Skip to content

Puanbee.com

Lifestyle , Family Blog , Review , Sewing & Tutorial

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
Menu
SEARCH APA SAHAJA DI BAWAH :

Punca dan kesan keracunan makanan

Posted on September 21, 2015 by Puanbee

Punca dan kesan keracunan makanan : Baru baru ini anak saya sendiri telah megalamai keracunan makanan , setelah pulang dari membuat lawatan bersama – sama rakan sekolah. Mereka mengikuti rombongan yang telah di anjurkan pihak sekolah. Gambar adalah dari cikgu husna. Terima kasih cikgu hantar gambar di whatsapp.Setelah husna balik dari lawatan , malam tu dia muntah dan cirit birit , esok nya dia demam.

Saya memberi tahu cikgu dan mendapat tahu dari ibu bapa kawan-kawan husna ramai lagi kawan-kawan husna juga mengalami gejala yang sama. Malahan ada seorang cikgu sendiri pun turut keracunan makanan.Apa boleh buat lagi , terus saya bawa jumpa doktor. Dah lah keadaan berjerebu baru-baru ini menyesakkan hidung.

Tak ada apa-apa isu di sini , perkara telah pun berlalu. Cuma ibu bapa pula lah kena buat rawatan secepat mungkin , takut – takut melarat pula sakitnya. Di bawah saya kongskan info biasa tentang keracunan makanan. Akan datang saya akan tulis tips pula untuk menjaga dan merawat anak yang telah pun mengalami keracunan makanan.

melawat rabbit farm semenyih
ketika melawat rabbit farm semenyih

Apa itu keracunan makanan?

  • Keracunan makanan ialah apa jua penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar.
  • Dilaporkan bahawa terdapat 6624 kes keracunan makanan pada tahun 2007 (kadar insiden 26.44/100,000 penduduk).

Apa yang menyebabkan keracunan makanan?

Punca keracunan makanan:

  • Bakteria atau racun (toksin) bakteria tersebut dan virus.
  • Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai.
  • Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum.
  • Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasilan laut bercengkerang seperti kekerang.

Apakah tanda dan gejala keracunan makanan?

Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada :

  • Agen penyebab keracunan tersebut
  • Amaun (dos) bakteria, virus atau toksin
  • Umur seseorang
  • Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang

Pesakit itu mungkin akan mengalami :

  • Rasa loya
  • Cirit-birit
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut
  • Berpeluh/demam
  • Sakit kepala
  • Keletihan

Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan?

  • Keracunan makanan boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi-sendi yang berpanjangan (kronik). Ia juga boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.

Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?

Antara sebab terjadinya keracunan makanan adalah :

  • Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih dari 4 jam).
  • Makanan tidak dimasak dengan sempurna.
  • Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan yang mentah di disimpan bersama dengan makanan yang telah dimasak).
  • Makanan tidak dipanaskan dengan sempurna.
  • Daging dan ayam beku tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak.
  • Amalan pengendalian makanan yang tidak bersih.
  • Makanan disediakan oleh orang sakit atau pembawa penyakit bawaan makanan.

Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan?

Cara-cara untuk mengelakkan keracunan makanan :

  1. Sentiasa menjaga kebersihan
  2. Basuh tangan dengan betul sebelum mengendalikan makanan
  3. Basuh tangan selepas keluar dari tandas
  4. Basuh dengan bersih permukaan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan
  5. Pastikan kawasan dapur bebas dari serangga , makhluk perosak dan haiwan-haiwan yang lain
  6. Sentiasa pisahkan makanan mentah dari yang telah dimasak:
  7. Asingkan daging ayam dan makanan laut yang mentah dari yang telah dimasak
  8. Gunakan perkakas seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak
  9. Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah didalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan dari pencemaran silang
  10. Sentiasa masak dengan sempurna
  11. Masak dengan sempuna, terutama sekali daging, ayam, telur dan makanan laut
  12. Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul
  13. Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih dari 4 jam
  14. Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi didalam peti sejuk / peti sejuk beku
  15. Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih
  16. Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman yang dibotolkan/berbungkus.
  17. Pilih makanan yang segar dan berkhasiat
  18. Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad)
  19. Jangan makan makanan yang telah melepasi tarikh luput
  20. Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan diluar
  21. Hindari dari gerai/kedai makan yang kotor

Apa yang perlu saya lakukan jika mengalami keracunan makanan?

  1. Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan
  2. Ikut nasihat doktor
  3. Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh pegawai berkuasa
  4. Pastikan tiada orang lain makan makanan tersebut
  5. Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.

4 thoughts on “Punca dan kesan keracunan makanan”

  1. Ummi Hanie a.k.a. Nis Azmier says:
    September 22, 2015 at 12:20 pm

    semoga lekas sembuh…
    doktor bagi air garam tak bee?

    Reply
  2. Ani says:
    September 25, 2015 at 8:08 pm

    Saya pun pernah terkena keracunan makanan, terasa peritnya nak lalui. dengan diarrhea dan sakit kepalanya lagi, mmg flat out. Pastikan byk minum air ye sbb surely akan dehydrated bila diarrhea nak nak lagi dengan cuaca bahang jerebu sekarang ni 😉

    Reply
  3. Abang Hasan says:
    September 27, 2015 at 7:22 pm

    Semoga lekas sembuh ya. Sekarang ini harus pandai pilih makanan dan jajanan di badar juga harus hati-hati sebab banyak juga oknum yang jual dengan bahan pengawet

    Reply
  4. emalin mohd says:
    September 27, 2015 at 10:37 pm

    Bahaya kena keracunan makanan ni. Kena dapatkan rawatan seawal mungkin

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Media social puanbee

Recent Posts

  • Akhirnya channel Puanbee di youtube dapat monetize March 29, 2022
  • Kejayaan Asyraf Khalid Menjadi Tontonan Ramai February 25, 2022
  • Bagaimana nasib kita peniaga di tahun 2022 ini ? February 11, 2022
  • Balik kampung sementara boleh Kampung Sungai Relong Kamunting February 6, 2022
  • Review Tapak zip / Tapak sebelah mesin industri  February 6, 2022

Puanbee

Assalamualaikum dan hai
Channel ini memaparkan tutorial menjahit , DIY , unboxing & vlog rutin harian. kehidupan sebenar seorang ibu dengan 5 anak nya dan juga 5 ekor kucing kesayangan.

Puanbee
meriah ye.. #telukintan #nightview #opporeno7pro5g
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLmhCdURxV3ZaY3VZ
Jom ke Ikea showroom pertama di Malaysia .. jalan-jalan cari katil idaman je je ... tapi .... lama juga cuci mata .. enjoy ..

#ikea2022 #ikeashowroom #ikeadamansara
IKEA DAMANSARA 2022 - Nak beli katil Leirvik je 😂
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLkRYX0pqWHlMeXhR
Load More... Subscribe

Recent Comments

  • Perunding Great Eastern Takaful on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • mamapp on Kek sarang semut bakar sukatan cawan , tanpa perap.
  • Puanbee on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson
  • Puanbee on Renew ssm online dengan hanya RM70 setahun
  • akubiomed on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson

Archives

Categories

24,862 spam blocked by Akismet
google rank checker
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
© 2022 Puanbee.com | Powered by Superbs Personal Blog theme