Pilihlah Mamil untuk menjaga sistem penghadaman anak-anak.

Sebagai ibu bapa kita selalu ingin sesuatu yang terbaik buat anak-anak kita. Betul kan? Sebagai ibu tinggal di rumah macam saya ni, memang pantang jika ada salah seorang anak megadu sakit, saya risau jika mereka sakit atau tak sihat ianya akan membuatkan saya menjadi huru hara. Kesian pada yang sakit, kesian juga pada anak-anak lain yang sihat tak dapat membuat aktivi harian seperti biasa. Jika boleh saya nak tengok anak happy dan menjalani hari dengan aktif. Anak kalau sakit, duduk diam di satu sudut.. Tak seronok tengok…

Kalau hari hari pergi dobi …

Sekali basuh baju di dobi RM20 , kalau hari-hari mau beratus-ratus bajet untuk basuh baju tu semua. Ni gara- gara air takdak kawasan ampang ... Cuba kira kalau dapat bayaran banyak tu , berapa dah simpanan kita ? Tapi kita simpan untuk akhirat sana nanti. Betul tak ?

Persiapan baju raya semudah A,B,C

Salam dan hai .. Ramadan dah bermula , mula lah episod mencari membuat persiapan raya sambil-sambil menunaikan ibadah puasa tu kan .. Mom kan multifuntion .. Dalam satu masa boleh buat macam-macam.

nile 3

TOP BLOUSE PLUS SIZE

Puasa ke tidak , Mom / ibu / mak / mama lah yang bekerja keras dalam membuat persiapan untuk bersahur , berbuka , beribadah dan beraya. Betul tak ?

Dan ini lah saya .. Sebulan lepas saya dah beli baju raya anak-anak .. Tema royal blue dan saya masih belum jumpa baju yang sesuai untuk saya pada waktu tu .. Al-maklum lah orang plus size .. Bukan tak ada baju yang berkenan , bila dah bekenan harga pula melampau tinggi.

Jadi .. Selepas survey jubah di banyak website saya jumpa satu website online yang menjual pelbagai barangan dari baju , jubah , aksesori , beg tangan dan banyak lagi barang lain-lain yang unik dan comel ada menjualjubah plus size ..

Saya beli baju , aksesori , beg dan jubah … Harga baru RM158.40 untuk keseluruhannya berbaloi … Kerana di luar saya jumpa jubah plus size yang sama harga nya dah mencecah RM129 gitu .. So di sini dah untung banyak.

Terus order u .. Seronok sangat shopping terbeli macam-macam la pulak …

Buka Puasa di DailyFresh : E-voucher untuk setiap pengunjung.

Apa yang istimewanya ? kena baca sampai bawah , saya tak tulis panjang-panjang punya .. janji .. Baru-baru ni , kami blogger di jemput merasa ke semua hidangan yang ada di outlet DailyFresh Setapak. Ok.. sebenarnya tak pernah masuk situ … macam-macam kedai ada , dan parking pun senang .. nanti nak shoping raya boleh singgah sana.

2014-06-21 11.04.47Laila dan Damia .. budak-budak sampai-sampai nampak je semua makanan yang ada di DailyFresh ni dah merengek minta semua. Sebenarnya biasa juga beli Cupcorn tu .. Biasa la dengan anak-anak , asal nampak je nak kan ..

2014-06-21 11.48.34

Terus kepada cerita makanan lah .. tak tahan teringat cupcorn ni je manjang .. mula-mula cebik gak bila diorang kata , cupcorn perisa garlic .. macam tak sedap je bunyinya .. tapi setelah cuba , perisa garlic pula yang paling sedap .. korang patut cuba , ayah ambik cili , anak ambik mayonis , mak ambik garlic buang angin satu badan ..

WALL'S SCOOPS OF HAPPINESS – Kisah Dongeng Di Setiap Scoop!??

Snowman di dalam scoop kami ….
Hi mama , papa , adik kakak … Ehemm .. Korang tau kan .. Memang kaki masuk contest .. Dah menang macam-macam hadiah setakat ni .. Kali ni Wall’s Selection ice-cream pula buat contest .. Menarik .. Terpanggil-panggil nak join juga.

Taste Joy in Disneyland with Wall’s’ adalah sebuah kempen pihak WALL’s di Facebook. Ia merupakan sebuah contest yang memberi peluang kepada peminat aiskrim Wall’s untuk mencipta hidangan kreatif aiskrim mereka sendiri.

Hadiah nya apa? hebatlah hadiah termasuk: Family package ke LEGOLAND bagi pemenang setiap minggu! Tambahan lagi, hadiah utama adalah family package ke Disneyland, Paris!!!

Hadiah Contest ni menarik sangat, lagipun contest ini sangat seronok!

Ramai nya orang send gambar .. Cantik-cantik , cute design ais krim diorang … Teruja …

Ini lah adalah ice cream creation daripada food artist famous Msia- Samantha Lee!

