Hai dan Salam. Tadi petang saya pergi membeli barang dapur dan pos sedikit barangan jualan preloved. Kalau ikutkan hati , terasa malas keluar rumah. Bukan apa .. bila keluar sahaja , ada lah duit yang keluar , bukan berkira tapi sekarang ekonomi sangat tak menentu. Tadi saya berbelanja hampir RM200 untuk barang dapur , yang hanya akan bertahan selama lebih kurang 3-4 hari. Sebenarnya rancang nak berbelanja sekitar RM100 je. Tapi terbeli benda bebukan pula. Dah balik rumah rasa menyesal beli. Sekarang ni , yang bekerja contoh nya suami saya , tak sakit kepala sangat. Dia tahu .. ” sayang .. nah duit bulan ni “. Dan saya lah yang akan agih agihkan duit tu untuk bayar semua bil , yuran sekolah , minyak dan perbelanjaan dapur. Awak .. kos sara hidup sekarang sangat tinggi. Gaji suami tidak lah besar mana. Jadi kena juga berjimat.
Akan datang saya akan kongsikan cara menambah pendapatan keluarga. Buat masa sekarang , puan puan boleh follow tips saya untuk jimatkan duit dengan mengikuti cabaran hari tanpa berbelanja. Saya tahu ramai ibu -ibu suka tips ini.
Read moreHari Tanpa Berbelanja.