Kuota Internet Tanpa Had 1Mbps hanya RM115.94 Murah

Ya. Seperti tajuk di atas , kini anda boleh mandapatkan internet dengan kelajuan 1Mbps dengan hanya RM115.94 sahaja. Tanpa had , mifi modem percuma dan boleh di bawa ke mana sahaja. Modem nya adalah percuma. Boleh di jadikan hotspot untuk satu kumpulan .Kelebihan menggunakan mx230 adalah  P1 personal 4G Wifi  boleh di sambungkan dengan 8 device dalam satu-satu masa untuk melayari internet. Anda hanya perlu mendaftar secara online dan nikmati rebate yang di tawarkan sekarang.

Untuk sesiapa sahaja yang melakukan kerja dan memerlukan talian internet bergerak anda boleh mula fikirkan sama ada P1Mx230 ini sesuai dengan anda atau tidak.

Ciri-ciri Modem MX230  [ review mx230 ]

  • Built-in 802.11 b/g Wifi ( boleh pakai banyak peranti serentak )
  • 69.0mm x 69.0mm x 13.0mm ( kecil sebesar tapak tangan )
  • 75 grams ( ringan )
  • Battery usage up to 6 hours. ( bateri )
  • Supports Windows XP, Vista, and 7, Mac OS X 10.5, 10.6 or higher.*

Macam mana nak melanggan P1 mifi unlimited kuota internet ni ?

  1. Pergi ke laman web P1 – { klik link  laman utama website P1  –  http://www.p1.com.my/  }
  2. cover
  3. Pergi ke bahagian 1 , untuk check coverage , klik 4g di bahagian nombor 2 , dan masukkan alamat di bahagian no3.
  4. Dari situ , korang akan tahu ada coverage tak di kawasan korang.
  5. Kemudian jika ada , dan boleh lah mula buat tempahan secara online. Ingat .. daftar online akan dapat percuma RM100 dan bil bulan pertama.
  6. Klik sini  untuk mendaftar secara online —  http://www.p1.com.my/mifi 

Pakej internet P1 terkini – P1 ToGo Mifi

Info terkini berkenaan P1 Togo Mifi. Untuk mereka yang masih lagi mencari pakej langganan internet unlimited , dan mudah untuk di bawa ke mana-mana , pakej P1 ToGo Mifi ni adalah salah satu pilihan yang patut anda pertimbangkan. Ada beberapa sebab yang boleh korang pertimbangkan sebelum memilih pakej internet yang terdapat di Malaysia ni.

Promosi terkini , percuma langganan untuk bulan pertama , untung kan ? dan yang paling penting ianya unlimited …  1Mbps pula tu , hari-hari boleh download video , upload gambar di instagram , sekodeng facebook pakwe tanpa perlu risau anda akan kehabisan data. Saya pernah pakai mifi 5gb , tak cukup ..  walaupun tak tengok video langsung .. banyak upload gambar untuk bisnes onine saya je.

p1

REVIEW : Nursing Blouse yang paling selesa , mudah di gayakan ke mana sahaja.

Kini , ibu-ibu boleh menyusukan anak anak dengan lebih gembira , semua dah lengkap ..  sekarang semua pun sudah tersedia , daripada nursing cover hinggalah ke nursing blouse  atau  baju untuk ibu menyusu . Ibu cuma perlu pilih dan enjoy .. Zaman sekarang .. semua ibu pun aktif bukan main .. bukan macam dulu-dulu .. asal ada anak kecil duduk rumah sampai anak besar baru lah banyak sikit berjalan . No … zaman sekarang .. ibu dan ayah sama-sama sibuk dengan tugas masing-masing.

Ibu mesti kuat , cantik dan sihat. Gitu ..

Dah tak ada rasa malu nak selak baju di tengah orang ramai , kita sediakan peralatan cukup-cukup . Tak sempat baby menangis , nenen tersedia gitu .. kita beri apa yang terbaik buat anak kita , buat apa nak malu ??

Saya dah cuba nursing blouse beli dari website MUMSLUV.COM , ya ampun .. selesa sangat – sangat .. serius tak tipu dan amat di rekomen kan pada ibu , mama , mummy di luar sana.

