Assalamualaikum , saya nak share satu info ni sebab ramai sangat tanya di group facebook macam mana cara nak simpan akaun syarikat untuk hantar ke LHDN dan seterusnya menjadi pembayar cukai. Walaupun bisnes ala-ala sahaja. Saya rasa ramai yang hendak bayar cukai, bukan tak nak bayar cuma mereka tidak tahu caranya kan. Saya pun tahun ini baru nak hantar penyata akaun ke LHDN. Saya pernah buka 2 syarikat lain tapi dah di tutup. Yang terakhir ini adalah syarikat ke-3. Ye lah masa tu entah bisnes apa aku nak buat pun tah. Modal tak ada ya kawan-kawan.Semua bermula dari bawah sehingga sekarang akhirnya tercapai nak jadi seorang tukang jahit. Sepatutnya cita cita saya nak ada butik. Tunggu masa yang sesuai sahaja.

Saya tengok ramai yang buat loan dengan tekun dan loan aspirasi. Lepas ni boleh lah mula simpan akaun dan wujudkan bisnes tu betul betul sehingga berjaya kan ? saya tak nak ambik loan cash. Takut susah nak bayar. Saya akan teruskan cara saya dapat duit rolling jadikan modal. Biar kecik. Biar tak meriah macam founder lain. Asalkan lama-lama kita capai apa yang kita nak.

Okay. Cara senang simpan akaun adalah..

1 : Buka syarikat berdaftar dan terus buka akaun bisnes di bank. Pengalaman buka akaun bank perniagaan MAYBANK 2019

2 : Terus beli sistem akaun MUAB ni. Saya rekomen beli aje senang. Kita ni nak jalan kan bisnes ni sendiri tak ada pekerja. Jadi beli sistem perakaunan ni memudahkan kerja kita. Takut nanti nak marketing lagi. Nak kira stok lagi. Nak buat akaun sendiri kelaut perginya. Jadi beli saja.
Tengok di website MUAB ini. Korang bayar sekali sahaja. Tutorial semua lengkap dan mudah nak faham tau. LINK MUAB atau order disini whatsapp .

Kalau takut lah nak percaya boleh cuba sistem akaun trial tu dulu.

Lepas dah ada sistem dan akaun bank untuk bisnes (current account) , APA PERLU BUAT ?

Sediakan resit dan file berkaitan urusniaga . Ada 5 biasanya ;

1. FILE PENYATA BULANAN BANK

Penyata bulanan bank korang adalah dokumen terpenting dalam bisnes. Dari penyata bank, korang boleh tengok & hidu tahap “kesihatan” bisnes korang. Kalau nak mohon pinjaman daripada bank atau agensi kerajaan, penyata bank nilah dokumen utama yang diorang akan semak terlebih dahulu.

So simpan dalam file elok2 penyata bulanan bank . WAJIB juga asingkan duit perniagaan dengan duit peribadi. Jangan campur aduk ok. Ini sebenarnya first step uols perlu buat untuk simpan rekod bisnes yang bersih.
.

2. FILE BELIAN / Resit beli barang.

Simpan segala rekod2 belian barang atau stok dalam file ni. Jika terms belian adalah credit (bayaran dlm masa 30 hari, 60 hari dan sebagainya), wujudkan 2 file. Satu file sementara untuk belian yang belum bayar. Satu lagi file untuk simpan dokumen belian yang dah habis di bayar.

Bayar segala belian menggunakan cek atau bank transfer supaya ‘cantik’ akaun bank kita. Jika terpaksa bayar guna tunai, boleh dahulukan guna duit dari petty cash juga , keluarkan voucher sahaja.

Jika bayar guna bank transfer lebih mudah kita check rekod nanti.
.

3. FILE JUALAN

Simpan kesemua resit jualan atau invois kepada pelanggan dalam file ni. Pastikan dikepilkan sekali slip duit masuk bank. Contohnya semalam jualan tunai kita jumlahnya RM950, pastikan hari ni kita cepat2 gi bank masukkan RM950 dalam akaun bisnes kita dan kepilkan slip bank bersama laporan jualan semalam.

Elakkan memberi HUTANG kepada pelanggan. Sebolehnya segala jualan adalah dalam bentuk tunai je. Tunai adalah “lifeblood” dalam bisnes jadi pastikan setiap jualan uols dibayar dengan tunai tanpa ada tempoh hutang.
.

4. FILE EXPENSES (BELANJA)

Expenses ialah segala kos yang ditanggung dalam bisnes selain kos membeli barang/stok. Kita boleh wujudkan 2 file expenses.

File 1 ialah Admin Expenses. Ini termasuklah segala belanja pengurusan bisnes uols seperti pengangkutan, postage, printing, bil elektrik/air/telefon, sewa pejabat/kedai, marketing, packaging, dan sebagainya.

File 2 ialah Staff Expenses. Ini termasuklah gaji pekerja, komisen, overtime, elaun, bonus dan apa2 yang berkaitan dengan pekerja.
.

5. FILE PETTY CASH

Petty cash ialah sejumlah duit yang kita keluarkan setiap bulan dari akaun busines (contohnya RM300) untuk pembelian yg melibatkan amaun CASH yg kecil contohnya untuk bayaran parkir, minyak kereta, beli penyapu, beli biskut, apa2 perbelanjaan runcit untuk kegunaan bisnes dan staff.

Simpan segala resit dalam file ni walaupun resit tu kecik cinonet (biasanya resit parking). Biasakan diri untuk mintak bil bila buat bayaran walaupun di kedai makan.

Dengan adanya petty cash, kita boleh elak dari mengambil duit hasil jualan harian. Jadi takdelah pening nak ganti duit jualan kalau terguna untuk beli / bayar apa2.

LANGKAH BERIKUTNYA

Luangkan masa 40 minit sehari submit segala perbelanjaan kita ke dalam akaun sistem MUAB tadi. Itu sahaja. Di Muab tu selepas sebulan kita boleh download report bisnes kita , untung rugi , aliran tunai macam mana , hutang tinggal berapa , modal berapa , kita sendiri boleh tengok berapa gaji kita tiber tiberrrrrr. Saya ambik duit company untuk guna sendiri-sendiri tidak termasuk beli stok dan modal lain2 pun dalam RM1500 gitu. Huhu tapi rasa cam tak ada duit gak. Haruuu ehh ..

Kemudian , bila dah lengkap semua di atas . kita tunggu tahun depan untuk submit penyata kira-kira kita dan sterusnya boleh bayar cukai.

Untuk daftar LHDN kali pertama nanti saya update post lain. Korang tak payah fikir banyak-banyak , korang buat lah dulu.

Rasanya yang paling penting juga kena ada laptop/komputer untuk senang buka sistem akaun MUAB tu.Komputer saya pun beli jenis refurbish RM380 saja hanya guna untuk bisnes sulam dan simpan akaun sikit2 gitu. Nanti cerita lain.

Tak faham apa boleh tanya di petak komen bawah.

Jom kaya bersama dengan bisnes masing-masing.

By Puanbee

One thought on “Cara senang buat akaun bisnes untu mereka yang bisnes sendiri kecil-kecilan”
  1. Saya ingat bulan depan nak start berniaga. Tapi masih tak tahu nak jual apa. Nak jual makanan tak reti masak. Nak jual produk skincare, muka lak tak comel.. Rasa macam nak jual barang lain la.
    Nak ambik kat China jual kat sini.

    Kalau jadi nanti boleh la buat acc kat MUAB ni..

    Berangan la dulu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.