Skip to content

Puanbee.com

Lifestyle , Family Blog , Review , Sewing & Tutorial

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
Menu
SEARCH APA SAHAJA DI BAWAH :

Cermin mata transitions ( berubah gelap di bawah cahaya terang )

Posted on March 30, 2016 by Puanbee

Makcik kini menyerah kalah. Korang pakai cermin mata apa  ? Mari kongsikan sikit. Tujuh tahun lepas saya dah pun sepatutnya memakai cermin mata. Tetapi waktu tu saya buat cermin mata tapi rasa tak selesa. Waktu itu jika pakai cermin mata ketika memandu mesti nak langgar pembahagi jalan tepi-tepi tu. Jika pakai waktu berjalan mesti nak rasa tinggi rendah. Akhirnya fed up , terus tak pakai dah. Kos buat cermin mata tu dalam RM290. Bingkai ada offer RM90 ja waktu tu. Itu cerita tujuh tahun lepas.  Mungkin ada masaalah pembuatan yang buatkan saya rasa tak selesa.

Kini …. setelah kepala selalu sangat berdenyut , nak tengok tv dah tak boleh. Terasa macam biji mata nak keluar dan merekah-rekah macam tu. Cuba untuk pakai kanta lekap , tetapi tak sesuai. Mata jadi merah serta merta. Akhirnya pergi lah ke kedai cermin mata berdekatan. Cuba lah survey nak dapatkan harga paling terbaik. Ayat apa bila masuk ke kedai. “Saya nak lense yang bila kena cahaya jadi gelap. ”  Ramai kata mahal. Ada yang tak nak layan pun bila saya kata nak frame yang murah sahaja dan di padankan dengan lense boleh jadi gelap tuh. Kemudian singgah di kedai MENARA OPTOMETRY dalam tesco ampang. Layanan dan servis terbaik. Peramah sangat dan sanggup layan saya memilih frame , jadi terus beli di situ. Tak fikir panjang dah.

transitions lense 2016 price 1

Ingatkan nak frame murah je , macam A LOOK EYE WEAR punya tu. Tapi tak ada di Menara ni. Cuba – cuba punya cuba ambil lah frame brand MANGO. Harga yang paling rendah la dalam kedai tu. Ada lagi yang paling rendah tapi tak berapa kenan. Frame ni harga nya RM365 , Ada diskaun sikit so dapat lah RM330 sahaja. Kemudian dah pilih frame kita check la mata. Tengok power nya berapa . Dah naik sikit dari 7 tahun lepas. Ok la naik sikit ja. Lagi mau kata ok.

Lense brand HOYA yang di beri. Saya tak tahu pun brand apa mahal , brand apa murah. Seller tu kata. Nak fungsi cermin bertukar gelap ada mahal ada murah. Yang murah sikit tu tinted lens je kata nya. So nak yang berkualiti sikit ambil lah brand HOYA ni. Katanya lagi ada waranty setahun dan setakat ini lense HOYA ni sangat selesa. Adik dia dah cuba katanya.

hoya transitions lense 2016

Harga lense pula , mengikut power mata pesakit. Lagi tinggi , lagi mahal. Saya ni tak tinggi sangat. Cuma mata ni rabun jauh. Sampai kalau orang hai hai dari jauh memang tak nampak la. Segala sign board jalan tak nampak dah. Harga lenss transitions brand HOYA yang power seperti saya 100/125 adalah RM600. Harga nampak macam tetap. Tak boleh minta kurang lagi dah. Memang mahal lah. Tetapi saya dah lama mengidam cermin macam ni supaya bila saya berada di bawah cahaya matahari tak perlu lah saya nak tukar cermin mata. Lebih mudah. Hari-hari nak keluar rumah jemput anak – anak balik sekolah. Hantar pergi mengaji semua tu. Saya memang perlu jaga mata dari sinaran UV. Malaysia sekarang panas sangat. Dari semua segi..

mango frame & transitions lense 2016

Jadi keseluruhan harga cermin mata ini adalah RM930. Saya tulis harga di sini sekadar berkongsi. Sebab sebelum saya pergi beli cermin mata. Saya search harga terkini cermin mata jenis Transitions ni untuk tahun 2016 . Tak ada pun.. yang ada harga tahun 2012 ke bawah. Rata-rata update harga dalam RM400 – RM500 pada tahun itu. Disebabkan saya terlalu banyak search info , saya dapat tahu yang Transitions merupakan jenama , tetapi doktor mata di Malaysia dan pengguna cermin mata di Malaysia dah biasa meletakkan nama Transitons untuk cermin mata yang boleh berubah warna dengan cepat di bawah cahaya matahari. Selain jenama HOYA , TRANSITIONS ada ESSILOR , ZEISS , NIKON dan SEIKO .. mungkin ada banyak lagi . Tapi itu yang saya dapat hasil pembacaan di internet. Nasib baik lah boleh bayar 2 kali. Ternyata wang yang di bawa tak cukup. Cermin mata ini custom made mengikut power mata saya jadi memang perlukan 2-4 hari untuk siap. Mungkin akan buat cermin mata untuk anak sulung pula. Dia pun cakap tak nampak tulisan di papan hijau dah. Ermm ..

Balik rumah citer kat suami harga nya. ” Kenapa ambik mahal sangat katanya” . Lepas tu saya cuma cakap. ” Kan abg pesan ambik cermin yang boleh jadi gelap “. Eekekek .. padan muka , sapa suruh tak ikut. Alaa lagi pun  , apa lah sangat harga cermin mata ni dengan anak 4 orang yang keluar dari tubuh ku …

Gitu…

Terima kasih kerana membaca.

Sekadar berkongsi.

18 thoughts on “Cermin mata transitions ( berubah gelap di bawah cahaya terang )”

  1. akubiomed says:
    March 30, 2016 at 10:33 pm

    Pernah guna jenama Transition. Kalau hembus pada cermin akan nampak logo. Pakai cermin Transition untuk bingkai Rayban Wayfarer Tortoise. Sayangnya cermin macam kesan calar walaupun jarang pakai tetapi tidak tahu apa sebabnya terjadi sebegitu. Rasa sayang duit.

    Reply
    1. puanbee says:
      March 30, 2016 at 11:01 pm

      calar ke crack ? sebab tadi seller tu pesan , jika kena panas , terus ada crack , mcm calar atau retak . walaupun tak jatuh .. tu masaalah cermin tu sendiri. Kalau masih ada waranty blh claim …

      Reply
  2. cik tom says:
    March 30, 2016 at 11:37 pm

    baru je jumaat mgu lepas teman adik bt spek..style camni jgk bila panas tukar color gelap…cuma sy xsure la brand apa…tapi murah je harga student price semua RM210 dr harga asal RM300++..tp rasa kualiti yg akak bagus kot..
    terbaik last statement akak tue..mantoppp

    Reply
    1. puanbee says:
      April 1, 2016 at 12:32 pm

      akk baca reiew , rata2 kata hoya ni kualiti bagus juge ..tp tak tau lah ciktom , harap boleh tahan lama je lah ..

      Reply
  3. kisah si dairy says:
    March 31, 2016 at 11:41 am

    dah lama mengidam nak beli cermin mata yang ni…tapi tak tau ler bila dapat,..hehe

    Reply
    1. puanbee says:
      April 1, 2016 at 12:31 pm

      nampaknya kena buat tabung cermin mata lah ye ..

      Reply
  4. Ummi Hanie says:
    March 31, 2016 at 5:17 pm

    waaa tantek spec bee… padan laaa dgn regenye…
    nis seumo idup berpuluh tahun dah pakai *sejak darjah5) tak pernah buat spec mahal…. pehhh ni nak kena buat gak satu lagi spare ni
    spec transition nis buat aritu sebelom gi haji 2014… seswai la sana panas memanjang kan… guna frame korea… murah2 jer… ada offer … rasanya tak sampai rm300

    Reply
    1. puanbee says:
      April 1, 2016 at 12:31 pm

      ada juga yang rm300 tu nis , tp dia cakap tu jenis tinted ja , bee pun percaya je lah .. ntah betul ke tidak wallahualam .. tp pakai jenis ni selesa betul mata .. nis pun kena buat satu lah .. nabung lebih sikit lah ..
      pssstt bee pakai duit google juga ni sikit ..