Tak perlu butang atau zip , hanya selak … inner yang di cipta di bahagian dada memudahkan ibu selak di kala baby agak-agak kehausan.

mumsluv 5

Anak yang menyusu dengan susu ibu lebih aktif , lebih sihat , lebih cepat perkembangan nya .. di yakini … apa pun semua itu atas izin-NYA.. Perkenalkan baby boy saya , baby tak baby sangat lah. Umurnya dah pun 1 tahun 5 bulan. Masih menyusu susu ibu sepenuhnya dan aktif .. sebab tu saya dukung dia .. tak mau biar dia turun tak larat kejar ..

Gambar atas ambik anak-anak 3 orang balik dari sekolah. Kemudian .. isi minyak , pergi pejabat pos , pergi bank .. sempat tapau makanan , sempat beli barang ..

Dan .. ya .. aktiviti saya paling sibuk antara jam 11.00 pagi ke 5 petang. Seharian di luar , seharian memandu , seharian menguruskan anak-anak .. dan saya bawa je baby tu kemana – mana .. nak menyusu ? nasib baik ada blouse menenen ni .. Allhamdulillah .. terima kasih lah kepada mereka yang mencipta baju ni ..

Kedai perabot terpakai Ampang

 

Semalam , pergi kedai perabot terpakai terletak di AMPANG  ( ALAMAT DI BAWAH NANTI ), hajat hati nak la tengok kot kot ada perabot terpakai ala-ala  rak untuk simpan stok , sebab stok banyak sangat di rumah ni , macam rimas pula. Tak ada la nak cari perabot yang mewah-mewah cantik untuk hiasan rumah. Saya memang tak akan beli perabot hiasan selagi tak beli rumah sendiri. Rumah sewa ni payah nanti nak pindah kena angkat-angkat pula.

Tapi .. alahai .. perabot terpakai pun tak ada harga bawah RM150 .. semua RM280 ke atas .. minta kurang pun tak dapat .. akhirnya ambik la rak macam untuk kegunaan gudang tu .. Saya bajet RM200 je ..

perabot terpakai taman dagang

Tu tokey kot .. layan custemer ok baik lembut ja … tapi dengan perkerja garang kemain .. sampai terkejut – kejut anak- anak dengar dia bercakap.

Ladies only Zumba classes Ampang

zumba5Tajuk je speaking lebih , isi bahasa melayu okay ? Dah lama saya nak kurus , dari sejak gemuk selepas ambil pil perancang sejak melahirkan anak no.3 si laila .. macam-macam dah buat , tapi cara salah dan tak berhenti pil perancang .. maka nya saya menjadi sangat gemuk … hampir 100 kg .. dah berenti pil perancang berat tak naik , tapi perut naik .. Allhamdulillah .. dapat sorang anak lelaki. SELEPAS melahirkan anak ke – 4 memang dah target nak kurus balik , baju semasa kurus tu semua masih ada simpan , memang tekad nak pakai semua baju semasa kurus semula , lagi-lagi baju kurung tu.

Allhamdulillah .. selama 1 tahun 4 bulan jaga makan ,  berat saya turun banyak .. 96kg ke .. kadang-kadang 80kg hingga ke 75kg . Asyik duk turun naik .. risau la naik lagi … so nak tak nak saya kena excersise …

zumba
Umur pun dah tua dik non …. kalau en suami balik saya memang rajin main badminton , bila dia tak ada saya ikut kelas zumba untuk ladies sahaja ni , bayaran pun cuma RM5.00 sekali join , dekat pula tu dengan rumah ..dan part paling best bawa je anak-anak sekali. Anak-anak free saja. Anak saya bawa kasut roda .. mereka main kasut roda , baby tu kakak long tolong jagakan.

