Resepi Cendawan Goreng & Tips Goreng Cendawan Agar Ranggup

Sebelum ni banyak kali saya cuba goreng cendawan dengan tepung dan rasanya tak ranggup , saya hendakkan cendawan goreng yang ranggup , ambiklah resepi cendawan goreng siapa pun , bila saya masak mesti tak ranggup .. korang tau kenapa ? Entah lah ,mungkin orang lain dah tahu pun tapi saya yang tak tahu menahu sampai sekarang sabar je lah.

Resepi cendawan goreng tepung ranggup dan sedap

Tips Goreng Cendawan Agar Ranggup
Rupanya untuk hasilkan cendawan goreng tepung yang ranggup , adalah dengan cara.. lepas basuh cendawan tu , kita mesti perahkan cendawan tersebut , lah nape tak terfikir.. hahah perah je guna tangan atau kalau suka boleh perah dalam kain bersih. Asalkan perah dan buang air-airnya .. lepas tu barulah celup dalam tepung dan goreng dalam minyak yang panas.

Dalam gambar saya guna tepung magic yang saya beli dari kakyong shop , so sangat sedap dan ranggup ..tak perlu susah-susah lagi. Tapi kalau nak susah-susah sikit boleh lah ikut resepi di bawah ni untuk buat cendawan goreng celup tepung yek.

Resepi cendawan goreng tepung
Resepi puanbee sendiri

Bahan-bahan :

  • Haruslah ada cendawan dalam 250g – cuci dan perahkan yek.
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 sudu tepung beras
  • 1 cawan air sejuk (dalam peti ais tu)
  • 1 sudu besar mentega
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukupnya

Kisar bahan di atas , panaskan minyak , cukup-cukup untuk goreng cendawan dan tenggelam kan cendawan tu , celup cendawan dalam tepun yang telah dikisar dan goreng sampai kekuning-kuningan. Angkat dan toskan ..boleh lah makan dengan sos atau mayonis , atau cheese chezy kakyong tu ..

selamat mencuba :)

54 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *