Kenapa 29 September Tiada Dalam Kalendar ?

Salam pagi buat semua…
pagi-pagi ni kakak tanya lagi, setahun sekali mesti kena jawab soalan ni sehinggalah muncul 29/2 tu ..

semasa kakak berumur 1thn , 2thn , 3thn
kakak masih kecil jadi tk de soalan tu..

semasa kakak berumur 4 thn ada dah tarikh 29/2 tu..

dan semasa 5 tahun , 6 tahun dan sekarang 7 tahun mesti kakak tanya kenapa hari jadi kakak tak de dalam kalendar ?

kakak 2010
kakak 2010
Agak kesian pada kakak..tapi nak buat cam mana ibu terberanak kan kakak awal sebulan..kalau ikut tarikh bersalin tu 28/3..tau2 kakak tak bergerak dalam perut doktor paksa ibu bersalin kena pulak tarikh 29/2 tahun lompat !
Berapa kali di terangkan 29/2 adalah tarikh yang berada di tahun lompat 4 tahun sekali baru ada tarikh tu..dia tanya lagi dan merasa hairan sabar jer lah!ibu pun tk tahu nak terangkan mcm mana lagi…
Bermakna tahun depan baru ada tarikh lahir kakak yang betul2..sebelum nih kami sekeluarga main sambut je birthday kakak setiap hujung bulan 27 atau 28 ..nak buat cam mana kan..takdir…
Yang best nyer dulu semasa ibu berkerja …ibu merancang nak buat majlis hari lahir kakak..sekali terdengar dek bos…bos tu berbangsa cina. .dia punya lah suka ..terus hulurkan hadiah duit pada kakak RM200 ..bos cakap alaaa onggg ! memang ongg lah tak semena2 dapat duit kan ! ekeke dah kenangan lama tu !
psstt : macam mana nak terangkan lagi supaya kakak faham erk ?
Show 24 Comments

24 Comments

  1. ~ yus ~

    susah juga nak terangkan ye. Takpe lama2 nanti dia mesti faham…

    p/s: rajin betul godek2 tukar layout bee ni..huhu

  2. The Closed Life

    She's a lil girl and might not understand this right now but in time she will.. 😀

  3. puanbee

    @~ yus ~tunggu dia dah besr nanti ler..

    pstt : layout lama bee ada malware terpaksa!

  4. ch@

    takpe, biasanya orang sambut beday tahun lompat ni istimewa. besar-besar punya. lama-lama nanti kakak faham.

  5. NzA

    kesiankan org lahir 29hb Feb…kalu camtu kakak kena smbut besday ikut kalender Islam…br ada ongggg…….
    wah dpt RM200 tu…..

  6. FaraCuna

    sy pon ade kawan lahir 29/2

    huhu..

  7. SyidaGorjes

    asalkan celebrate pun dah ok kan kak?

  8. kakyong

    kakyong pun ade kawan lahir tahun lompat…

    nanti dia dah besor & dah faham maksuh tahun lompat.. dia faham lah tu.. & betapa istimewa nya tarikh lahir dia tu.. 😉

    da klik2 HB bee

  9. CiK JuE

    memang susah nak terangkan…..tapi mesti bila dah besar dia tahu gak…
    "kakak nanti bila tarikh ade dlm kelender jangan lupa mintak hadiah yang best2 dari mama ye"

  10. sw33tdarling

    orang cina suka erkkk anak lahir 29/2 tuu?

    tarikh tak berapa penting laa.. yg penting ingatan… tapi kalau saya dapat tarikh tu, 4 tahun sekali baru kira naik 1 tahun umur… aci tak? hahahaha

  11. BIONIC WOMEN

    Dhiya lahir 28/2/2008 pada pukul 11.35malam. snagat takut sebab tahun tu tahun lompat..takut nnti x terjawab macam ni ler..
    tapi bila dia besar nnti, mesti dia rasa keunikan tarikh lhr dia tuh..hehe

  12. Anonymous

    saya lahir pada 29/2/1988.. huhuhu sedih gk r.. cz ramai x ingat tarikh saya.. rasa asing je.. tiap kali besday orang lain, saya rasa amat2 jeles.. xtau knape.. tp itula yg sy rse huhuh

  13. hehe…nnt lama2 kakak akan faham..

    anak akak lak lahir 28/2/2008..kebetulan tahun tu tahun lompat juga..kalau tunggu sehari lg mmg 4 tahun sekali la sambut birthday..hehe

Leave a Reply to ~ yus ~ Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.