Skip to content

Puanbee.com

Lifestyle , Family Blog , Review , Sewing & Tutorial

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
Menu

Hari Guru Sekolah Pagi

Posted on May 16, 2011 by Puanbee

Hehee , akak dan adik – adiknya terkena kejutan budaya sikit hari ni , Apa tidaknya , biasa jadual diorang tidur jam 11 ke 1-2 pagi , lepas tu pagi tak bangun sampai dalam 10 pagi baru bangun si una dan baby tu , sekali kena bangun pagi – pagi sebab kakak nk sekolah pagi , hampir 2 jam ibu tertenggek tepi katil kejut kan depa bangun , kakak tok sah cakap lah memang bersemangat nak pergi sekolah pagi , awal2 kejut terus capai tuala dan mandi , semangat nk beri hadiah kat cikgunya …

Gambar ulang tayang huhu karang korang tak kenal pulak watak2 dalam cerita nih kehkeh maklum ler tak berapa femes huhuhu..

Una bangun tenyeh2 mata , duduk melengung dulu mana tak nya nak bangun kul 6 pagi tidor pukul 1.30 pagi teruk sungguh depa ni tk nk tidur awal2…pastu dah lambat , suruh una siap cepat2 ..si kakak yang tak menyempat suruh una mandi , ibu baru sat tadi cakap tak yah mandi , si kakak dah usung una p bilik air ..dah kecoh ! ..sejuk ibu ! sejuk ibu ! menangis kuat2 si una tu , una memang memeh , tk boleh lah tak kena sikit mest nangis punya ..

Si baby steady je bangun capai botol , dia dah tahu celik mata botol susu dah standby hujung katil , baru senang nak pujuk baby bangun kalau tk de susu tu dulu jangan haraplah dia nk bangun…kalau una tidur 1.30 pagi , baby tidur 2 pagi huhu nasibbbbb..jenuh suruh , pujuk2 , ajak berdoa , menyanyi last2 dia tidur sendiri ….

Dah hantar kakak semua , bawak una dan baby pekena roti canai jap , diorang tak nk makan mood nk tidur je tu , tapi paksa makan huhu badan makin kecil , tidur lewat , makan tk ikut time , main banyak ..aktif …

Part paling best , balik rumah ibu sidai kain sekejap , dah tu masuk je dalam rumah kunci pintu baby dah panjat katil ajak semua orang tidur kahkahkah ..memang mengantuk budak ni , diorang tidur sampai jam 12 time nak ambik kakak , si kakak pun balik je buka baju … cakap kat ibu , “ibu tak yah mandi lah , kakak nak tidur ” tengok kejutan budaya , si kakak yang paling susah tidur siang hari pun nak tidur..haa

Masa dalam kereta selepas jemput kakak , dia cerita lah cikgu dia ada main permainan itu ini , kawan2 dia bagi hadiah apa kat cikgu2 diorang , dan kakak ada siapkan satu kad utk cikgu azza , tapi kakak cakap “ibu cikgu azza tk de , kakak dah cari satu sekolah pusing -pusing dah , cikgu takde …” dan kakak diam lama..sambung balik “hari rabu nanti laaa..” ermmm ibu nak kata apa ikut je lah kakak..heheh

OK ah tak mo cerita lagi kang sampai mop lantai bee cerita hahah..jom p masak jap …

Lepas nih ada Projek baru , siapa suka avon ? tinggalkan komen disini 🙂

30 thoughts on “Hari Guru Sekolah Pagi”

  1. Lorna says:
    May 16, 2011 at 1:29 pm

    Sian kakak tak jmpa cikgu dia..maybe sbb ramai sgt kan..2 sesi berkumpol satu masa kan..rabu still ada 🙂 sian gak baby ng una paksarela bgn tdo..hehe..

    Reply
    1. puanbee says:
      May 16, 2011 at 6:21 pm

      haa terpaksa dalam rela , cikgu nya mc kot esok kan cuti lagi hahah

      Reply
  2. mOon jOhari says:
    May 16, 2011 at 1:41 pm

    chumilnya si kecik 2…suka…suka….

    Reply
    1. puanbee says:
      May 16, 2011 at 6:21 pm

      hee budak2 sama je moon , meh ler tolong jaga kehkehkeh

      Reply
  3. ArdiniHumaira says:
    May 16, 2011 at 1:53 pm

    takpe nanti leh bagi hari lain walaupun bukan pada hari guru 🙂

    Reply
    1. puanbee says:
      May 16, 2011 at 6:12 pm

      kan dini lama tk nampak !

      Reply
  4. JanganKalot says:
    May 16, 2011 at 1:56 pm

    I tak suka avon. I suka Garnier! hehe blogwalking here..

    Segmen Hari Guru Cikgu: Perdana Menteri Turut Membintangi Video Klip JanganKalot (video)

    Reply
    1. puanbee says:
      May 16, 2011 at 6:12 pm

      haa org yg suka je komen kikiki

      Reply
  5. BSB says:
    May 16, 2011 at 2:01 pm

    masak apa hari nieee

    Reply
    1. puanbee says:
      May 16, 2011 at 6:12 pm

      ikan kelah kak , bapak depa mancing huhu

      Reply
  6. uLan says:
    May 16, 2011 at 2:15 pm

    sweet betuL anak anak dara bee nie…. geram tgk,tak sabar la nak tggu lila sebesar mereka….

    Reply
    1. puanbee says:
      May 16, 2011 at 6:11 pm

      ahaaa lila besar nanti dapat adik ler…

      Reply
  7. ciksembang says:
    May 16, 2011 at 2:27 pm

    senang je bee nk bg anak tido awal.. jgn beri tidur siang.. kalau dh tidur siang mmg liat nk tidur mlm.. kita gak yg susah..

