Tak tahu mana nak pergi untuk bercuti? Jom ke Langkawi Wildlife Park

Hellloooo uols. Sekarang ni baru awal-awal tahun, feeling feeling new year lagi kan? Apa lagi. Sapa yang tak sempat pergi bercuti waktu hujung tahun, atau pun korang yang dah bercuti tapi gatal nak bercuti lagi, jom lah bercuti lagi. Takde sapa marah. Janji korang jangan abaikan kerja korang tu sudah. Kang nanti bos marah-marah baru tau. Korang-korang yang nak bercuti ni. Tak kira lah luar negara ke dalam negara, mesti korang akan cari tempat yang paling best punya nak pergi kan. Ada ke orang yang pergi bercuti tempat yang tak best? Eh kejap. Ada ke tempat bercuti yang tak best? Semua tempat bercuti semua besttttt. So apa lagi. Bukak la search engine korang, cari lah best Malaysia holiday destinations. Tak payah susah-susah jauh nak pergi overseaaa sana. Kat Malaysia banyak tempat yang best yang korang boleh pergi.

Tapi haaa meh sini nak bagitahu, salah satu tempat yang best dekat Malaysia ni adalah Langkawi Wildlife Park! Haaa. Pernah tahu tak tempat ni? Korang pernah pergi tak? Ke baru first time je dengar pasal tempat ni. Kalau pernah pergi bagus la. Mesti korang tau tempat ni sangat best and awesome kan? Haa engkorang yang tak pernah pergi lagi tu. Apa lagi? Takkan nak baca je orang kata tempat ni best. Tak rasa ke nak pergi sendiri? Jadi, tunggu apa lagi? Bukak la Traveloka Malaysia lepas tu cari pasal tempat ni. Sekali tu, siap korang boleh book hotel lagi sesiap. Bila pergi bercuti dekat Langkawi tu. Haaaa boleh la korang menghadap tempat ni hari-hari.

INFO LANGKAWI WILDLIFE PARK

Sebelum korang nak pergi Langkawi Wildlife Park ni, korang tau ke apa yang ada dalam Langkawi Wildlife Park ni? Haaa kena la amik tau sikit apa yang ada atau pun latar belakang dia sikit. Kita pergi jalan-jalan kena tambah ilmu jugak, ye dak?

Langkawi Wildlife Park ni satu taman yang sangat besar. Dia ada 4 bahagian kalau uols nak tahu. Setiap bahagian tu pulak, masing-masing ada tema yang tersendiri. Bukan tu je, dekat setiap bahagian tu ada haiwan unik yang berbeza pulak tu. So, bila korang pergi sana korang jangan jalan satu bahagian je, rugi la korang nanti.

Rugi bukan sebab korang bayar mahal ke apa, tapi rugi sebab korang tak dapat tengok keajaiban haiwan yang ada dalam tu. Dekat dalam Langkawi Wildlife Park ni, ada lebih daripada 20 spesies burung dari Malaysia dan ada sebahagiannya, datang dari negara lain. Burung-burung dalam Langkawi Wildlife Park ni bebas terbang tau, dorang takde kurung burung tu dalam sangkar yang kecil.

Kalau korang semua nak tahu, banyak sangat haiwan yang ada dalam Langkawi Wildlife Park ni. Korang rasa-rasa ada berada jumlah spesies? Mesti tak dapat agak kan. Ada kira-kira 150 spesies haiwan weyh dekat Langkawi Wildlife Park ni. Apa lagi? Kalau suruh korang namakan spesies haiwan yang ada dekat dunia ni silap-silap pun tak dapat namakan sampai banyak tu. Jadi apa lagi? Korang mesti la cepat-cepat datang dekat Langkawi Wildlife Park ni.

HARGA MASUK KE LANGKAWI WILDLIFE PARK

Okay korang mesti tertanya-tanyakan berapa harga nak masuk tu? Seriously sangat murah. Mana korang nak dapat harga murah macam ni untuk tengok haiwan banyak-banyak. Untuk korang yang warganegara Malaysia, dewasa harga RM24. Untuk budak pula RM16. Kalau orang luar pula, RM 39 untuk dewasa. Budak pula RM 22.

Seriously sangat murah. Jadi, apa lagi lah alasan korang untuk tak datang ke sini? Kalau korang cari best Malaysia holiday destinations, surely akan keluar Langkawi Wildlife Park punya. So apa lagi, tak kan nak tunggu semua orang lain dah pergi baru nak pergi. Kalau bukan sekarang korang nak travel. Bila lagi weh, kalau tengah-tengah tahun selalu nya busy. So sekarang la. Selamat bercuti guysss.

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.