Wang Kertas Rm 20 Akan Dikeluarkan Awal Tahun 2012 ??

Ermmm…jalan – jalan di blog kawan – kawan terbaca kisah wang kertas RM20 lama tu akan di keluarkan semula..hurmmmm agak – agak bentuk wang kertas tu sama tak dengan bentuk wang kertas lama ? jeng jeng jeng ..saya dan suami suka sangat simpan wang kertas lama sebagai koleksi perribadi ..setakat ni ada 3 keping wang kertas rm20 lama yang disimpan , semasa nak mebeli wang kertas RM 20 tu ..harganya lebih kurang RM70 – RM150 sekeping !..mahal kan ..bergantung pada tuan wang kertas lama tu …tiba2 wang kertas RM20 nak di ke luarkan semula ..hahahah..apa nak buat ..lepas nih tk jadi koleksi dah ke ? Dibawah koleksi saya dan suami …

koleksi wang kertas RM20 Puanbee
koleksi wang kertas RM20 Puanbee
Rm20 5th Series Malaysia Bank note
Rm20 5th Series Malaysia Bank note

Sedutan berita dibawah :

Selepas 16 tahun wang kertas RM20 diperkenalkan kembali oleh Bank Negara Malaysia.

Ia merupakan sebahagian daripada siri wang kertas dan duit syiling terbaru yang bakal memasuki edarannya pada awal tahun depan.

“Pengenalan semula wang kertas RM20 dalam siri matawang baru ini penting kerana ia berfungsi sebagai perantara yang menghubungkan jurang nilai antara RM0 dan RM50. Ini akan memudahkan pengguna membuat bayaran,” katanya dalam satu kenyataan kepada The Star pada Rabu.

Wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982 dan telah dihentikan pengeluarannya pada 1995.

Rekaannya menonjolkan hiasan tradisional Malaysia dan gambar ibu pejabat Bank Negara di muka bertentangannya.

Dan lagi :

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan wang kertas dan duit syiling siri baru yang bakal memasuki edarannya pada awal tahun depan.

Dalam satu kenyataannya kepada media semalam, BNM mengumumkan reka bentuk mata wang itu dilakukan secara berkala dalam tempoh 12 tahun membabitkan denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100, manakala wang kertas RM50 yang berada di pasaran adalah yang terkini sempena ulang tahun ke-50 Kemerdekaan Malaysia sejak Disember 2007.
Turut direka bentuk ialah duit syiling denominasi 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen.
Reka bentuk wang kertas siri keempat ini mengandungi ciri keselamatan lebih canggih, sejajar dengan kemajuan teknologi wang kertas mutakhir masa kini.

BNM akan bekerjasama dengan institusi kewangan, perusahaan perniagaan dan vendor yang mengendalikan wang tunai bagi memastikan peralihan kepada siri baru ini berjalan lancar. Pada masa sama, vendor pengendali mesin wang tunai diberi tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin dalam memastikan orang ramai dapat menggunakan mata wang baru berkenaan.

Bagi meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap mata wang baru ini, BNM akan mengeluarkan duit syiling pengingatan siri ketiga dan mempamerkan reka bentuk wang kertas siri baru pada suku ketiga 2011, tidak lama lagi. – BH

Tak sabar pulak nk tunggu kemunculan wang kertas RM20 …nantikan !!

20 thoughts on “Wang Kertas Rm 20 Akan Dikeluarkan Awal Tahun 2012 ??

  1. hope security n kualiti die pon makin bertambah yerk.. jangan jadi cam 5 ringgit sekarang ni.. senang sangat koyak walaupun dikatan antara wang kertas yang tercanggih didunia 🙂

  2. wah nak keluar balik ekk.macam tak pernah jer pegang duit rm20 nie.ptotlah dihentikan pada taun 1995.br dajah 5.mana penah pegang duit besaq2.haha

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.