Skip to content

Puanbee.com

Lifestyle , Family Blog , Review , Sewing & Tutorial

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
Menu
SEARCH APA SAHAJA DI BAWAH :

Hari Tanpa Berbelanja.

Posted on October 19, 2015 by Puanbee

Hai dan Salam. Tadi petang saya pergi membeli barang dapur dan pos sedikit barangan jualan preloved. Kalau ikutkan hati , terasa malas keluar rumah. Bukan apa .. bila keluar sahaja , ada lah duit yang keluar , bukan berkira tapi sekarang ekonomi sangat tak menentu. Tadi saya berbelanja hampir RM200 untuk barang dapur , yang hanya akan bertahan selama lebih kurang 3-4 hari.  Sebenarnya rancang nak berbelanja sekitar RM100 je. Tapi terbeli benda bebukan pula. Dah balik rumah rasa menyesal beli. Sekarang ni , yang bekerja contoh nya suami saya , tak sakit kepala sangat. Dia tahu .. ” sayang .. nah duit bulan ni “. Dan saya lah yang akan agih agihkan duit tu untuk bayar semua bil , yuran sekolah , minyak dan perbelanjaan dapur. Awak .. kos sara hidup sekarang sangat tinggi. Gaji suami tidak lah besar mana. Jadi kena juga berjimat.

Akan datang saya akan kongsikan cara menambah pendapatan keluarga. Buat masa sekarang , puan puan boleh follow tips saya untuk jimatkan duit dengan mengikuti cabaran hari tanpa berbelanja. Saya tahu ramai ibu -ibu suka tips ini. 

anak-anak
anak-anak

 
Hari Tanpa Berbelanja.

  • Catatkan hari tanpa berbelanja anda.
  • Cabar diri untuk tetapkan berapa kali dalam sebulan atau berapa kali dalam seminggu anda akan buat hari berbelanja tersebut.
  • Bila dah ada , catatkan di dalam diari anda , atau terus tulis besar-besar di kertas dan tampal di depan pintu peti ais anda. Macam saya dah tetapkan hari sabtu ,  ahad  dan rabu. Satu lagi hari tanpa belanja saya adalah hari di mana suami saya ada.

Rancang pemakanan.

  • Ada beberapa situasi di mana tips ini boleh di lakukan dengan jayanya.
  • Salah satunya adalah , pergi kenduri .
  • Kedua adalah cuma habiskan makanan yang ada di rumah. Jika pada waktu itu cuma ada telur , maka makan je lah telur. Berjaya menjimatkan belanjar dapur sebayak RM40 lebih kurang lah. Jika anak ramai.

Rancang perjalanan.

  • Bawa anak anak melakukan aktivi di petang hari ke taman-taman permainan percuma.
  • Bawa bekal makanan dan minuman dari rumah.
  • Piknik dengan kawan – kawan dan saudara mara
  • Lagi bagus jika dapat berjalan kaki. Jimat minyak juga.

Elakkan  masuk ke mini market

  • Dah pergi ber aktiviti tanpa berbelanja , elakan masuk ke kedai yang ada permainan , gift shop , gula-gula dan aiskrim dengan anak-anak. Bawa anak … tak ada alasan dah. Mesti berbelanja punya.

Tinggalkan beg duit di rumah

  • Paling berkesan setakat ini. Anak minta apa-apa  buat muka terkejut. ” Alamak .. beg duit ibu tertinggal di rumah.” dan sila lah buat muka serius sikit.

Buat sendiri ” busy box“

  • Di dalam busy box terdapat barangan yang boleh di kitar semula dan di buat kraf dengan anak-anak. Anak-anak dapat menggunakan kreativiti mereka untuk mencipta pelbagai hasil seni. Contohnya botol lama di jadikan pasu bunga. Jimat duit , kerana tak perlu beli pasu bunga lagi.

Swap and swich 

  • Sertai mana-mana group yang membuat ” swap and swich  “. Anda boleh tukar barangan anda dengan kawan-kawan mengikut keperluan anda dan anak anak . Contoh majalah lama , baju , pakaian , langsir dan lain -lain. Saya ? dah mulakan projek ini dua tiga bulan lepas. Dan hasilnya seronok .

Minta kotak kosong dari peruncit.

