Cermin mata transitions ( berubah gelap di bawah cahaya terang )

Makcik kini menyerah kalah. Korang pakai cermin mata apa  ? Mari kongsikan sikit. Tujuh tahun lepas saya dah pun sepatutnya memakai cermin mata. Tetapi waktu tu saya buat cermin mata tapi rasa tak selesa. Waktu itu jika pakai cermin mata ketika memandu mesti nak langgar pembahagi jalan tepi-tepi tu. Jika pakai waktu berjalan mesti nak rasa tinggi rendah. Akhirnya fed up , terus tak pakai dah. Kos buat cermin mata tu dalam RM290. Bingkai ada offer RM90 ja waktu tu. Itu cerita tujuh tahun lepas.  Mungkin ada masaalah pembuatan yang buatkan saya rasa tak selesa.

Kini …. setelah kepala selalu sangat berdenyut , nak tengok tv dah tak boleh. Terasa macam biji mata nak keluar dan merekah-rekah macam tu. Cuba untuk pakai kanta lekap , tetapi tak sesuai. Mata jadi merah serta merta. Akhirnya pergi lah ke kedai cermin mata berdekatan. Cuba lah survey nak dapatkan harga paling terbaik. Ayat apa bila masuk ke kedai. “Saya nak lense yang bila kena cahaya jadi gelap. ”  Ramai kata mahal. Ada yang tak nak layan pun bila saya kata nak frame yang murah sahaja dan di padankan dengan lense boleh jadi gelap tuh. Kemudian singgah di kedai MENARA OPTOMETRY dalam tesco ampang. Layanan dan servis terbaik. Peramah sangat dan sanggup layan saya memilih frame , jadi terus beli di situ. Tak fikir panjang dah.

transitions lense 2016 price 1

Ingatkan nak frame murah je , macam A LOOK EYE WEAR punya tu. Tapi tak ada di Menara ni. Cuba – cuba punya cuba ambil lah frame brand MANGO. Harga yang paling rendah la dalam kedai tu. Ada lagi yang paling rendah tapi tak berapa kenan. Frame ni harga nya RM365 , Ada diskaun sikit so dapat lah RM330 sahaja. Kemudian dah pilih frame kita check la mata. Tengok power nya berapa . Dah naik sikit dari 7 tahun lepas. Ok la naik sikit ja. Lagi mau kata ok.