye. Aktiviti ini saja je nak memberli pengalaman kepada anak-anak seronok duduk di kampung. Kami di Selangor ni tak ada aktiviti sangat. Biasa-biasa je lah. kalau keluar rumah bermakna keluarkan duit. Tapi di kampung tak .. keluar rumah .. keluar peluh lepas stress. Untung korang yang duduk di kampung tu.

Haih ntah lah korang , video ni agak goyang sebab rekod guna hp je , tak rancang nak rekod pun , tapi tengok kekecohan tu tak boleh jadi kena rekod. Geram sangat dengan keletah budak-budak ni , lagi-lagi si kuroo dengan adam tu. Ada saja.

Pergi memancing lah konon , saya buatkan mancing dari kayu ubi , letak mata kail rembat pakdak diorang punya tapi besar lah pulak. Tu mata kail untuk ikan laut di bedalnya guna di sungai , mana maunya dapat ikan.

Ayah-ayah memancing nuh di ban pecah. Anak-anak memancing di batu pecah bawah rail keretapi elektrik. Saya layan la sambil mengimbau kenangan lama. Tapi dulu landasan keretapi biasa , yang gegar satu rumah kalau dia lalu.Tapi sekarang alaah… diam je keretapi tu melintas , burung pun rilek je buat sarang.

Tapi tak apa lah , yang penting seronok. Anak-anak happy melayan kucing yang seekor tu. Kalut buat meriah suasana. Layan lah video saya tu ye .. Mengimbau kenangan saya semasa remaja dulu. Balik sekolah lepak bawah ” rail ketapi “. hehehe

Satu hari nanti pasti akan berhijrah balik duduk di kampung. Akan tiba masanya.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Media social puanbee

  • Facebook
  • Instagram
  • Mail
  • TikTok
  • Twitter
  • YouTube

Recent Posts

  • Akhirnya channel Puanbee di youtube dapat monetize March 29, 2022
  • Kejayaan Asyraf Khalid Menjadi Tontonan Ramai February 25, 2022
  • Bagaimana nasib kita peniaga di tahun 2022 ini ? February 11, 2022
  • Balik kampung sementara boleh Kampung Sungai Relong Kamunting February 6, 2022
  • Review Tapak zip / Tapak sebelah mesin industri  February 6, 2022

Puanbee

Assalamualaikum dan hai
Channel ini memaparkan tutorial menjahit , DIY , unboxing & vlog rutin harian. kehidupan sebenar seorang ibu dengan 5 anak nya dan juga 5 ekor kucing kesayangan.

Puanbee
#pantaitelukbatik  #campsitetelukbatik #telukbatik 
Walaupun nak masuk kena bayar RM3 , tapi puas hati. Pantai bersih terjaga , air jernih dan orang tak lah terlalu sesak .
Dalam perjalanan pulang ke kampung , menyelusuri jalan kampung dan singgah di sawah padi menghayati keindahan matahari terbit ciptaan Allah Taala.. Sangat indah pemandangan ini..

Lokasi : Chenderong Balai 

#chenderongbalai #matahariterbit  #sawahpadi
Load More... Subscribe

Recent Comments

  • Nurul on Cara mudah menghasilkan report/penyata aliran tunai & untung rugi bagi kegunaan semasa mengisi e-Filing LHDN.
  • Siti Nazila on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • Perunding Great Eastern Takaful on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • mamapp on Kek sarang semut bakar sukatan cawan , tanpa perap.
  • Puanbee on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson

Archives

Categories

26,370 spam blocked by Akismet
google rank checker
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
© 2022 Puanbee.com | Powered by Superbs Personal Blog theme