BIODATA Mom Blogger di Malaysia : Review & Adsvertorial

Assalamualaikum & Hai Pemilik blog di kenali sebagai puanbee . Nama sebenar Latifah bee ... bukan C mahupun D. Berasal dan di lahirkan di Taiping dan kini menetap di Kuala Lumpur selepas mendirikan rumah tangga dengan Encik Kay. Puanbee kini di kurniakan empat orang cahaya mata. Aliya , Husna , Laila dan Syamim. Puanbee ibu muda , berkahwin muda , suka buat-buat sibuk dengan anak-anak , suka beleter dan suka juge makan. Kadang-kadang mood tah hape-hape .. Kebanyakan cerita di dalam blog merupakan rentetan kisah hidup suka…

Pasang Streamyx Akhirnya (3 November 2014)

Akhirnya , Streamyx menjadi pilihan , saya mengalah dengan keadaan , hampir setahun menyepi kerana line internet asyik meragam , saya pengguna YES sebelum ini , dari pakej paling bawah saya langgan pakej paling mahal , namun hasilnya ? mengecewakan. Semakin hari semakin teruk , seingat saya semasa mula-mula melanggan internet YES dahulu , line bagus , data pun tak cepat habis. Sekarang .. Teruk sangat .. lagi tinggi kuota data yang di langgan , lagi cepat habis dan saya perlu topup data berulang kali , ye la .. saya perlukan internet untuk bisnes kecil-kecilan dari rumah dan juga update blog tak seberapa ni.

Ejen Streamyx Tesco
Ejen Streamyx Tesco

Setelah membuat kajian terperinci , dan menyiasat sama ada di kawasan rumah saya boleh atau tidak jika ingin pasang UNIFI , tetapi hampa .. Memang tak ada Unifi walaupun rumah di tengah bandar .. 30 minit ke KLCC. Gah sangat bunyi nya kan ? Padahal …. Apa pun terima kasih di ucapkan kepada blogger shakiddo.com kerana melayan pertanyaan saya.

Persiapan baju raya semudah A,B,C

Salam dan hai .. Ramadan dah bermula , mula lah episod mencari membuat persiapan raya sambil-sambil menunaikan ibadah puasa tu kan .. Mom kan multifuntion .. Dalam satu masa boleh buat macam-macam.

nile 3

TOP BLOUSE PLUS SIZE

Puasa ke tidak , Mom / ibu / mak / mama lah yang bekerja keras dalam membuat persiapan untuk bersahur , berbuka , beribadah dan beraya. Betul tak ?

Dan ini lah saya .. Sebulan lepas saya dah beli baju raya anak-anak .. Tema royal blue dan saya masih belum jumpa baju yang sesuai untuk saya pada waktu tu .. Al-maklum lah orang plus size .. Bukan tak ada baju yang berkenan , bila dah bekenan harga pula melampau tinggi.

Jadi .. Selepas survey jubah di banyak website saya jumpa satu website online yang menjual pelbagai barangan dari baju , jubah , aksesori , beg tangan dan banyak lagi barang lain-lain yang unik dan comel ada menjualjubah plus size ..

Saya beli baju , aksesori , beg dan jubah … Harga baru RM158.40 untuk keseluruhannya berbaloi … Kerana di luar saya jumpa jubah plus size yang sama harga nya dah mencecah RM129 gitu .. So di sini dah untung banyak.

Terus order u .. Seronok sangat shopping terbeli macam-macam la pulak …

Buka Puasa di DailyFresh : E-voucher untuk setiap pengunjung.

Apa yang istimewanya ? kena baca sampai bawah , saya tak tulis panjang-panjang punya .. janji .. Baru-baru ni , kami blogger di jemput merasa ke semua hidangan yang ada di outlet DailyFresh Setapak. Ok.. sebenarnya tak pernah masuk situ … macam-macam kedai ada , dan parking pun senang .. nanti nak shoping raya boleh singgah sana.

2014-06-21 11.04.47Laila dan Damia .. budak-budak sampai-sampai nampak je semua makanan yang ada di DailyFresh ni dah merengek minta semua. Sebenarnya biasa juga beli Cupcorn tu .. Biasa la dengan anak-anak , asal nampak je nak kan ..

2014-06-21 11.48.34

Terus kepada cerita makanan lah .. tak tahan teringat cupcorn ni je manjang .. mula-mula cebik gak bila diorang kata , cupcorn perisa garlic .. macam tak sedap je bunyinya .. tapi setelah cuba , perisa garlic pula yang paling sedap .. korang patut cuba , ayah ambik cili , anak ambik mayonis , mak ambik garlic buang angin satu badan ..