Kenapa 29 September Tiada Dalam Kalendar ?

Salam pagi buat semua…
pagi-pagi ni kakak tanya lagi, setahun sekali mesti kena jawab soalan ni sehinggalah muncul 29/2 tu ..

semasa kakak berumur 1thn , 2thn , 3thn
kakak masih kecil jadi tk de soalan tu..

semasa kakak berumur 4 thn ada dah tarikh 29/2 tu..

dan semasa 5 tahun , 6 tahun dan sekarang 7 tahun mesti kakak tanya kenapa hari jadi kakak tak de dalam kalendar ?

kakak 2010
kakak 2010
Agak kesian pada kakak..tapi nak buat cam mana ibu terberanak kan kakak awal sebulan..kalau ikut tarikh bersalin tu 28/3..tau2 kakak tak bergerak dalam perut doktor paksa ibu bersalin kena pulak tarikh 29/2 tahun lompat !
Berapa kali di terangkan 29/2 adalah tarikh yang berada di tahun lompat 4 tahun sekali baru ada tarikh tu..dia tanya lagi dan merasa hairan sabar jer lah!ibu pun tk tahu nak terangkan mcm mana lagi…
Bermakna tahun depan baru ada tarikh lahir kakak yang betul2..sebelum nih kami sekeluarga main sambut je birthday kakak setiap hujung bulan 27 atau 28 ..nak buat cam mana kan..takdir…
Yang best nyer dulu semasa ibu berkerja …ibu merancang nak buat majlis hari lahir kakak..sekali terdengar dek bos…bos tu berbangsa cina. .dia punya lah suka ..terus hulurkan hadiah duit pada kakak RM200 ..bos cakap alaaa onggg ! memang ongg lah tak semena2 dapat duit kan ! ekeke dah kenangan lama tu !
psstt : macam mana nak terangkan lagi supaya kakak faham erk ?

24 thoughts on “Kenapa 29 September Tiada Dalam Kalendar ?

  1. kakyong pun ade kawan lahir tahun lompat…

    nanti dia dah besor & dah faham maksuh tahun lompat.. dia faham lah tu.. & betapa istimewa nya tarikh lahir dia tu.. 😉

    da klik2 HB bee

  2. memang susah nak terangkan…..tapi mesti bila dah besar dia tahu gak…
    "kakak nanti bila tarikh ade dlm kelender jangan lupa mintak hadiah yang best2 dari mama ye"

  3. orang cina suka erkkk anak lahir 29/2 tuu?

    tarikh tak berapa penting laa.. yg penting ingatan… tapi kalau saya dapat tarikh tu, 4 tahun sekali baru kira naik 1 tahun umur… aci tak? hahahaha

  4. Dhiya lahir 28/2/2008 pada pukul 11.35malam. snagat takut sebab tahun tu tahun lompat..takut nnti x terjawab macam ni ler..
    tapi bila dia besar nnti, mesti dia rasa keunikan tarikh lhr dia tuh..hehe

  5. saya lahir pada 29/2/1988.. huhuhu sedih gk r.. cz ramai x ingat tarikh saya.. rasa asing je.. tiap kali besday orang lain, saya rasa amat2 jeles.. xtau knape.. tp itula yg sy rse huhuh

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.