      Reply
      1. Dzu Amri says:
        April 9, 2016 at 7:39 am

        Apa maksud tinted tu ek? Tengah survey juga ni.. Jeles tengok husband pakai lense trasnsition ni..

        Reply
        1. puanbee says:
          April 9, 2016 at 7:29 pm

          saya tak pandai nak ckp , tapi menurut seller tu tinted tu jenis satu lagi , bukan jenis ada dalam cermin. dan bila pergi tmpt cerah dia tak akan cepat betukar jadi gelap ..

          Reply
  5. Bisnes Online says:
    April 1, 2016 at 1:11 pm

    dulu masa zaman belajar saya ada kawan pakai spec macam ni, itulah kali pertama saya tahu rupanya ada cermin mata macam ni, hehhee

    Reply
  6. semak saman says:
    April 1, 2016 at 6:41 pm

    telan air liur tengok harga tu.hehe

    Reply
    1. puanbee says:
      April 9, 2016 at 7:31 pm

      jangan la camtu ..kumpul duit sikit2 .. untuk mata kita hehehe

      Reply
  7. Noriza Rahman says:
    April 5, 2016 at 2:44 pm

    HOYA memang bagus cermin dia buat cermin mata, saya pun pakai jenama yang sama,

    Reply
    1. puanbee says:
      April 9, 2016 at 7:30 pm

      sedap kan .. mata rasa rileks sangat

      Reply
  8. Tok Puteh says:
    April 15, 2016 at 11:29 pm

    Baru je tadi siap cermin mata jenis transition ni… masih keliru sebab baru je guna jenis gini heheheh

    Reply
  9. Oyong Ilham says:
    August 25, 2016 at 8:27 am

    Saya mau lihat dulu produkya… Napaknya seru ni

    Reply
  10. Bard says:
    May 29, 2017 at 5:38 am

    Salam Puanbee,
    Selepas setahun lebih menggunakan lens hoya ini bagaimana skrg ya?
    Sy baru beli frame jenama Oakley…cadang nak gunakan lens hoya ini utk acara outdooor.
    Lens ini hanya ada satu warna(hitam) shj ke?
    Dan betul ke mudah calar/crack?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Media social puanbee

Recent Posts

  • Akhirnya channel Puanbee di youtube dapat monetize March 29, 2022
  • Kejayaan Asyraf Khalid Menjadi Tontonan Ramai February 25, 2022
  • Bagaimana nasib kita peniaga di tahun 2022 ini ? February 11, 2022
  • Balik kampung sementara boleh Kampung Sungai Relong Kamunting February 6, 2022
  • Review Tapak zip / Tapak sebelah mesin industri  February 6, 2022

Puanbee

Assalamualaikum dan hai
Channel ini memaparkan tutorial menjahit , DIY , unboxing & vlog rutin harian. kehidupan sebenar seorang ibu dengan 5 anak nya dan juga 5 ekor kucing kesayangan.

Puanbee
Jom ke Ikea showroom pertama di Malaysia .. jalan-jalan cari katil idaman je je ... tapi .... lama juga cuci mata .. enjoy ..

#ikea2022 #ikeashowroom #ikeadamansara
IKEA DAMANSARA 2022 - Nak beli katil Leirvik je 😂
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLkRYX0pqWHlMeXhR
Assalamualaikum , allhamdulilah kerja lama tertangguh .. jom sulam logo menggunakan mesin singer legacy se 300 ni. Baru lepas servis mesin syok sikit nak guna dia..

#sulamlogo #mesinsulam #singerlegacyse300
Amatur guna mesin sulam singer legacy se 300 .. sikit-sikit boleh lah ..
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLjhuVmlMOEtIX3FJ
Load More... Subscribe

Recent Comments

  • Perunding Great Eastern Takaful on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • mamapp on Kek sarang semut bakar sukatan cawan , tanpa perap.
  • Puanbee on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson
  • Puanbee on Renew ssm online dengan hanya RM70 setahun
  • akubiomed on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson

Archives

Categories

24,856 spam blocked by Akismet
google rank checker
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
© 2022 Puanbee.com | Powered by Superbs Personal Blog theme