  • Kotak kosong boleh buat apa ? Jangan tak tahu , kotak kosong boleh buat pelbagai mainan untuk anak-anak , anda boleh biarkan anak berimaginasi dengan kotak tersebut. Kotak kosong boleh di jadikan meja untuk permainan masak-masak , robot , roket , rumah atau anda boleh buat flash card guna kotak kosong tersebut. Tiada perbelanjaan di perlukan.

Jimat atau tak guna duit langsung

  • Dengan adanya kad ahli , anda boleh kumpulkan mata dan tebus untuk diguanakan beli barangan dapur anda. Anda boleh juga gunkan voucher yang di berikan. Contohnya .. saya suka menebus point bonuslink untuk minyak kereta. Shell sahaja. Gunakan kad ahli pasaraya hero , terdapat bayak sale dan potongan harga. Guna voucher tesco terdapat vocher wang tunai. Berbaloi.
  • Jemput baca :  Masa menebus kupon #tesco
  • Hasil Tebus Bonus Link

Jual barangan preloved.

  • Dan ya .. jual barangan preloved anda untuk di tukarkan menjadi barangan berguna. Jemput baca Tips Menjual Barangan Preloved Anda Di Facebook

Akhir sekali ,
Kebanyakkan tips di atas saya telah pun buat. Sila lah baca entri lama saya dengan kli link yang di berikan. Insyallah .. akan datang saya share lagi .
Jika anda ada apa-apa tipa yang hendak di kongsikan , komen ya.
Terima kasih kerana membaca.
Puanbee
 

4 thoughts on “Hari Tanpa Berbelanja.”

  1. Abang Hasan says:
    October 20, 2015 at 1:37 am

    Haaaa, memang sudah kewajiban ibu lah tu haaaa

    Reply
    1. puanbee says:
      October 21, 2015 at 1:19 am

      gelak kita ye .. hahah sabar je la

      Reply
  2. kerja sendiri says:
    October 20, 2015 at 9:36 am

    Rajin-rajinlah puasa sunat atau ganti. Kalau ada orang nak ajak makan cakap je diet. Jimat duit dan banyak khasiatnya untuk tubuh badan sebab kebanyakan penyakit datang dari apa yang kita makan.

    Reply
    1. puanbee says:
      October 21, 2015 at 1:19 am

      saya jarang org ajak makan , anak2 yg minta nak makan tu adalah 🙂

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Media social puanbee

Recent Posts

  • Akhirnya channel Puanbee di youtube dapat monetize March 29, 2022
  • Kejayaan Asyraf Khalid Menjadi Tontonan Ramai February 25, 2022
  • Bagaimana nasib kita peniaga di tahun 2022 ini ? February 11, 2022
  • Balik kampung sementara boleh Kampung Sungai Relong Kamunting February 6, 2022
  • Review Tapak zip / Tapak sebelah mesin industri  February 6, 2022

Puanbee

Assalamualaikum dan hai
Channel ini memaparkan tutorial menjahit , DIY , unboxing & vlog rutin harian. kehidupan sebenar seorang ibu dengan 5 anak nya dan juga 5 ekor kucing kesayangan.

Puanbee
Jom ke Ikea showroom pertama di Malaysia .. jalan-jalan cari katil idaman je je ... tapi .... lama juga cuci mata .. enjoy ..

#ikea2022 #ikeashowroom #ikeadamansara
IKEA DAMANSARA 2022 - Nak beli katil Leirvik je 😂
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLkRYX0pqWHlMeXhR
Assalamualaikum , allhamdulilah kerja lama tertangguh .. jom sulam logo menggunakan mesin singer legacy se 300 ni. Baru lepas servis mesin syok sikit nak guna dia..

#sulamlogo #mesinsulam #singerlegacyse300
Amatur guna mesin sulam singer legacy se 300 .. sikit-sikit boleh lah ..
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLjhuVmlMOEtIX3FJ
Load More... Subscribe

Recent Comments

  • Perunding Great Eastern Takaful on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • mamapp on Kek sarang semut bakar sukatan cawan , tanpa perap.
  • Puanbee on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson
  • Puanbee on Renew ssm online dengan hanya RM70 setahun
  • akubiomed on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson

Archives

Categories

24,784 spam blocked by Akismet
google rank checker
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
© 2022 Puanbee.com | Powered by Superbs Personal Blog theme