Skip to content

Puanbee.com

Lifestyle , Family Blog , Review , Sewing & Tutorial

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
Menu
SEARCH APA SAHAJA DI BAWAH :

Sembelit dan Baby Syamim

Posted on February 4, 2015 by Puanbee

Salam dan hai .. masaalah sembelit pada anak kecil pula , biasalah kan .. kehidupan berkeluarga ni memang tak dapat lari dari masaalah kecil begini , Baby syamim .. berusia 1 tahun 2 bulan sekarang… walaupun masih lagi meneruskan penyusuan ibu , tetapi syamim dan mula makan , macam-macam makanan dia makan .. termasuklah kadang-kadang tumpang sekaki makan dengan kakak – kakak bertiga tu.

syamim 1 tahun 2 bulanWalaupun begitu  biasa lah di umur seperti syamim tu akan belajar untuk makan pelbagai jenis makanan , tetapi makanan rutin nya adalah bubur nasi ditambah dengan sayur sayuran dan protein .

Disebab kan syamim suka makan juga , masaalah sembelit ni datang. Perut dan usus mjasih belajar untuk menerima makanan tersebut.

Apa petua yang mama dan papa buat jika bayi sembelit ya ?

Antara petua yang saya praktikkan adalah membeli bayi minum lebih banyak air kosong ( tapi baby tak suka ) kurangkan beri makan nasi tapi lebihkan buah buah da sayuran , seperti betik , bayam untuk mendapatkan serat yang mencukupi ( tak berjaya juga ) Jika antara dua di atas tak berjaya , apa lagi , cuba lagi petua lain , seperti 1 hari , sebotol vitagen .. tapi masih tak baik sembelitnya .. saya terus cari susu yang sesuai untuk usus , saya bukan gantikan susu ibu dengan susu tepung ya , tetapi saya jadikan susu tepung itu sebagai supplement sahaja , sehari secawan dah mencukupi sehingga syamim kembali membuang dengan selesa tanpa tangisan.

Serius kesian sangat tengok syamim menangis meneran dan di ikuti dengan najis yang berdarah. Sedih ..

Jika bayi tengah menagis tu .. apa mama dan papa kena buat ? biasanya .. saya hanya mampu menenangkan syamim dengan memujuk supaya dia dapat meneran juga. Di ikuti dengan urutan secara membulat di bahagian perut bayi. Dan satu lagi tips yang biasa saya amalkan adalah , baringkan bayi dan kita angkat ke dua dua kakinya macam kayuh basikal ke atas menghala ke arah kita , untuk mengaktifkan dan memudahkan lagi najis itu keluar. Selalunya apa yang saya buat berjaya.

Sekarang syamim dan tiada sembelit , tetapi demam panas pula. Berturut – turut .. sampai nampak turun sikit berat badan nya tu. Tapi … tak apa la .. biasalah budak baru nak besar kan ..

Mood nak menulis mai dah .. hihihi .. insyallah kalau ada masa boleh duduk depan laptop ..    xoxo

 

21 thoughts on “Sembelit dan Baby Syamim”

  1. islam di dadaku says:
    February 4, 2015 at 6:42 am

    sembelit memang sering jadi masalah bila anak tak suka sayuran atau buah

    Reply
  2. yanmie says:
    February 4, 2015 at 6:39 pm

    Salam,
    Alahai siannya syamim, moga cpt2 lawas. Sian klu baby sembelit ni. Lagi kalau sembelit keluar darah…xdapat nak bayang…seriau pulak.
    Alhamdulillah anak2 tak pernah lagi sembelit keluar darah. Irfan pun alhamdulillah xpernah lagi sembelit sepanjang nyusu susu ibu. Ni dah wean off alhamdulillah masih sama mcm biasa.
    Cuba bee bagi syamim minum air masak banyak. Letak dalam botol yg ada straw, mesti dia suka minum guna strawkan? Sebab vitagen dia minum guna straw kan?
    Slim dah syamim skrg ni…rindu ayah sama kot 🙁

    Reply
  3. Raihanah Ahmad says:
    February 5, 2015 at 10:46 am

    saya selalu amalkan mealshake daripada shaklee untuk anak2. alhamdulillah wpun mereka tak ambil banyak fiber seperti sayuran dan buahan, mereka tiada masalah sembelit. nak cuba hubungilah saya ya.

    Reply
  4. Ummi Hanie says:
    February 5, 2015 at 1:03 pm

    cian camim…. dahlah demam yer…
    nak besorkan anak2 bukan mudah tak gitu… takper banyak pahala
    ps: terpaksa teman tukor theme blog gayanya…. huhuu… risau lak terjejas entri contest SEO

    Reply
  5. AkuBiomed says:
    February 5, 2015 at 1:38 pm

    Faktor kekurangan air mungkin berlaku sebab kanak-kanak aktif. Memberikan Vitagen sebenarnya membantu.

    Reply
  6. sicantikmatahari says:
    February 5, 2015 at 7:39 pm

    aku biasa bagi anak gripe water. membantu masaalh kembung perut dan penghadaman..

    Reply
  7. Ani Haryani says:
    February 6, 2015 at 4:53 pm

    Semoga Syamim cepat baik dari demam.
    Cuba bagi Meal Shake Shaklee sebab multivitamin untuk kanak-kanak bagi bantu tumbesaran mereka 🙂

    Reply
  8. Inspirasi Huda says:
    February 7, 2015 at 9:32 am

    Semoga Syamim cepat sembuh.. Anak saya kalau sembelit saya akan beri makan pisang. Insya-Allah sembelit tu beransur pulih.

    Reply
  9. Aju atelier says:
    February 7, 2015 at 3:43 pm

    Anak yang mengalami sembelit amatlah kasihan. Banyakkan minum air, sayur-sayuran hjau serta buah-buahan. Buah-buahan betik sangat bagus. Jika anak tak boleh nak makan buah atau sayur-sayuran, berilah supplement yang boleh menolong melawaskan. Buatlah jus buah-buahan segar. Vitagen juga boleh menjaga perut kerana mempunyai probiotik.

    Reply
  10. emalinmohd says:
    February 11, 2015 at 9:09 pm

    Sembelit kat anak memang tak asing kalau silap sikit pemakanannya. Anak saya dulu pun sembelit juga memang campur Meal Shakes dalam susunya sebab dalam Meal Shakes ada arabic gum dan serat. So kurang Sembelitnya.

    Reply
  11. IndoSosBook says:
    February 12, 2015 at 11:51 pm

    Terima kasih sudah berbagi artikel yang sangat bermanfaat, share Sosbok Dofollow

    Reply
  12. eBook Bisnes Online says:
    February 14, 2015 at 2:08 pm

    banyak tips berguna dalam artikel ni, lagi lagi untuk perkembangan bayi yang masih bawah 1 tahun..:)

    Reply
  13. diyana says:
    February 17, 2015 at 10:53 am

    kesian shamim ..anak buah nana pun sebelum ni sembelit..alhamdulillah sejak makan mealshake dan ok 🙂
    salam perkenalan kak & jemput ke blog nana

    Reply
  14. ECi says:
    February 23, 2015 at 5:47 pm

    sembelit if dekat kanak2 memang risau jugak. tp bukan mudah nak control pemakanan lagi2 dalam tempoh nak membesar ni. macam2 die nak try. 🙂

    Reply
  15. MamaBard says:
    February 26, 2015 at 11:56 pm

    kesiannya syamim..mungkin akak boleh cuba letak air masak dalam botol yg cute2, manalah tahu teruja plak dia nak minum guna botol tu nnt…

    Reply
  16. rohaya says:
    February 27, 2015 at 4:38 am

    Assalamualaikum puan bee
    lama kak aya tak menjenguk kat sini..baru nak aktif semula berblog, skrg ni kak aya ada buat contest, jemput join mana tau ada rezeki untuk menang salah satu hadiah..

    Reply
  17. Sue says:
    March 3, 2015 at 1:49 pm

    Memang tak best kan kalau anak-anak ada masalah kesihatan macam ni.
    Anak saya pulak batuk berkahak teruk sangat.
    Macam-macam ubat & macam2 tips dah cuba.
    ok kejap je. Pastu teruk balik. 🙁

    Reply
  18. ihsan says:
    March 18, 2015 at 1:23 pm

    um, artikel yang sangat menarik…..

    Reply
  19. obat kanker kelenjar getah bening stadium 4 says:
    March 20, 2015 at 3:46 pm

    sangat menarik sekali sob, beritanya !!

    Reply
  20. Zfarina says:
    March 22, 2015 at 8:47 am

    kite xde pengalaman pasal ni, yang akak kite selalu cuba bagi mealshake, Alhamdulillah menjadi,,,

    Reply
  21. Wahyudi says:
    March 24, 2015 at 4:16 pm

    semoga lekas sembuh dan sehat selalu

    Reply

Leave a Reply to Raihanah Ahmad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Media social puanbee

Recent Posts

  • Akhirnya channel Puanbee di youtube dapat monetize March 29, 2022
  • Kejayaan Asyraf Khalid Menjadi Tontonan Ramai February 25, 2022
  • Bagaimana nasib kita peniaga di tahun 2022 ini ? February 11, 2022
  • Balik kampung sementara boleh Kampung Sungai Relong Kamunting February 6, 2022
  • Review Tapak zip / Tapak sebelah mesin industri  February 6, 2022

Puanbee

Assalamualaikum dan hai
Channel ini memaparkan tutorial menjahit , DIY , unboxing & vlog rutin harian. kehidupan sebenar seorang ibu dengan 5 anak nya dan juga 5 ekor kucing kesayangan.

Puanbee
#MuziumTaiping #Muzium #Taiping Dalam video ni.. Kalau anda tabah tengok lah sampai habis.. anak dari yang kecil sampai lah yang tua ..memang sangat aktif ya.. Adoiyai.. Geng pak2 tenang je lepak kat luar.
VLOG KAMI DI MUZIUM TAIPING. MUZIUM MASIH TAK BERUBAH..
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLjhub0w5aFctT2x3
meriah ye.. #telukintan #nightview #opporeno7pro5g
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLmhCdURxV3ZaY3VZ
Load More... Subscribe

Recent Comments

  • Perunding Great Eastern Takaful on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • mamapp on Kek sarang semut bakar sukatan cawan , tanpa perap.
  • Puanbee on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson
  • Puanbee on Renew ssm online dengan hanya RM70 setahun
  • akubiomed on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson

Archives

Categories

25,331 spam blocked by Akismet
google rank checker
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
© 2022 Puanbee.com | Powered by Superbs Personal Blog theme