Skip to content

Puanbee.com

Lifestyle , Family Blog , Review , Sewing & Tutorial

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
Menu
SEARCH APA SAHAJA DI BAWAH :

Petua tambah susu ibu – Makan DURIAN ? Berkesan ke ?

Posted on July 2, 2015 by Puanbee

Buat penggemar durian , ini berita gembira dapat makan durian di samping tambah susu ibu @ susu badan … memang lah .. orang kata makan durian tak elok untuk baby sebab sifat buah durian lepas makan akan rasa panas satu badan. Tapi mana lagi tak elok , antara susu merundum dan anak menagis 24jam nak susu dengan makan durian lepas tu kena minum air banyak dan rajin mandi ?

Durian udang merah
Durian udang merah

Makan DURIAN ? Berkesan ke ?

Perempuan .. perempuan .. memang banyak lah kerenah nya.
Ada je benda nak di risaukan. Baru lagi saya beli durian dan makan sebelum bulan puasa , memang lah tak rasa apa-apa. Selain dari panas badan sahaja , beli pun tak banyak. Almaklumlah belum musim , beli sebab teringin sangat.

Bila tiba bulan puasa , selepas beberapa hari berpuasa. Susu badan merundum, anak saya berumur 1 tahun 8 bulan mengamuk sebab tak puas menyusu. Ingat dia mengamuk sebab demam selsema dia tu. Tapi rupanya susu kering kontang. Mula lah langkah pencarian penambah susu badan @ milk booster di giatkan.

Saya update facebook , mana lah tahu kawan-kawan akan rekomen.

Dan ya .. ada sesorang kakak syorkan saya makan durian , saya macam terkejut .. eh betul ke ? macam tak percaya. Selama ni memang suka durian , tapi suka makan je bukan untuk tujuan apa-apa lah.

Ke esokkan nya , saya beli durian .. dalam gambar tu bukan ya. Saya beli durian kampung 6 bijik tau. Saya makan dengan anak-anak selepas berbuka puasa.

Dan semasa sahur , dah rasa susu banyak .. penuh ..  dan syamim senyum lebar lepas menyusu  tu. Alahai anak .. Dia punya senyum , cair ibu tengok.

Apa pun allhamdulillah menjadi , tapi lepas 2-3 hari ,susu kurang semula. Mungkin disebabkan anak pun dah besar sikit. Nak tak nak kena cari sesutu untuk menambah susu. Larat nak makan durian selalu .. rosak diet den. Hihihih..

Antara petua lain untuk menambah khasiat susu dan banyakkan susu badan. Paling penting.

  1. Niat nak susukan anak sehingga dia besar ( 2 tahun sekurang-kurangnya ) kerana ALLAH.
  2. Tak nak stress , enjoy semasa menyusukan anak.
  3. Minum banyak air kosong … cukup … macam mana nak tahu cukup ke tidak ? sukat … 1 liter = 25kg , jadi berat badan bahagi 25 dapat berapa ? saya 3 liter ..
  4. Lain -lain tu , boleh cuba mana yang sesuai … tak semua sama , saya walaupun dah beranak 4 , tak semestinya sama  perjalanan menyusu anak sulung dengan anak bongsu.Serius.

7 thoughts on “Petua tambah susu ibu – Makan DURIAN ? Berkesan ke ?”

  1. Tinie Badri says:
    July 2, 2015 at 11:25 pm

    Saya pernah dengar jugak tentang ni dan kawan saya sendiri memang mengakui durian milk booster nya…best2 dah la sedap

    Reply
  2. nadiah says:
    July 6, 2015 at 10:19 am

    br makan durian semalam..syok laa anak minum ‘susu perasa durian’..hehe :p

    Reply
  3. Raihanah Ahmad says:
    July 6, 2015 at 10:39 am

    dapatla susu perasa durian.. sedap. puan, kalau ada masalah susu kering boleh roger saya, insyaAllah saya tolong puan.

    Reply
  4. Ani Haryani says:
    July 6, 2015 at 11:23 pm

    Wah baru tahu ni. Satu tips yang menarik 😀

    Reply
  5. min ibudoakan says:
    July 7, 2015 at 9:02 pm

    Durian mmg milk booster bg saya..tapi hangatnya 1 badan,,hehe

    Reply
  6. Shaima says:
    July 8, 2015 at 10:48 am

    Bestnya durian dibuat milkbooster..Saya, lepas bersalinkan anak ni tak tau kenapa, makan durian (say 2,3 ulas) dah panas naik kepala. jadi secalit je boleh buat lepas gian..
    dulu kecik2 2,3 biji durian pun oleh bedal….. T.T

    Reply
  7. Abang Hasan says:
    September 3, 2015 at 11:45 pm

    Makan durian di musim hujan itu bagus tapi pas summer itu tak bagus…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Media social puanbee

Recent Posts

  • Akhirnya channel Puanbee di youtube dapat monetize March 29, 2022
  • Kejayaan Asyraf Khalid Menjadi Tontonan Ramai February 25, 2022
  • Bagaimana nasib kita peniaga di tahun 2022 ini ? February 11, 2022
  • Balik kampung sementara boleh Kampung Sungai Relong Kamunting February 6, 2022
  • Review Tapak zip / Tapak sebelah mesin industri  February 6, 2022

Puanbee

Assalamualaikum dan hai
Channel ini memaparkan tutorial menjahit , DIY , unboxing & vlog rutin harian. kehidupan sebenar seorang ibu dengan 5 anak nya dan juga 5 ekor kucing kesayangan.

Puanbee
Jom ke Ikea showroom pertama di Malaysia .. jalan-jalan cari katil idaman je je ... tapi .... lama juga cuci mata .. enjoy ..

#ikea2022 #ikeashowroom #ikeadamansara
IKEA DAMANSARA 2022 - Nak beli katil Leirvik je 😂
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLkRYX0pqWHlMeXhR
Assalamualaikum , allhamdulilah kerja lama tertangguh .. jom sulam logo menggunakan mesin singer legacy se 300 ni. Baru lepas servis mesin syok sikit nak guna dia..

#sulamlogo #mesinsulam #singerlegacyse300
Amatur guna mesin sulam singer legacy se 300 .. sikit-sikit boleh lah ..
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLjhuVmlMOEtIX3FJ
Load More... Subscribe

Recent Comments

  • Perunding Great Eastern Takaful on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • mamapp on Kek sarang semut bakar sukatan cawan , tanpa perap.
  • Puanbee on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson
  • Puanbee on Renew ssm online dengan hanya RM70 setahun
  • akubiomed on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson

Archives

Categories

24,856 spam blocked by Akismet
google rank checker
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
© 2022 Puanbee.com | Powered by Superbs Personal Blog theme