Mengidam Buah Salak …

Ehemmm ngidam lah pulak yer…tak de lah cerita nih dah lama pun , bee mengidam kan buah salak ni semasa ngandungkan si una tu … waktu tu susah jugak nak cari buah salak di taiping , then cari punya cari kebetulan kawan kay ada ladang salak nih…so bee dah lepas ngidam ..now una dah pun 4tahun umurnya …

korang pernah ngidam semasa mengandung cam aku tak ?

buah salak buah tempatan malaysia

Baru-baru nih kawan kay bagi lagi buah salak , setiap kali kawan kay ni balik kampung mesti dia bawak buah salak beri pada kami ..yang best nya bee dah tak makan buah salak , kay pun tak makan , anak2 je makan itu pun kurang depa tak pandai makan sangat ..so kena lah bersedekah ke jiran-jiran..kihkih yang kawan kay ingat se isi rumah nih suka salak …

Pelik jugak masa bee mengandungkan husna tu bukan main nak makan salak 24 jam, asal terbayang je tak boleh tidur asyik teringat salak je manjang hahaaa….

sedikit info buah salak :

Buah Salak (Salacca Edulis) merupakan salah satu buah tropika yang banyak diminati oleh orang Jepang, Amerika, dan Eropa. Buah ini memiliki kandungan gizi yang cukup tinggi dan dapat dimakan sebagai buah segar mahupun dijadikan sebagai manisan, jeruk, buah kering dsb. Isi buah ini mengandung kalsium, tanin, saponin, dan flavonoida.

cer citer ada lagi tak sesiapa yang mengidam cam bee nih ??

14 thoughts on “Mengidam Buah Salak …”

  1. “akak masa ngandung kakak(yg sulung..16 thn dulu)akak mengidam buah staq…di takdirkan ms akk pi rumah sedara kt melaka…ada jiran depa bawak satu plastik buah tu,huh…sedap bee..buah staq kampung tu..bkn siam punya tau..itu jer,masa ngandung ank2 lain pulak biasa2 jer,ngidam (~teringin~ istilah sebenarnya)nak mkn laksa,tomyam,nasi beriani,ais krim..benda senang jumpa,tak pernah lak ngidam benda2 pelik..”

  2. jarang jumpa buah ni,kalau mengidam pening gak nak mencarinya…ct anak no2 mengidam buah beluluk.kesian ayah ct masuk hutan mencarinya…lagi best kalau buat halwa..ada tak yang kenal buah beluluk?

  3. ckp pasal buah salak ni tringat mase jenjalan kat medan,indon tahun lepas…salak jawa xsilap namenye…manis dan xkelat tau bee ! sedap sgtt…kat sini asik jumpe yg kelat jer…tu xminat sgt

  4. buah salak ni memang peberet la..tapi sudah nak dapat dah skarang..ada pkok kat tepi jalan pun habis semua jentolak patahkan..

  5. Hye, saya tengah mengidam buah salak la ni boleh jumpa blog awak.. Hehe mane nak cari buah salak kat penang eh? Ada info x? Please share.. Air liur dah macam juice jeni. Haha

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.