Perlu nyatakan sebab nak tarik diri dari melabur di ASB dengan membuat pinjaman di Maybank ????

Baru-baru ni ... saya pergi ke Maybank. Saya ada buat pinjaman dengan Maybank untuk melabur dalam ASB. Dah lebih 7 tahun rasanya. Lama sangat dah .. bulan-bulan memang tak banyak mana , mampu je nak bayar bulan-bulan walaupun saya tidak bekerja. Tapi .. hati saya duk rasa tak sedap je sejak dua menjak ni. Kali pertama saya pergi ke maybank untuk jual balik saham ASB tu. Mereka kata akan memproses borang tersebut dan hantar ke Taiping. Kemudian diam. Itu tahun lepas. Potongan di dalam maybank saya masih…

Dadih Pelangi Julies Menerima Tempahan Untuk Sebarang Majlis.

Jika anda ingin tempah Dadih mudah dan ringkas , kenalkan … Dadih Pelangi Julies merupakan sebuah syarikat yang beroperasi di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur. Bagi anda yang berada berdekatan boleh lah order untuk majli-majlis keramaian , perkahwinan , party hari jadi dan majlis-majlis lain.. anda boleh terus ke Dadih Pelangi Julies Fanpage untuk melihat-lihat semua aktiviti terkini yang disiarkan oleh admin nya yang bernama Juliana termasuk untuk bertanya tentang tempahan dadih ini.
Saya dah rasa berkali-kali .. kebetulan Dadih Pelangi Julies ini ada datang membuka gerai jualan di KomplekS Belia dan Sukan Negara berdekatan sekolah anak-anak saya sendiri. Tak tipu dan menipu .. (apa punya ayat) , 6 jenis dadih di habiskan tak sampai 20 minit oleh anak-anak saya. Saya sempat simpan dadih perasa cappucino kesukaan saya. peminat kopi tegar ni. Perasa lain . … semua pun sedap-sedap .. kalau tak sedap .. takde maknanya anak-anak nak makan lincin dan laju gitu …

perkhidmatan membekal dadih
Jika ingin membuat tempahan dadih secara online

Terkini Dadih Pelangi Julies bukan sahaja menghasilkan produk Dadih yang berpelangi dan bewarna warni , malahan mereka mengahasilkan Dadih + Nata de coco dan Dadih + Lengkong. Kemain best … Dadih di campur dengan lengkong dapat meyejukkan tekak dan juga dapat mengurangkan suhu badan seseorang .. Elok sangat jika di hidakang ketika majlis perkahwinan kan .. semua orang tengah panas-panas buat rewang di sajikan dengan dadih .. cool jek ..

Dadih berperisa Manggo .. kau rasa ? sedap sangat kan .. ok .. sambil tulis sambil telan air liur .. teringin pulak daaa ~ sedapnya ampak .. maggo dan blackcurrent ni .. aih …  cepat-cepat buat tempahan dadih ini. Musim kenduri dah nak dekat. Risau tempahan penuh melepas lah nak hidangkan tetamu dengan juadah dadih yang sedap ni.

Review Medina Essential selepas 3 bulan mengamalkan nya.

Ya ampun .. saya pemalas menulis sekarang dah lama berniat nak tulis pasal Medina Essential ni… Bukan malas sebab apa lah .. rata-rata dah tahu saya mak beranak 4 , suami lak jauh .. perkahwinan jarak jauh ni mencabar hokey … emosi  yang stabil dan semangat yang kuat memang kena ada , nak jaga 4 orang anak yang kecik2 belaka tu.

Weh .. tapi belum tahap menangis lah .. okay lagi.. Pastu sekarang saya buka bisnes online . jenuh lah study buat open cart .. hehe .. siapa friend di fb tau lah .. meroyan .. harap ampun la .. terpaksa korang layan saya kan.

medina

Ramai yang tanya .. rasa apa Medina Essential ni ?

Rasa manis , tak ada rasa fiber tapi mengenyangkan  , rasa macam epal , rasa manis  , rasa manis buah , rasa fresh. Dan itu je .. …  Manis lah .. kandungan nya kurma + delima dan pembagai lain bahan-bahan sunnah di masukkan.  Orang minum pagi dan malam semasa perut kosong kan. Saya minum apabila lapar , tak sempat nak makan , atau memang tak tahu nak makan apa. 

Kari Kepala Ikan Kampung Attap KL ( Restoran ZK)

Ada orang tu rindu masakkan kari kepala ikan. Hari pertama balik dari Jakarta dia bawa keluarga makan kari kepala ikan di Restoran ZK di Kampung Attap Kuala Lumpur. Kalau dah telanjur singgah KL tu boleh lah pekena kari kepala ikan di sini. Mazidul Akmal Sidek pun pernah tulis tentang kari ni di dalam blog beliau.

