Kepentingan Watermark , apa watermark tu ??

Salam Bahagia 🙂 Nak komen klik tajuk yer..

Sekarang nih bee teringat nak berkongsi cara untuk mendapatkan watermark cantik dan mudah di buat tanpa perlu menggunakan tool tertentu , Nak ceritakan kat korang dulu masa bee mula-mula blogging bee tempah pakej theme sempurna untuk blog bee , dalam pakej tersebut ada watermark , ermm..bee tanya balik pada designer tersebut ..apa watermark tu ? designer tu pun terangkan pada bee kegunaan watermark dan apa watermark ..kemudian dah lama sikit bee berblogging mula cari cara-cara nak buat watermark , paling mudah adalah menggunakan photoscape , hanya perlu pilih gambar dan letak akan tulisan … cara kedua watermark di design dengan lebih cantik dan kreatif sekali menggunakan adobe photoshop , yang agak susah bagi bee haha…kemudian bee cari dan cari lagi untuk buat sendiri jugak watermark , sebab paling utama bee tak nak tempah , bee nih cepat boring suka – suka nak tukar bee tukar , jadi tak nak membazir..dan akhirnya bee dah dapat tempat untuk dapatkan tulisan cantik format png yang sesuai untuk di buat watermark ekeke…

Kepentingan watermark :

1-melindungi gambar dari di copy dan disalah guna pakai oleh pihak ke tiga.lagi-lagi gambar peribadi.
2-mempromosi blog kita di mana sahaja gambar itu berada.

contoh watermark :

contoh watermark
contoh watermark
contoh watermark
contoh watermark
contoh watermark
contoh watermark

Contoh watermark yang di pasang pada gambar :

contoh watermark
contoh watermark

ok itu contoh je lah takkan nk guna 3 watermark sekali kan , ada orang suka yang simple , ada yang suka design berbunga-bunga , kalau nak boleh tempah ramai yang menawarkan perkhidmatan ini , bee lebih suka yang begini ..simple tapi cantik …yang penting nak buatnya pun senang saja ..sesuai untuk korang-korang yang baru nak berjinak-jinak dan sukakan benda percuma mcam bee ..hahaa..

Ada orang letak kan watermark kecil dan tak nampak , hujung-hujunh gambar pulak tu , sebenarnya salah cara penggunaan watermark mcm tu , cara yang betul letak biar terkena sikit pada body gambar tu , boleh pudarkan sikit warna watermark sehinggakan orang tak boleh crop gambar tu untuk buang watermark tersebut ..ada faham ?? tak percaya lihat saja lah gambar -gambar yang terdapat di budiey.com contoh di bawah , bagaimana budiy menggunakan watermark untuk mempromosi blog nya dan juga jenama blog tersebut …

gambar isma AF7 mengalami keguguran anak ke 6
gambar isma AF7 mengalami keguguran anak ke 6

tengok dan kaji watermark yang digunakan …oh isma dah keguguran anak ke 6 takziah di ucapkan …huhu terselit sikit , sbb ambil gambar nih dari budiey.com … bagaimana budiey mempromosi blog dengan menggunakan watermark …

so korang berminat tak nak buat watermark dan guna watermark ?? ikuti perkembangan blog puanbee.com , akan datang cara buat watermark cantik dan mudah …dan juga cara guna atau masukkan watermark ke dalam gambar korang ..

sebelum tu download dan install photoscape ni dulu bagi yang belum ada 🙂 download photoscape percuma disini

41 thoughts on “Kepentingan Watermark , apa watermark tu ??

  1. memang watermark ni bagi impak yang baik bagi blogger..tidak kira samada melalui security pic2 yang dipaparkan maupun iklan secara tidak langsung tapi penggunaannya harus digunakan dengan baik dan betul sebab ada yang mengambil pic org lain dan menambahkan watermark miliknya…perasan yang pic tu miliknya..hehe

  2. ni ler pnyakit nis…malas nk tempek watermark sbb malas nk kerja2 save gambo berkali2 … :p letih.tp gune photoscape ni mudah sikit kot kan bee ?

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.