Skip to content

Puanbee.com

Lifestyle , Family Blog , Review , Sewing & Tutorial

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
Menu
SEARCH APA SAHAJA DI BAWAH :

Snowdrop cloth pad review , kebaikan cloth pad dengan harga berpatutan.

Posted on January 17, 2014 by Puanbee

Tahukah anda  ?  Sanitary pad atau pad pakai buang sebenarnya tidak elok untuk kesihatan bahagian intim wanita ? sebenarnya pad pakai buang ini di perbuat dari pulpa kayu dan bahan terbuang. Walau nampak macam putih suci je tapi sebenarnya ia datang dari bahan yang kotor.

Pad pakai buang mudah di dapati .. macam murah dan mudah tetapi sebenarnya  agak mahal dan mendatangkan keburukan kepada wanita khususnya. Masaalah segugut , darah haid berbau , bahagian intim wanita kegatalan , ruam , keputihan  semuanya berpunca dari penjagaan + pad pakai buang.

snowdrop cloth pad review

Cloth Pad = Pad kain. Sudahkah korang betukar dari sanitary pad ( pad pakai buang ) kepada cloth pad ? kenapa nak tukar ? apakah kebaikan memakai cloth pad ? snowdrop ? Mai sini kita tengok kenapa para wanita kakak adik perlu menukar dari memakai sanitary pad kepada cloth kain yang banyak kebaikan nya. Abang-abang dan ayah- ayah tidak ketinggalan harus membaca dan mengambil tahu bab nih.. diorang yang akan keluarkan belanja untuk anak dan isteri kan ?

Sanggupkah anda membayar untuk punca pembunuh senyap ini ?

 

sanitary-napkin

Semua masaalah wanita di atas boleh di atasi dengan hanya satu langkah bijak iaitu bertukar memakai pad kain. Pad kain atau cloth pad tidak lah sesusah mana untuk di pakai. hey !! orang dulu pakai kain batik je .. potong tanpa di jahit. Beberapa tahun dulu saya pun pakai kain batik. Sebab paling utama adalah  jimat.

snowdrop cloth pad review

Jika anda seorang wanita yang ada masaalah wanita di atas elok lah cuba menukar dari pemakaian pad segera kepada cloth pad.

Dan yes ! Snowdrop cloth pad merupakan jenama yang menyediakan cloth pad dengan ciri-ciri terbaik untuk di jadikan pilihan.

  • Menjimatkan – Cuba kira sebulan korang beli pad pakai buang berapa ? untuk saya jenis heavy , kerap tukar dan juga pakai panty liner jenis nipis. Dan percaya atau tidak ia nya memakan kos hampir RM100 sebulan. Jika menggunakan cloth pad. Dengan jumlah RM100 itu berbaloi. Kerana korang tidak perlu buang dan ianya boleh di cuci bersih dan di pakai berulang kali.

2014-01-04 19.05.30

  • Pembinaan Lapisan – Lapisan atas diperbuat daripada minky yang sangat lembut. Lapisan dalaman terdiri lapisan mikrofiber yang anti-bakteria sebagai penyerap dan lapisan kalis air nilon bersalut PU bagi mengelakkan kebocoran. Lapisan belakang (bawah sekali) ialah 100% kain kapas bercorak yang diimport dari USA.

2014-01-04 19.04.56

  • Penggunaan – Pad kain boleh digunakan selama mana pad pakai buang. Setiap pad biasanya boleh bertahan sehingga 5-7 jam, bergantung pada aliran individu. Tukar seberapa kerap yang anda selesa dan perlu sepanjang hari untuk memastikan keselesaan yang berpanjangan.

2014-01-04 19.04.39

  • Dilengkapi dengan dua butang poli-resin untuk memudahkan penyesuaian saiz.

2014-01-04 19.14.18

  • Saiz dan corak / warna –  Snowdrop cloth pad didatangkan dengan pelbagai saiz dan corak yang menarik hati. Snowdrop menyediakan pad untuk “panty liner” , maternity , heavey dan medium untuk di pakai. Paling best ada maternity.. sesuai sangat untuk orang lepas besalin.
  • Ciri-ciri lain : terdapat reben untuk memudahkan pad kain di gantung selepas di cuci.