    Reply
    1. puanbee says:
      May 16, 2011 at 6:11 pm

      kadang2 tu bee tk kasi depa tidur tp depa tidur juga baby lagi ler tidur sambil makan pun pernah kalo dia ngantuk sgt tu

      Reply
  8. taufiq arifin aka topimagine says:
    May 16, 2011 at 3:12 pm

    huhuhu.. budak2 kecik ni memang bersemangat kalau nak bagi hadiah kt cikgu kan.. budak2 yang dah besar ni yang kadang2 segan nak bg cikgu hadiah 🙂

    Reply
    1. puanbee says:
      May 16, 2011 at 6:10 pm

      kan top kan sebab bila dewasa mcm2 dh boleh fikir..budak tahu apa lah sgt 🙂

      Reply
  9. miszzyumiew says:
    May 16, 2011 at 5:42 pm

    yg paling kecik tu comel 🙂

    Reply
    1. puanbee says:
      May 16, 2011 at 5:59 pm

      sbb dia kecik kehkeh TQ

      Reply
  10. puan kutu says:
    May 16, 2011 at 6:10 pm

    avon?suka jugak..tp dah lama tak beli.selalu beli bra n spenda.haha..n for ur info bee,semua alat mekap kutu jenama avon.mura dan berbaloi2.hahaha..

    Reply
    1. puanbee says:
      May 16, 2011 at 6:30 pm

      ahaa bagus kutu bee nk buka butik online avon nanti yer yer best nih geng lah kita suka avon murah dan berbaloi ..

      Reply
  11. mOon jOhari says:
    May 16, 2011 at 6:24 pm

    buley…tapi upah mahai sket laaa…huhuhuhuhu… :p

    Reply
    1. puanbee says:
      May 16, 2011 at 6:30 pm

      amboiii upah akk bg lepas moon klik semua iklan akk wakaka…

      Reply
  12. mrs.yie says:
    May 16, 2011 at 7:10 pm

    bengang btl la hari ni..kita penat2 bungkus hadiah nak bagi cikgu,last2 cikgu pulak x masuk kelas..budak darjah satu bukannya dia tahu pun nak cari cikgu kat mana..

    Reply
    1. puanbee says:
      May 16, 2011 at 8:56 pm

      sama lah tu dengan kakak , dia tk tahu nk cr cikgu kat mana ler. tu

      Reply
  13. mrs.yie says:
    May 16, 2011 at 9:15 pm

    cikgu bersenang2 je duk main bola sesama diorang..budak2 terpinga2 di tinggalkan dlm kelas terutama sekali darjah satu yg masih x tau apa2..

    Reply
    1. puanbee says:
      May 19, 2011 at 1:27 pm

      betul lah kak , nk buat cam ne adat dh cam tu haa..sabar eh kak…

      Reply
  14. kakyong72 says:
    May 18, 2011 at 9:42 am

    kakyong nanti tak tau la camana.. nanti fikri masuk tahun 1, anis dah taski 6 tahun, aliya pulak taski 5 tahun… huhuuu :p

    Reply
    1. puanbee says:
      May 18, 2011 at 12:13 pm

      cam mana apa kak ? takut tk sempat eh ? bee tahun depan kakak dah darjah dua , una tadika 5 tahun baby baru 3 tahun diorang jarak2 jugak

      Reply
  15. bEe says:
    May 19, 2011 at 12:00 pm

    Ambbooiiiiihhh…. posing meletop anak dara 3 org tu yer. Maknyer pun suka nak snap gambo. hehehehe…

    Comelnye anak akak. Tak sbr pulak nak ada bb gegirl. hehehe 😛

    Reply
    1. puanbee says:
      May 19, 2011 at 2:36 pm

      haa sabar tk kemana nyer anak2 nih akk teringin baby boy tau , semua perempuan kuat bebel lalala…

      Reply

Leave a Reply to mOon jOhari Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Media social puanbee

  • Facebook
  • Instagram
  • Mail
  • TikTok
  • Twitter
  • YouTube

Recent Posts

  • Akhirnya channel Puanbee di youtube dapat monetize March 29, 2022
  • Kejayaan Asyraf Khalid Menjadi Tontonan Ramai February 25, 2022
  • Bagaimana nasib kita peniaga di tahun 2022 ini ? February 11, 2022
  • Balik kampung sementara boleh Kampung Sungai Relong Kamunting February 6, 2022
  • Review Tapak zip / Tapak sebelah mesin industri  February 6, 2022

Puanbee

Assalamualaikum dan hai
Channel ini memaparkan tutorial menjahit , DIY , unboxing & vlog rutin harian. kehidupan sebenar seorang ibu dengan 5 anak nya dan juga 5 ekor kucing kesayangan.

Puanbee
#pantaitelukbatik  #campsitetelukbatik #telukbatik 
Walaupun nak masuk kena bayar RM3 , tapi puas hati. Pantai bersih terjaga , air jernih dan orang tak lah terlalu sesak .
Dalam perjalanan pulang ke kampung , menyelusuri jalan kampung dan singgah di sawah padi menghayati keindahan matahari terbit ciptaan Allah Taala.. Sangat indah pemandangan ini..

Lokasi : Chenderong Balai 

#chenderongbalai #matahariterbit  #sawahpadi
Load More... Subscribe

Recent Comments

  • Nurul on Cara mudah menghasilkan report/penyata aliran tunai & untung rugi bagi kegunaan semasa mengisi e-Filing LHDN.
  • Siti Nazila on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • Perunding Great Eastern Takaful on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • mamapp on Kek sarang semut bakar sukatan cawan , tanpa perap.
  • Puanbee on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson

Archives

Categories

26,338 spam blocked by Akismet
google rank checker
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
© 2022 Puanbee.com | Powered by Superbs Personal Blog theme