Ada Sesuatu Di Peti Ais ku , Dia Di Tepi Tingkap

Salam Bahagia Semua 🙂
Hurm bangun pagi-pagi macam biasalah bee ke dapur nak mulakan sesi ketung ketang di dapur tu , pagi-pagi haruslah memasak sesiapa yang ada anak kecil tu mesti faham dan mengalami benda yang sama , opss kalau ibu nya tak berkerja lah kalau ibu berkerja ni mesti lain sikit situasinya…

Dah siap berkemas-kemas dapur tu , ku pun terus lah ke peti ais ku , tepandang satu kertas di celah celah magnet tu , erm aku pun baca …

Kakak aliya buat saya.
kakak aliya saya ibu hari jumat.
kakak aliya saya ayah hari rabu.
kakak aliya saya husna jumat.
kakak aliya saya laila hari rabu.

{semua ejaan sebijik2 tiru dari kertas tu}

Patut lah semalam dengar kakak dengan husna borak “kakak tak payah lah tulis sayang kakak sebab kakak yang tulis , faham”
pastu dengar una pulak “tulis lah sayang kakak cekali”

ku ingat kan apa lah yang depa borakkan , sebenarnya saya yang di tengah tu “sayang ” kakak salah ejaan tu , jumaat pun jadi jumat , hee masih lemah lagi ejaan dan tulisan kakak ni walaupun dah masuk 3 bulan sekolah darjah satu , tadika pulak 2 tahun ..

    HERE’S YOUR CHANCE TO BE A PROUD OWNER OF IPHONE 4. WHOA!
    Sulit : Sesuatu yang menakutkan akan terjadi minggu ini di KL
    LOAD YOUR DIGI WITH MORE FREEBIES TODAY!

Ini sorang lagi punya hal , bangun pagi-pagi pekena susu sebotol mula la duduk di tingkap tu sambil melaung-laung , “ayah! ayah! ayah! ayah! ayah! ayah!”

kesian sungguh lah tengok baby ni macam ni, semalam ayah nya 3g malu-malu kucing tak nak cakap dengan ayah , Baby ni benda lain yang keluar mulut dia semua tak jelas , orang tak kan faham punya tapi 3 perkataan yang baby boleh sebut jelas , terang , sebijik-sebijik , dan ulang-ulang sebut ..satu Allah , dua Ayah , tiga kakak..erm ibu ?? baby masih tak boleh sebut uwaaa sedih lorh !!!..

nak tergelak juga baby ni , kenapa bee cakap dia akan sebut ulang-ulang..

satu bila nak doa , tak kira lah doa apa pun , kita ajarkan dari awal sampai abis dia akan sebut “Allah ” ulang-ulang

dua nya bila tanya anak siapa ?? baby akan jawab “anak kakak” , bila baby sepahkan rumah tanya dia siapa buat sepah ?? “kakak buat ” , tanya lagi dah besar nak jadi apa ?? “nak jadi kakak”

tiga benda yang dia selalu sebut tu lah , kalau dah rindu , lagu yang dia nyanyi melodi macam lagu ABC yang selalu dia dengar di rumah ni tapi sebutan dia

“ayah ayah ayah ayah ayah”

misalan lagu ibu tu “ibu…ibu… engkaulah ratu hati ku ” baby akan nyanyi “ayah ayah ayah ayah ayah”

satu lagi , time baby main dengan kakak … depa main apa tah lah bunyi nya mcm ni…

“Ada raksaksa nak datang , kamu nak panggil siapa ??”

kalau una dia akan jawab “doremon , wonderpet! ”

kalau kakak pulak dia akan jawab ,” ultraman , batman , cicakman dan bla bla bla lagi lah…”.

kalau baby pulak dia kana jawab “ayah!”

see betapa baby tu anak ayah , ibu sikit pun dia tak ingat dan tak sebut huhu..sabor je lah ..dulu kakak dan una mula2 bercakap memang depa sebut ibu dulu , tapi baby sebut kakak , ayah pastu Allah , lain tak de lagi dengar perkataan yang betul betul baby sebut !..

erm ibu dan ayah menderita sakit gigi dan gusi , panas badan yang sama buat masa ni , perggghhh !!! tak boleh lah duk jauh2 mcm ni hehehe..rinduuuuuuu….

14 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *