Video berita terkini dan Gambar suspek simbah asid

Polis beri keutamaan gerakkan usaha berkas suspek simbah asid. Telah tersiar gambar suspek simbah asid di blog – blog , pihak polis meminta semua berhati – hati dan lebih peka untuk memberkas suspek simbah asid ini..

Datuk Khalid Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara:

“Kita beri keutamaan dalam kes ini, kita menyeru pada masyarakat supaya memberi maklumat-maklumat pada kita dan saya pun dapat tahu semalam bahawa satu maklumat telah disebarkan melalui black berry.”

Semalam beliau memaklumkan, satu jawatankuasa khas di peringkat Polis Bukit Aman ditubuhkan bagi menangani kes berkenaan.

Polis juga sudah mendapat beberapa petunjuk mengenai suspek yang dipercayai menunggang motosikal jenis Honda EX-5 warna hitam bernombor pendaftaran palsu.

Dalam kejadian terbaru petang semalam, suspek dilihat memegang botol minuman isotonik menggunakan tangan kiri dan dalam keadaan membuka penutup botol.

Suspek memakai baju putih berkolar, berseluar gelap serta bermisai.

gambar suspek simbah asid di kl
gambar suspek simbah asid di kl

RM290 PER PERSON FOR A 3D 2N HOLIDAY PACKAGE: SUPERIOR ROOM (TWIN SHARING) + 2 BREAKFASTS + JUNGLE TREKKING & CANOPY WALK + RIVER RAPIDS SHOOTING + TOUR GUIDE AT RAINFOREST RESORT, TAMAN NEGARA. MIN 2 PAX.

sila lihat untuk lebih jelas : VIDEO BERITA TERKINI SUSPEK SIMBAH ASID

Kali terakhir anak pegawai polis disimbah asid ,

mangsa simbah asid yang ke 23
mangsa simbah asid yang ke 23

Emma (kiri) dan suspek.

Mangsa ke-23 diserang lelaki bermotosikal ketika berhenti di simpang tiga

KUALA LUMPUR: “Saya hanya mampu beristighfar dan menjerit meminta tolong apabila disimbah cecair bercampur asid oleh seorang lelaki bermotosikal,” kata mangsa ke-23 kes serangan asid yang menceritakan detik mencemaskan disimbah cecair bercampur asid dalam insiden berhampiran Seksyen 10, Wangsa Maju, di sini, semalam.

Mangsa yang juga anak pegawai kanan polis di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur yang hanya mahu dikenali sebagai Emma, 31, berkata, beliau sangat terkejut apabila seorang lelaki bermotosikal tiba-tiba menghampiri keretanya ketika berhenti di simpang tiga di lokasi kejadian, kira-kira jam 8.30 pagi. “Simbahan cecair bercampur asid itu terkena seluruh muka dan pakaian saya, lalu menyebabkan mata saya terasa sangat pedih,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Lembah Keramat, Ulu Klang, dekat sini, semalam.
Emma berkata, beliau tidak tahu siapa yang menyerangnya malah bingung diperlakukan begitu kerana hanya mengusahakan perniagaan kecil-kecilan dan tidak pernah bermusuh dengan sesiapa.

“Ketika kejadian, saya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghantar sepupu yang bekerja. Saya masih ingat, kerana sejuk, saya membuka tingkap di bahagian pemandu tetapi tidak menyangka ada lelaki datang menghampiri dan menyimbah cecair bercampur asid ke arah saya,” katanya.

Emma menasihatkan wanita yang bersendirian sama ada berjalan kaki, menunggang motosikal dan memandu kereta supaya berwaspada bagi mengelak menjadi mangsa simbahan asid.
Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, Bukit Aman menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi menangani kes serangan asid yang sehingga kini membabitkan lebih 20 mangsa wanita.

“Jawatankuasa khas yang dibentuk Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Bakri Zinin akan bekerjasama dengan beberapa kumpulan pemandu teksi bagi membantu polis mengesan suspek termasuk memaklumkan kejadian melalui perkhidmatan radio teksi jika terlihat serangan seumpama itu berlaku berhampiran mereka,” katanya.

Khalid berkata, setakat ini, polis hampir mengecam beberapa saksi melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa lokasi kejadian kes serangan asid tetapi siasatan lanjut masih dilakukan.

“Polis juga sedang mengenal pasti motif utama suspek yang sering menyasarkan wanita sebagai mangsa. Kita tidak menolak kemungkinan pelaku jenayah ini mempunyai masalah mental,” katanya.

Haissshhh macam2 kes lah sekarang ni , PB nih tk de orang kuat nk bejalan2 pun takut , huhu…orang ada masaalah mental pun tahu fikir kan , eh tk de keluarga ke suspek ni ? keluarganya tu tk oleh ke beri kerjasama ?? hati – hati yer..

8 thoughts on “Video berita terkini dan Gambar suspek simbah asid”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.