Skip to content

Puanbee.com

Lifestyle , Family Blog , Review , Sewing & Tutorial

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
Menu
SEARCH APA SAHAJA DI BAWAH :

Penting ke melatih anak ke tandas sendiri a.k.a potty trained ?

Posted on May 30, 2016 by Puanbee

Ermm topik , Adakah penting melatih anak ke tandas sendiri a.k.a potty trained ? terlintas di fikiran nak tulis. Selepas ada orang tanya , ” eh syamim pakai pampers lagi ? ” yah .. syamim dah 2 tahun 5 bulan. Dalam gambar tu syamim tahun lepas. Sekarang walaupun baru berusia 2 tahun 5 bulan dah nampak masam 3-4 tahun. Pandai cakap dan buat lagak pula tu. Jadi ramai orang akan terkejut sedikit bila dia poo poo dan beri tahu saya depan orang tu. “ Ibu syamim yak ” biasa nya itu la ayat si syamim. Dan orang akan “ apa ? syamim pakai pampers lagi ?. Haa gitu lah. Saya pula sebagai ibu. ” Aaah .. dia pakai pampers lagi , saya tunggu dia bersedia untuk tidak pakai pampers, lagi pun saya jenis ibu semua nak cepat dan M“. Tak suka renyah renyah.  Tiga lagi anak saya semua pun tak ada yang bersungguh pun nak ajar dan melatih ke tandas. Saya ada terbaca juga. Ada yang buat solat sunat semata mata nak latih anak ke tandas tu. Ermmmm …

SONY DSC
Syamim 2015

Pada pendapatan ibu ibu dan ayah ayah di luar sana , adakah penting untuk melatih anak ke tandas beriya – iya ni ? maksudnya .. sehingga kena keluarkan modal untuk beli tilam khas , lampin khas , dan juga potty khas ? Pada pendapat saya. Ibu ibu dan ayah ayah tak perlu kot terlalu risau. Kerana anak akan pandai rasa tak selesa bila tiba masanya. Dia sendiri akan buka pampers. Nak tahu bila masa sesuai tu ? 

Dari pemerhatian saya ke atas ke empat empat anak saya sendiri. Masa yang sesuai dan kita tahu anak dah bersedia untuk tidak pakai lampin lagi adalah :

  1. Sebelum tidur kita pakaikan lampin baru. Semasa di bangun lampin kering.
  2. Dah pandai buka sendiri lampin dia. Kadang-kadang tu dia tak nak pakai lampin. Ada lah aksi manja dia , seperti time nak pakai lampin tu dia lari keliling rumah ke.
  3. Bila pakai lampin suka garu garu walau tak ada ruam. Tu tanda anak dah rimas. Dia besar dia dah pandai rasa rimas.

Dalam kes syamim , semua tiga tanda di atas dah ada. Tapi ibu yang malas ya rabbi nak latih dia. Ermm cuti sekolah ni boleh lah kot . Biasanya terlalu sibuk ke hulu ke  hilir  , risau kalau dia tak pakai lampin mau terbabas dalam kereta. Dah la jalan KL selalu jem kan. Tak sempat nak cari tandas nanti. Syamim pernah tak nak pakai tapi di rumah je lah , saya biarkan je. Lepas tu dia poo poo dalam bilik air sambil menjerit , seolah olah benda apa jatuh dari dalam badan dia. Apa yang dia risaukan sangat tu entah lah.

Bagi saya , tak payah lah pening pening fikir bab ni. Kecuali kalau kita betul betul nak jimatkan duit sebab beli lampin pakai buang tu tak pa lah kot , mahal juga lampin pakai buang sekarang kan . Mujur syamim pakai sebungkus besar tu sebulan jenis murah aje. Bagi jenis mahal memang sedap pakai lagi lama lah dia berlampin kang..

Saya ada beberapa orang kawan , yang keluarga nya daif sikit. Mereka tak pernah fikir nak potty trained ke apa ka. Mereka pakaikan lampin kain je. Bila umur anak tu dah masuk 1 tahun lebih , anak dah boleh jalan je . Lampin suka londeh londeh mereka tanggalkan.Lepas tu anak dah padai bagi tahu nak yak .. Amboih senang kemain. Mudah kan ?

Dan dulu .. sewaktu adik adik saya masih kecil pun pakai lampin kain tu je. Pin besaq tu letak depan. Oh saya masih ingat cara melipat dia. Tukang basuh lampin dah tentu lah saya. Tetapi bila adik dah mula berjalan memang tak pakaikan lampin dah, dah makan macam – macam waktu tu. Tak sanggup nak cuci lampin. Baik cuci rumah atau mop lantai. Untuk elakkan tilam basah di waktu malam. Emak potong plastik guni besar tu. Supaya jadi lebar dan letakkan di atas tilam. Kemudian emak letakkan kain batik sebagai lapik.  Jika bangun pagi tu kain batik tersebut kering , wahhh happy .. tapi jika basah .. kepit hidung ambil kain letak dalam baldi dan basuh yek. Jarang nak yak lah malam-malam.Terbabas pun jika hujan atau terlebih minum air. Tapi zaman sekarang macam – macam alat dah ada. Kalau mampu apa salahnya … macam saya tak nak la beli. Sebab guna sekejap je. Tahu dah.

Itu sahaja perkongsian dari saya , yang elok ambik , tak elok tinggal sini.

Ni kisah dulu anak saya no 3 si laila. Dah 3 tahun baru ajar. Tu pun tak berapa nak rajin – Anak Tak Pakai Pampers Dah

Terima kasih kerana membaca.

 

7 thoughts on “Penting ke melatih anak ke tandas sendiri a.k.a potty trained ?”

  1. puan pink says:
    May 30, 2016 at 11:54 am

    Kite dah lepas fasa tu utk anak sulung masa dia umur 2thn 7bln.. Alhamdulillah sgt sbb dipermudahkan.. Takde beli semua tu pon, hehe~

    Reply
  2. Nurmisnan says:
    May 31, 2016 at 10:26 pm

    Penting sangat2 utk melatih. If not susah nak ajar kalau dia time nak poop..
    Ohh sukarnya kan bee..

    Reply
  3. mus says:
    June 1, 2016 at 4:48 pm

    ikut keperluan, jika ibu xerja pejabat, xperlu susah2… keluar belanja lebih hanya utk itu rasanya tak berbaloi

    Reply
    1. puanbee says:
      June 2, 2016 at 12:10 am

      kalau sy ok ke sbb pakai pempers murah2 je .. sekampit sebulan.

      Reply
  4. Ani Haryani says:
    June 2, 2016 at 11:22 am

    Wah bagus ni, panduan untuk ani yang tak pernah ada anak buah lagi ni 🙂

    Reply
  5. agen sbobet says:
    June 11, 2016 at 2:25 pm

    how you can unlock amazing website like this, I really liked the look and also the articles you post. the speed of your website is also very nice

    Reply
  6. sbobet casino says:
    August 29, 2016 at 3:20 pm

    wah sangat bermanfaat sekali gan infonya.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Media social puanbee

Recent Posts

  • Akhirnya channel Puanbee di youtube dapat monetize March 29, 2022
  • Kejayaan Asyraf Khalid Menjadi Tontonan Ramai February 25, 2022
  • Bagaimana nasib kita peniaga di tahun 2022 ini ? February 11, 2022
  • Balik kampung sementara boleh Kampung Sungai Relong Kamunting February 6, 2022
  • Review Tapak zip / Tapak sebelah mesin industri  February 6, 2022

Puanbee

Assalamualaikum dan hai
Channel ini memaparkan tutorial menjahit , DIY , unboxing & vlog rutin harian. kehidupan sebenar seorang ibu dengan 5 anak nya dan juga 5 ekor kucing kesayangan.

Puanbee
Jom ke Ikea showroom pertama di Malaysia .. jalan-jalan cari katil idaman je je ... tapi .... lama juga cuci mata .. enjoy ..

#ikea2022 #ikeashowroom #ikeadamansara
IKEA DAMANSARA 2022 - Nak beli katil Leirvik je 😂
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLkRYX0pqWHlMeXhR
Assalamualaikum , allhamdulilah kerja lama tertangguh .. jom sulam logo menggunakan mesin singer legacy se 300 ni. Baru lepas servis mesin syok sikit nak guna dia..

#sulamlogo #mesinsulam #singerlegacyse300
Amatur guna mesin sulam singer legacy se 300 .. sikit-sikit boleh lah ..
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLjhuVmlMOEtIX3FJ
Load More... Subscribe

Recent Comments

  • Perunding Great Eastern Takaful on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • mamapp on Kek sarang semut bakar sukatan cawan , tanpa perap.
  • Puanbee on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson
  • Puanbee on Renew ssm online dengan hanya RM70 setahun
  • akubiomed on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson

Archives

Categories

24,856 spam blocked by Akismet
google rank checker
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
© 2022 Puanbee.com | Powered by Superbs Personal Blog theme