Picture1
Mulan inspired – Chinese warrior!)

Picture2

Cantik dan creative kan?

Bagaimana untuk menyertai KDK CHARITY CHALLENGE dan menang ?

KDK MALAYSIA merupakan syarikat pembekal pelbagai jenis kipas yang di gemari ramai di Malaysia , kini meganjurkan satu cabaran amal yang di beri nama KDK CHARITY CHALLENGE sempena kedatangan bulan ramadan dan hari raya  tidak lama lagi.

KDK Charity Campaign -004
 

 Matlamat KDK CHARITY CHALLENGE.

  • KDK ingin mendapatkan RM25,000 untuk mengadakan di dermakan kepada pihak yang memerlukan di hari raya nanti.
  • Dengan itu , KDK mengajak anda .. anda pengguna facebook turut sama membantu di dalam merealisasikan impian KDK dengan cara mendapatkan 25,000 LIKE di facebook KDK.
  • Untuk 1 LIKE .. anda telah menderma sebanyak RM1 untuk cabaran amal KDK.
  • KDK juga memberi peluang untuk semua peminat / peserta mencalonkan siapa ( rumah kebajikan , anak yatim , organisasi , rumah orang tua ) mana yang ingin anda bantu juga  memberi idea , bagaimana cara untuk menyambut hari raya dengan mereka itu nanti.
  • Cara untuk menentukan pemenang adalah bedasarkan idea , undi dan juri.

Hadiah yang di tawarkan buat peserta.

Gigi pertama baby syamim

Allhamdulillah .. masih bernyawa .. hehe .. sibuk sangat tak sempat la nak update pasal hero sorang ni.. apa pun tak mau ketinggalan coretkan sikit perkembangan baby syamim.. nanti menyesal .. Baby syamim telah tumbuh gigi awal bulan jun 2014 , masa tu dia baru 6 bln lebih lah .. sekarang dah 7 bulan. Sekali naik 2 batang gigi , pulak tu demam panas .. malam je panas , dengan selsema nya .. bayangkan dari awal bulan jun sampai lah sekarang dah masuk 20 hari masih ada…

Sistem pencernaan yang sihat sangat di perlukan buat anak-anak.

Semua ibu bapa mahukan terbaik untuk anak – anak. Anak saya nombor 3 bernama Laila telah pun masuk 5 tahun , tahun depan dia akan bersekolah tadika. Laila seorang anak yang manja , cakap pun masih pelat .. Keletah yang bayak , periang dan suka bergaya.. Dan …. Laila masih minum susu di dalam botol.

Kebanyakkan umur kanak-kanak seperti Laila tidak lagi minum susu menggunakan botol. Saya tak sampai hati jika melihat laila tidak minum susu botol. Nampak Laila seolah-olah tidak bermaya.

Akhir-akhir ini .. Laila meneran Susah puntuk ” poo poo “ . Walaupun saya telah cuba menambahkan makanan berserat dan memperbanyakkan air kosong di dalam sajian Laila. Namun bukan setiap kali berjaya. Saya cuba menggantikan susu lama Laila dengan susu jenama lain.

Agak susah sebenarnya jika ingin menukar jenama susu. Perlu lakukan secara berperingkat. Kadang-kadang Laila memilih rasa .. Susu mestilah kena dengan tekak Laila.. Jika tidak di komplen nya tak sedap.

mummy let it out

OH !!!!! Tidakkkk ….

Jenama susu apa kah yang dapat membantu ? Saya sebagai ibu ingin sekali mencari susu yang menjaga sistem pencernaan anak saya. Tidak mahu Laila merasa sakit ketika membuang air besar.

Lawatan Ke Taman Burung Kuala Lumpur

Cuti sekolah dua minggu , tak tahu kemana ? Boleh lah buat lawatan ke Taman Burung Kuala Lumpur bertempat berdekatan Taman Tasik Perdana Kuala Lumpur.  Bayaran masuk ke Taman Burung adalah RM25 untuk pemegang Mykad dewasa dan RM12 untuk pemegang Mykid.

Tak tahu jalan untuk ke Taman Burung ? guna lah waze .. haha macam saya .. guna waze pun tersesat .. asyik salah masuk jalan. Walaupun sebenarnya dah banyak kali ke Taman Tasik Perdana tu. Apa punya pelik ..

Kena ketawa dek husband sebijik .. ehh .. jangan main-main .. suka sesat tapi lepas juge drive sampai ke Taiping .. syukur lah ..

taman burung kuala lumpur

Berbalik kisah tadi .. pergi taman burung buat apa ? Seronok juga melayan anak-anak beri makan pada burung .. sediakan duit syiling banyak-banyak untuk beli makanan burung.. kalau saya tahu dah beli siap-siap kat luar .. anak bagi makan macam tebar pasir je ..haishh ..