Tukar Bateri iPhone 5 – Bateri kembung

Baru-baru ni , saya telah pun menukar bateri iPhone5 saya tuh. Antara sebab yang membuatkan saya syak bateri nya rosak a.k.a kembung adalah kerana , setiap kali cas bateri cepat penuh , bahagian belakang panas sampai tempat kita letak tu pun panas , kalau omputeh cakap dia ” overheat “. Bila cepat penuh , ingatkan full la .. tapi tidak ye .. bateri cepat juga habis menjadi kosong peratu. Tu memang tanda beteri iphone anda telah rosak. Pegang je rasa panas .. panas lain macam…

Saya buat pun status manja di facebook cari kedai repair telefon murah-murah , sekali kakak blogger akmaomar.com tunjuk gambar telefon adik nya , LCD pecah di sebabkan bateri meletop .. bayangkan jap eh .. kalau kita tengah cakap di telefon , letak betul dekat telinga , telefon meletop .. jadi apa la pipi kita yang mulus dan telinga kita tuh.

Seram fikir kan nyeee .. terus la bawak pergi repair .. telefon saya ni penting .. nak video call dengan suami nanti payah ..

tukar bateri iphone 5 murah

Tapi sebelum tukar tu , eloklah check dulu bateri iphone5 korang , dengan APPLE , kot dapat tukar free di bawah program penggatian bateri iphone5 yang di keluarkan antara tahun september 2012 ke january 2013. Apple pernah buat pengumuman bateri yang di keluarkan pada tahun tersebut memang bermasaalah. 

Rujuk website Apple ni — >  iPhone 5 Battery Replacement Program

Saya dah check dah , memang tak layak .. nak tahu kenapa ? sebab masa saya beli tu kena tipu .. seller cakap original , padahal tak original , saya punya iPhone 5 adalah set refurbish . Benci betul lah ..

Jadi , saya dah tukar , dah ok semula ni .. cas penuh tahan la 1 hari , kalau biasa semasa bateri rosak , cas penuh macam mana pun tak tahan 20 minit. .. ada yang cakap .. kedai samsung di tingkat 2 lowyat RM80 je , Waranty 6 bulan , tapi saya tak dapat pergi low yat lah. Payah juga nak bawa anak ke tempat sibuk macam tu.

Saya tukar di tesco extra ampang je .. RM120 dapat WARANTY 6 BULAN  jika bayar RM79  dapat WARANTY SEBULAN. Saya ambil lah yang waranty 6 bulan. Bateri kalau nak rosak bukan dalam masa sebulan ye dak .. benci la .. mahal bebenor .. tambah benci sebab dapat set tak original.

Sekarang ni saya nak nasihatkan , kalau nak beli iphone memang original kena pergi apple store sahaja. Kalau di luar diorang cakap la iphone tu original , memang boleh guna i cloud dan ada apple id kerana hanya motherboard tu je original , tapi lain – lain part adalah klon  tak original langsung.

Saya dapat tahu pun setelah saya tukar skrin iphone 5 saya ni pecah , 2 bulan lepas .. ada anak kecil .. handphone mahal macam mana pun layak jadi mainan anak-anak jugek…

Baca sini kalau tak percaya : meluat fikir yang ramai orang menipu sekarang ni.

Membongkar Rahsia Jualan iPhone Murah Pada Laman Instashop

iPhone recon, motherboard sahaja original. Tapi body, bateri, dan akesesori semua dari third party yang tidak lagi original.

Waranti iPhone recon tidak boleh ditebus melalui Apple Malaysia.

2 DALAM 1 CERITA NAMPAKNYA ni .. aku geram weh ..

17 thoughts on “Tukar Bateri iPhone 5 – Bateri kembung

  1. Saya tak guna iphone so tak tahu la camane, Tapi rasanya semua phone sama, tak original memang tak tahan.
    Phone samsugn saya dah kena cas 2 kali sehari, rasnya dah perlu tukar bateri kot

  2. saya td baru ganti bateri iphone 5 saya sebab kembung, tp masalah sekarang bila cas (bateri baru) tak penuh, makin turun. mcm mana ya? sekarang hp saya mati. bila cas, nmpk la bentuk petit mcm kita tgh cas, tp x penuh. mcm mana ya?

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.