Skip to content

Puanbee.com

Lifestyle , Family Blog , Review , Sewing & Tutorial

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
Menu

Pernah Tengok Blog Kena Hack ??? Apa nak buat bila blog di hack ?

Posted on May 20, 2011 by Puanbee

Salam semua , erm ..tak de topik sangat hari ni ..ah pedulikan apa kata orang yang penting ..hati kita mau jaga ..hihihi…korang pernah tengok tak blog kena hack ? sebelum  ni bee tak pernah tengok , betul – betul rasa terkejut bila pergi satu blog tu akan keluar tulisan – tuliasan dari hackers …terkejut !..antara sebab utama blog di hack adalah security lemah , kata si hackers tu lah …erm ..tak tahu nak komen apa , mungkin si hackers tu boleh beri penjelasan disini 🙂

Tapi saya dah terjumpa satu blog kawan blogger kita di hack ! nk tengok ? sila ke sini aoiii !!! kesian ..berhari – hari owner nya bersedih mana tidaknya ..koleksi entri kesayangan semua nya telah lupus pada mulanya ..follower dan aktiviti giveawaynya semua hilang sekelip mata …

Tapi kelmarin owner nya datang dengan URL blog baru ,  Mood blogging dia down ..erm agak lama saya fikir cam mana nk buat selain dari beri sokongan padanya dan ucapkan perkataan “sabar”  ramai dah ucapkan perkataan “sabar” tu sebenarnya ….

Agak lambat saya berusaha , nak cakap tak nak cakap serba salah jadinya hahaha…yer lah tk pernah jugak mengalami situasi blog kena hack nih , nk bukak balik tu memang tak lah , memang tak pernah belajar selok belok hack2 ni…

Kemudian Ownernya tulis entri dia paling sayang , follower nya yang dah hampir mencecah 1000 tu , berharga woo follower kan , kalau tak kita tulis entri untuk siapa ? Dan juga entri – entri dia yang banyak terdapat dalam blog yang kena hack tu , memori kenangan , cerita dan sebagai nya lah …

So apa tindakan yang perlu di buat jika blog korang di hack ?

1- Bertenang ..jangan nagis dulu 🙂

2- Cuba login akaun korang boleh ke tidak , kalau boleh tukar password .

3- Blog tu memang tk boleh diselamatkan kecuali hackers tu pulangkan balik , so berserah je lah …

4-redirect follower lama ke blog baru . cara ni biasa guna bila tukar blogspot ke wordpress tk kira leh berbayar ke tidak selagi di bawah satu email gmail , tapi emai lain bee tk cuba lagi yer..( CARA REDIRECT FOLLOWER DARI SATU BLOG KE BLOG LAIN )

5- Import semua entri kalau boleh , then eksport semula ke blog baru ..( CARA IMPORT ENTRI DARI BLOG LAMA KE BLOG BARU ) cara ni pun biasa di gunakan oleh orang yang nak tukar blogspot ke wordpress..

done !…cuma …alexa ke PR blog ke memang tk boleh buat apa lah yer korang itu saja yg boleh buat …jadi lah kan asal kan entri kita semua masih selamat ..

Tapi ada juga blog yang memang tk boleh login , itu bee tak tahu cara nk pulihkan melainkan hantar email ke team blogger boleh  kot cubalah dulu..biasa nya blog di remove pun boleh dapat balik lepas hantar email ke blogger team ..cuba je lah eh !

 

Cara nk redirect follower tu tunggu entri lain 🙂

15 thoughts on “Pernah Tengok Blog Kena Hack ??? Apa nak buat bila blog di hack ?”

  1. UpProfits says:
    May 20, 2011 at 5:56 pm

    Sian pulak dengar..kalau lah dpt membantu..

    Nak bantu xtahu..so, bg sokongan jelah..huhu

    Reply
    1. puanbee says:
      May 21, 2011 at 8:38 am

      hurm tk leh bantu apa2 lah , dh buat semua diatas asalkan dpt entri balik dh cukup kan

      Reply
  2. Mak Dara says:
    May 20, 2011 at 7:42 pm

    wahhhh kompom sedih kalau kena macam tu.. Mak Dara punya blog pun dulu pernah kena remove mau meroyan jugak jadinya.. nasib baik last2 boleh dapat blk =)

    Reply
    1. puanbee says:
      May 21, 2011 at 8:55 am

      aha nasib dapat balik kalo tk meroyan lagi mak dara tu 🙂

      Reply
  3. sayacomel says:
    May 21, 2011 at 12:02 am

    wahh. sampai kena hack. Bahaya betul la..

    Reply
    1. puanbee says:
      May 21, 2011 at 8:49 am

      mcm2 ada lah comel!

      Reply
  4. cikpuanhady says:
    May 21, 2011 at 12:45 am

    mitak2 jauhla dari kena hack ni..dahla me tak reti bab2 cenggini..

    p/s : nampak gaya gathering tu jadi kat klcc..ngee..

    Blogshop kami :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini

    Belog kami :Notre Belle Histoire

    Reply
    1. puanbee says:
      May 21, 2011 at 8:48 am

      bee pun tk nak haa ..

      ps : oh jadi erk …bila tu nk join 🙂

      Reply
  5. juanita says:
    May 21, 2011 at 8:54 am

    kadang2 tu bukan manusia yg punya keje. Slalu virus tu..

    Reply
    1. puanbee says:
      May 21, 2011 at 8:58 am

      yer ke pencipta dia manusia juga kan ini boleh si hackers tu jawab di tempat komen kenapa dia hack blog itu …lupa nk save link huhu

      Reply
  6. ayu jamal says:
    May 21, 2011 at 10:39 am

    bee kalau ayu memang dh nangis dulu…

    sape yang ingat masa tu…orang tu la akan tepon mnta tolong…

    tapi kekadang kita ingat minta tolong n orang dh betul..lagi huru hara jadinya…dia putarkan pulak cerita…penat tol

    Reply
  7. Lorna says:
    May 22, 2011 at 4:17 pm

    hatiii busuk tul hackers2 kat luor tuh…huhuh…
    susah pyh blogger tu bermula tak pasal jer….siannn…

    Reply
    1. puanbee says:
      May 22, 2011 at 4:41 pm

      itu lah nasib lah ..

      Reply
  8. AK says:
    April 2, 2012 at 4:52 pm

    Blog saya sekarang ni pun kena hack, tapi rileks, pertahanan dan langkah-langkah pemulihan sedang dilakukan. Lepas ni kasi up sikit sistem pertahanan, biar hackers menangis tak berlagu..hahaha

    Reply
  9. farahaznil says:
    July 22, 2012 at 10:15 am

    aish…blog sy pun dah kena hack kelmarin..sakitnya….gerammmmm

    Reply

Leave a Reply to cikpuanhady Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Media social puanbee

  • Facebook
  • Instagram
  • Mail
  • TikTok
  • Twitter
  • YouTube

Recent Posts

  • Akhirnya channel Puanbee di youtube dapat monetize March 29, 2022
  • Kejayaan Asyraf Khalid Menjadi Tontonan Ramai February 25, 2022
  • Bagaimana nasib kita peniaga di tahun 2022 ini ? February 11, 2022
  • Balik kampung sementara boleh Kampung Sungai Relong Kamunting February 6, 2022
  • Review Tapak zip / Tapak sebelah mesin industri  February 6, 2022

Puanbee

Assalamualaikum dan hai
Channel ini memaparkan tutorial menjahit , DIY , unboxing & vlog rutin harian. kehidupan sebenar seorang ibu dengan 5 anak nya dan juga 5 ekor kucing kesayangan.

Puanbee
#pantaitelukbatik  #campsitetelukbatik #telukbatik 
Walaupun nak masuk kena bayar RM3 , tapi puas hati. Pantai bersih terjaga , air jernih dan orang tak lah terlalu sesak .
Dalam perjalanan pulang ke kampung , menyelusuri jalan kampung dan singgah di sawah padi menghayati keindahan matahari terbit ciptaan Allah Taala.. Sangat indah pemandangan ini..

Lokasi : Chenderong Balai 

#chenderongbalai #matahariterbit  #sawahpadi
Load More... Subscribe

Recent Comments

  • Nurul on Cara mudah menghasilkan report/penyata aliran tunai & untung rugi bagi kegunaan semasa mengisi e-Filing LHDN.
  • Siti Nazila on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • Perunding Great Eastern Takaful on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • mamapp on Kek sarang semut bakar sukatan cawan , tanpa perap.
  • Puanbee on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson

Archives

Categories

26,336 spam blocked by Akismet
google rank checker
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
© 2022 Puanbee.com | Powered by Superbs Personal Blog theme