Resepi : Ayam goreng bersalut oat ( mengidam !! )

Hidang resepi ayam goreng bersalut oat la pulak … buat lama dah .. malam – malam terasa nak makan Ayam Goreng , tak kisah la ayam goreng macam mana , macam di pasar malam pun ok , tapi mana ada pasar malam lagi di buka jam 1 pagi .. lapar tak tentu hala perut ni , siang nak tido malam nak berjaga , makan .. akhir nya pergi la ke dapur gaul – gaul ayam yang ada dalam peti , semua bahagian ada .. kepak , hati ayam , kaki ayam , leher , pehe .. belasah je semua .. potong kecil-kecil sama saiz jadi senang nak goreng , takde la yang mentah dan terlebih masak nanti.

SONY DSC

Bahan untuk resepi  ini , paling mudah yang ada di dapur .

  1. Oat
  2. Ayam
  3. Telur
  4. Garam + Lada Suah  + Sedikit rempah

Gaul rata semua bahan , perap kejap dalam 15 minit , dan goreng …

resepi ayam goreng oat

Goreng tenggelam dalam minyak panas , senang tak perlu balik-balik kan , sambil goreng boleh tengok tv atau oline …  lepas tu tak cukup lagi kita goreng cedawan rangup2 pula … phew ~

Dan dah siap …. makan semasa panas cicah sos … ayam ranggup tak terkata … semua bahan sebati dan sedap … garam jangan lebih … doktor suruh saya makan organ dalaman banyak-banyak bagi tambah darah. Doktor tak tau saya hari-hari makan hati …  🙂 ~

Salam sabtu … selamat bercuti ..   🙂

Show 28 Comments

28 Comments

  1. resepi kreatif ni, buat teringin pulak nak rasa pulak resepi macam ni…he hee

  2. ummiross

    Waa bee, kalau macam ni, ummi pun mengidam juga. InsyaAllah nak cuba juga goreng macam ni.

  3. Hairul Azni

    Jangan banyak sangat makan hati ye? 🙂

  4. sedap… cian ngidam tgh2 mlm yer
    nis xpenah goreng ayam salut oat. stok oat pun jarang ado
    makan ati hari2? makan ati laen ni haaa…..

    • stok oat memang ada , semua sarapan oat + susu di rumah ni .. haha …

  5. Emm tak pernah makan ayam goreng mcm ni..pasti menyihatkan ni..hehe..mengidam sakan baby yer..haha

    • nak kata sihat tak juga , sebab dah di goreng dgn minyak yang banyak ..

        • tak payah balik2 kan dah , aku malas nak berdiri depan dapur lama2 haha .. pemalas sungguh sejak dua menjak ini.. kalau potong ayam kecil kalau nampak mcm dah garing blh la angkat ..

  6. mama3heroo

    wah..resepi baru ke bee,ayam grg bersalut oat..nampak sedap..mst rangup..leh cuba nanti..tq share resepi ye bee..oh ye,nk komen ckit..m3h suka tgk header baru bee..cantik&kelako tgk gelagat bee 1 famly..mne bee tempah..

  7. Ternyata Puan lagi nyidam ayam goreng ya.. kebanyakan nonton Upin Ipin pasti heheh 😀

  8. eiela

    nampak sedap, oat tuh mesti harum baunya.

  9. Bidadari

    Nampak macam ayam goreng ayamas la. Kena cuba ni. Saya sahur makan ayam goreng ayamas dengan nasi je. Kalau makanan lain tak lalu nak makan..

  10. adarain

    malas nak buat, kena orang buatkan nie..tetiba lapo plak..

Leave a Reply to bisnis borneo Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.