Hari Guru Sekolah Pagi

Hehee , akak dan adik – adiknya terkena kejutan budaya sikit hari ni , Apa tidaknya , biasa jadual diorang tidur jam 11 ke 1-2 pagi , lepas tu pagi tak bangun sampai dalam 10 pagi baru bangun si una dan baby tu , sekali kena bangun pagi – pagi sebab kakak nk sekolah pagi , hampir 2 jam ibu tertenggek tepi katil kejut kan depa bangun , kakak tok sah cakap lah memang bersemangat nak pergi sekolah pagi , awal2 kejut terus capai tuala dan mandi , semangat nk beri hadiah kat cikgunya …

Gambar ulang tayang huhu karang korang tak kenal pulak watak2 dalam cerita nih kehkeh maklum ler tak berapa femes huhuhu..

Una bangun tenyeh2 mata , duduk melengung dulu mana tak nya nak bangun kul 6 pagi tidor pukul 1.30 pagi teruk sungguh depa ni tk nk tidur awal2…pastu dah lambat , suruh una siap cepat2 ..si kakak yang tak menyempat suruh una mandi , ibu baru sat tadi cakap tak yah mandi , si kakak dah usung una p bilik air ..dah kecoh ! ..sejuk ibu ! sejuk ibu ! menangis kuat2 si una tu , una memang memeh , tk boleh lah tak kena sikit mest nangis punya ..

Si baby steady je bangun capai botol , dia dah tahu celik mata botol susu dah standby hujung katil , baru senang nak pujuk baby bangun kalau tk de susu tu dulu jangan haraplah dia nk bangun…kalau una tidur 1.30 pagi , baby tidur 2 pagi huhu nasibbbbb..jenuh suruh , pujuk2 , ajak berdoa , menyanyi last2 dia tidur sendiri ….

Dah hantar kakak semua , bawak una dan baby pekena roti canai jap , diorang tak nk makan mood nk tidur je tu , tapi paksa makan huhu badan makin kecil , tidur lewat , makan tk ikut time , main banyak ..aktif …

Part paling best , balik rumah ibu sidai kain sekejap , dah tu masuk je dalam rumah kunci pintu baby dah panjat katil ajak semua orang tidur kahkahkah ..memang mengantuk budak ni , diorang tidur sampai jam 12 time nak ambik kakak , si kakak pun balik je buka baju … cakap kat ibu , “ibu tak yah mandi lah , kakak nak tidur ” tengok kejutan budaya , si kakak yang paling susah tidur siang hari pun nak tidur..haa

Masa dalam kereta selepas jemput kakak , dia cerita lah cikgu dia ada main permainan itu ini , kawan2 dia bagi hadiah apa kat cikgu2 diorang , dan kakak ada siapkan satu kad utk cikgu azza , tapi kakak cakap “ibu cikgu azza tk de , kakak dah cari satu sekolah pusing -pusing dah , cikgu takde …” dan kakak diam lama..sambung balik “hari rabu nanti laaa..” ermmm ibu nak kata apa ikut je lah kakak..heheh

OK ah tak mo cerita lagi kang sampai mop lantai bee cerita hahah..jom p masak jap …

Lepas nih ada Projek baru , siapa suka avon ? tinggalkan komen disini 🙂

30 thoughts on “Hari Guru Sekolah Pagi

  1. Sian kakak tak jmpa cikgu dia..maybe sbb ramai sgt kan..2 sesi berkumpol satu masa kan..rabu still ada 🙂 sian gak baby ng una paksarela bgn tdo..hehe..

  2. senang je bee nk bg anak tido awal.. jgn beri tidur siang.. kalau dh tidur siang mmg liat nk tidur mlm.. kita gak yg susah..

  3. huhuhu.. budak2 kecik ni memang bersemangat kalau nak bagi hadiah kt cikgu kan.. budak2 yang dah besar ni yang kadang2 segan nak bg cikgu hadiah 🙂

  4. avon?suka jugak..tp dah lama tak beli.selalu beli bra n spenda.haha..n for ur info bee,semua alat mekap kutu jenama avon.mura dan berbaloi2.hahaha..

  5. bengang btl la hari ni..kita penat2 bungkus hadiah nak bagi cikgu,last2 cikgu pulak x masuk kelas..budak darjah satu bukannya dia tahu pun nak cari cikgu kat mana..

  6. cikgu bersenang2 je duk main bola sesama diorang..budak2 terpinga2 di tinggalkan dlm kelas terutama sekali darjah satu yg masih x tau apa2..

  7. kakyong nanti tak tau la camana.. nanti fikri masuk tahun 1, anis dah taski 6 tahun, aliya pulak taski 5 tahun… huhuuu :p

  8. Ambbooiiiiihhh…. posing meletop anak dara 3 org tu yer. Maknyer pun suka nak snap gambo. hehehehe…

    Comelnye anak akak. Tak sbr pulak nak ada bb gegirl. hehehe 😛

Leave a Reply to miszzyumiew Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.