Kari Kepala Ikan Kampung Attap KL ( Restoran ZK)

Sedap .. kata suami saya. Dia jarang suka dan puji makanan. Betul-betul sedap baru puji. So boleh guna lah rekomen dari dia kan. Suami cakap dari awal restoran ni di buka , dari kedai lama di sebelahnya yang menggunakan zink tu lagi , suami dah jadi pengujung setia. Saya ?? kurang gemar kedai ala-ala mamak.

Model Ibu

 

Sejak dua menjak ni , menjadi2 tabiat bergaya si laila madihah ni. Bukan main ngalahkan ibu dia … huhu … keuntungan butik ibu di bahagikan dengan dia tau ….   tapi okay lah .. baju yang dia pakai semua laris. Murah rezeki … hik2 .. Allhamdulillah ..

2014-02-28 12.42.01

Bersungguh -sungguh

Bersungguh -sungguh dalam melakukan sesuatu perkerjaan adalah di galakkan. Tetapi bersungguh-sungguh melakukan pekerjaan di bawah tidak di galakkan sama sekali ye anak.

SYAMIMKerana PS3 itu bukan milik ibu… Ibu tak mampu nak …   😛

Kalau Cari Service Video dan Photography Terbaik

Dah lama juga teringin nak ada gambar satu keluarga cantik-cantik ni .. tapi selalu tunda sebab ,masa ada aliya sorang tunggu aliya besar ,dan besar aliya , husna pula keluar ,  tunggu sampai husna besar , dah besar husna keluar laila , so tunggu laila besar , dah keluar laila , tunggu syamim besar pulak. Last – last .. tak mau tunggu dah .. ayah pulak tak de nak bergambar satu famili tak boleh. Huhuhu .. sedih …

Sampai ada projek dengan ……….. (rahsia dulu) , diorang mintak gambar , sumpah saya tak ada gambar saya yang cantik-cantik , gambar anak banyak lah …

Puan Bee-1

Kebetulan .. pergi terjah geng AI MEDIA NETWORK  tengah outting di Taman Tasik Perdana. Bodek laaa … nak sekeping dua gambar .. dan taraaaaaaa … hasilnya … AI MEDIA NETWORK dan glemer di dunia internet ni … tak tahu ? diorang memang ambil service video dan photography ni … tak tahu ? hah meh nak bagi tahu laaaa niiii ..

Motivasi ketika di fitnah

Malam ni tak boleh tidur … ada sesuatu menganggu benak fikiran dan hati. Ya . .. aku mangsa fitnah. Aku dituduh tanpa usul periksa, dah dua tahun , ALLAH masih belum tunjuk siapa benar siapa salah. Jenuh aku memotivasikan diriku untuk belajar menerima serta menguatkan hati dan tahap kesabaran aku. Ya .. kejadian fitnah ini mengajar aku untuk menjadi orang yang lebih sabar dan kuat. Kalau tak sabar dah lama aku serang sipolan itu. Kalau tak kuat dah lama aku gila meroyan.

Aku masih sabar dek kerana … selalu sangat baca ” doa orang kena fitnah itu lebih afdal ” aku tunggu saat itu. Tak lama dah .. aku dapat rasa.

tengok muka budak ni tenang sikit ...
tengok muka budak ni tenang sikit …

Jom .. baca kisah yang menimpa Saidatina Aisyah. Dia wanita ulung pun kena fitnah , tambahlah aku .. manusia biasa … huhuhuhu ~ sabar je lah puanbee oiii ~ mungkin ada keindahan tak terjangkau di sebalik setiap kejadian yang menimpa aku .. AMIN………….

Ketika Aisyah demam sebaik tiba di Madinah, dia tidak melihat layanan lemah lembut Rasulullah s.a.w. terhadapnya (yakni sikap kebiasaan Baginda Saw). Baginda Saw hanya masuk menjenguk Aisyah, memberi salam dan bertanya khabar sahaja, dan kemudian beredar. Itu sangat menghairankan Aisyah.

Baby syamim sakit mata

From Cymera Baby syamim dah sakit mata bermula semalam , tiba-tiba ternampak tahi mata dan berair di ikuti bengkak. Saya tunggu sehari sebelum ke klinik hari ini. Baby juga memang kurang sihat. Semalam saya cuba titiskan air susu ke dalam mata nya. Itu petua orang tua jika anak sakit mata. Allhamdulillah hari ni dah kurang , belum sempat ke klinik lagi pun. Ada yang tak percaya kan ? orang tua cakap petua. Docktor cakap .. protein dalam susu dapat membunuh kuman yang menyebabkan sakit mata tu.Masyallah kelebihan…