Skip to content

Puanbee.com

Lifestyle , Family Blog , Review , Sewing & Tutorial

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
Menu
SEARCH APA SAHAJA DI BAWAH :

Pasang Streamyx Akhirnya (3 November 2014)

Posted on November 9, 2014 by Puanbee

Akhirnya , Streamyx menjadi pilihan , saya mengalah dengan keadaan , hampir setahun menyepi kerana line internet asyik meragam , saya pengguna YES sebelum ini , dari pakej paling bawah saya langgan pakej paling mahal , namun hasilnya ? mengecewakan. Semakin hari semakin teruk , seingat saya semasa mula-mula melanggan internet YES dahulu , line bagus , data pun tak cepat habis. Sekarang .. Teruk sangat .. lagi tinggi kuota data yang di langgan , lagi cepat habis dan saya perlu topup data berulang kali , ye la .. saya perlukan internet untuk bisnes kecil-kecilan dari rumah dan juga update blog tak seberapa ni.

Ejen Streamyx Tesco
Ejen Streamyx Tesco

Setelah membuat kajian terperinci , dan menyiasat sama ada di kawasan rumah saya boleh atau tidak jika ingin pasang UNIFI , tetapi hampa .. Memang tak ada Unifi walaupun rumah di tengah bandar .. 30 minit ke KLCC. Gah sangat bunyi nya kan ? Padahal …. Apa pun terima kasih di ucapkan kepada blogger shakiddo.com kerana melayan pertanyaan saya.

Akhirnya kaki melangkah terus ke ejen stremyx yang berada di sebuah pasaraya dekat dengan rumah dan terus mendaftar. Malas fikir panjang lagi. Pada 5 / 12 / 14 ni ikatan perjanjian dengan YES akan tamat. Sepatut nya saya boleh pakai lagi sebulan , tapi .. kuota dah pun habis awal bulan november ni. Apa nak buat .. sebab tu lah terlebih awal tukar ke streamyx.

Daftar Stremyx tersebut pada 27 oktober 2014 dan mereka datang pasang pada 3 okotober. Bayaran mendaftar internet stremyx adalah sebanyak RM50 jika tiada port / RM30 jika ada port. Bayar pada kontraktor. Tapi ……… jika tempat untuk tarik internet tu tak ada korang kena tambah lagi. RM50 untuk 5 meter pertama dan selebih nya RM5 untuk 1 meter. Kalau tak silap .. dan saya perlu tambah sebanyak RM325.00 .. Nangis ..

Tapi tak apa lah … untuk kegunaan jangka masa panjang berbaloi .. anak pun sekarang dah kena buat kajian guna internet. Oh lupa nak tulis di atas .. Saya ambil pakej 2mbps ( RM160 sebulan )..tapi tak ada HYPP TV la .. ingatkan nak potong je ASTRO tu. Semua kena potong dah sekarang .. “cut bajet katakan ” kontraktor tu cakap saya sorang je pakai line dengan kelajuan ini di kawasan saya. Dan mereka mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk memasang.

15 thoughts on “Pasang Streamyx Akhirnya (3 November 2014)”

  1. adarain says:
    November 9, 2014 at 1:12 pm

    selepas ni senanglah nak berinternet dengan tenang. 😀

    Reply
  2. akubiomed says:
    November 9, 2014 at 10:01 pm

    Lega dah menutup akaun YES. Dari pakej paling rendah hingga lah ke pakej maksimum. Kuota data tetap habis dengan cepat memang panas hati.

    Reply
  3. syamila says:
    November 10, 2014 at 8:47 pm

    streamyx juga yang best…unlimited… 😉

    Reply
  4. NOREHAN SAAD says:
    November 11, 2014 at 8:13 am

    line yang lancar mmg penting utk blogger seperti kita..betul tak?hehe

    Reply
  5. raihanah says:
    November 11, 2014 at 11:34 am

    Bagus info ni sbb sy baru je nk signup yes. Tq

    Reply
  6. Ummi Hanie says:
    November 12, 2014 at 3:22 pm

    kami pulak nyaris2 nak terminate streamyx… apakan dayo… nak pasang unifi, tempat kami ni not available lagi… pasrah je le.. kadang ok, kadang K.O streamyx nih

    Reply
  7. myrujukan says:
    November 13, 2014 at 3:21 pm

    harga xkan mahal puanbee? xkan 2MB berharga RM160? betulker? Saya pakai 4MB punya pun baru RM140 sebulan

    Reply
  8. emalinmohd says:
    November 13, 2014 at 10:47 pm

    Unifi ni patut perluaskan lagi tempat diorang. Ini tempat tertentu je yang dapat kan?

    Reply
  9. Safiya says:
    November 15, 2014 at 3:24 pm

    So far ok.tak.streamyx yg baru.pasang ni

    Reply
  10. Outbound says:
    November 15, 2014 at 11:02 pm

    Di sini akses internet yang cepat sangatlah susah. Apakah streamyx sudah ada di negara kami?

    Reply
  11. Mazni Azmi says:
    November 15, 2014 at 11:57 pm

    Setakat ni pakai celcom. Servis kurang memuaskan. Nampaknya servis YES lebih menghampakan.
    Streamyx bagaimana pula setakat ni.
    Ingat hujung tahun ni nak juga masukkan streamyx di rumah 🙂

    Reply
  12. Sya Isya says:
    November 20, 2014 at 2:38 am

    macam sama je kes pb ngan Sya ni. Tapi Sya guna P1.
    kuota 23Gb pun habis dalam masa 2 minggu.
    padahal ada ketika Sya kerja, 8 jam dah tentunya kat tempat keje, tak gunakan. balik keje pun kadang penat nak hadap laptop pun tak larat. Mendenya, habis juga kuota. 2 minggu je pulak tu. Malas nak top up. Slow pun slow lah. Sabar je lah. Kalau terminate, kena bayar RM200 sebab ada kontrak. Pengsan!.

    Reply
  13. huda says:
    November 28, 2014 at 12:34 pm

    streamyx bagus untuk mereka yang nak berbisnes.;)

    Reply
  14. Ibu Mifzal Arsyad says:
    December 9, 2014 at 11:24 am

    sy pun x sabar nak terminat YES ni..lg 6 bulan kontrak..nak psg streamyx juga bila dah pindah rumah nnt..x sabarnya..

    Reply
  15. puanbee says:
    October 18, 2016 at 9:25 pm

    berapa tu ?

    Reply

Leave a Reply to Ibu Mifzal Arsyad Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Media social puanbee

Recent Posts

  • Akhirnya channel Puanbee di youtube dapat monetize March 29, 2022
  • Kejayaan Asyraf Khalid Menjadi Tontonan Ramai February 25, 2022
  • Bagaimana nasib kita peniaga di tahun 2022 ini ? February 11, 2022
  • Balik kampung sementara boleh Kampung Sungai Relong Kamunting February 6, 2022
  • Review Tapak zip / Tapak sebelah mesin industri  February 6, 2022

Puanbee

Assalamualaikum dan hai
Channel ini memaparkan tutorial menjahit , DIY , unboxing & vlog rutin harian. kehidupan sebenar seorang ibu dengan 5 anak nya dan juga 5 ekor kucing kesayangan.

Puanbee
#MuziumTaiping #Muzium #Taiping Dalam video ni.. Kalau anda tabah tengok lah sampai habis.. anak dari yang kecil sampai lah yang tua ..memang sangat aktif ya.. Adoiyai.. Geng pak2 tenang je lepak kat luar.
VLOG KAMI DI MUZIUM TAIPING. MUZIUM MASIH TAK BERUBAH..
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLjhub0w5aFctT2x3
meriah ye.. #telukintan #nightview #opporeno7pro5g
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLmhCdURxV3ZaY3VZ
Load More... Subscribe

Recent Comments

  • Perunding Great Eastern Takaful on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • mamapp on Kek sarang semut bakar sukatan cawan , tanpa perap.
  • Puanbee on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson
  • Puanbee on Renew ssm online dengan hanya RM70 setahun
  • akubiomed on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson

Archives

Categories

25,330 spam blocked by Akismet
google rank checker
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
© 2022 Puanbee.com | Powered by Superbs Personal Blog theme