Apa saya rasa setelah pakai cloth pad dari Snowdrop ?

  • Jujur – saya mula-mula fikir … ermm boleh ke ? gatal tak ? selesa tak ? sebab sebelum ni pernah cuba jenama lain tapi tak selesa. Tapi dengan kualiti yang ada pada kain cotton minky ni ternyata … tak rasa seperti memakai pad . Boleh tahan sehingga 4 jam. Tak bocor .. kedudukan terletak dan paling mengejutkan tak ada gatal-gatal. Saya sensitif sikit bab ni. Biasa gatal dan ada keputihan.
  • Semasa selepas besalin elok guna pad ni. Tebal .. dan panjang saiz nya comfirm selesa. Orang lepas besalin ada luka-luka kan ? lebih elok cuba guna pad kain .. luka cepat baik dan tak rasa jahitan tu. SAIZ yang tebal dan panjang menjaga dari darah nifas bocor. udah lah baru lepas besalin nak bangun selalu salin pad tak larat kan ? jadi jika guna cloth pad boleh tahan 3-4 jam kira membantu sangat.
  • dan yes ! segugut macam dah hilang … ajaib ni ..   🙂

Senang ke nak cuci snowdrop cloth pad ni ?

  1. Hoiii senang sangat .. lepas salin .. basuh dengan air sikit .. perah dan buang darah kotor tu . Rendam dengan sedikit sabun pencuci serbuk atau detergen cair. Tak kisah lah jenama apa. Kecuali clorox atau jangan sesekali gunakan pelembut kain. Pelembuat kain menghalang penyerapan okay!
  2. Ada yang kata rendam selama 3 hari . Tetapi saya rendam sehari dah hilang semua kekotoran.Bilas dan dah boleh perah dan gantung.
  3. Cepat kering … 1 hari di sidai dalam rumah saja dah boleh kering .. tu saya cuba perah dengan tangan je .. belum masukkan ke dalam mesin.
  4. Cloth pad boleh di masukkan dalam mesin. Gunakan kain net untuk baju kecik-kecik tu. Tapi saya tak buat lah .. satu je pun .. lepas pakai rendam sehari dan basuh. Oleh itu sediakan stok banyak sikit. Sehari pakai 3 cloth pad sudah.

Terasa nak tambah koleksi ni .. best sangat pakai cloth pad lembut kain nya .. memang selesa .. saya jamin. Ada yang kata pada saya .. malas nak cuci .. erk ? senang je dik … kalau bekerja snowdrop menyediakan satu beg kecil khas untuk menyimpan cloth pad yang telah di gunakan. So .. apa lagi ? harga sangat berpatutan.

Ada waranty setahun okey … penting ni …. 

klik website snowdrop laju-laju atau boleh di beli dari fanpage facebook snowdrop.

  1. http://snowdrop.com.my/

No hotline snowdrop cloth pad :
013 : 4361180
call je lagi senang kan kan ?

8 thoughts on “Snowdrop cloth pad review , kebaikan cloth pad dengan harga berpatutan.”

  1. nurmisnan says:
    January 17, 2014 at 8:28 am

    Memang selesa. Jimat dan lebih sihat..
    Rugi x cuba tukar. Simpan koleksi secara berpeingkat2.. insyaallah lama2 banyaklah koleksi cloth pad…

    Reply
  2. anuar says:
    January 17, 2014 at 9:00 am

    Isteri saya tak pernah lagi pakai cloth pad. .

    Reply
  3. galut says:
    January 17, 2014 at 9:00 pm

    Info yang berguna,akan disyorkan pada isteri nanti….T.Q…

    Reply
  4. Ummi Hanie says:
    January 18, 2014 at 3:49 pm

    nis ada sumone hadiahkan pantiliner tp sampai skrg tak test2 lagi. hehee…
    klakar tau aritu nis ada promote cloth pad ni (jenama lain) , ada kawan tu ingat pemegang periuk panas.. :p

    Reply
  5. Juan says:
    January 19, 2014 at 2:12 am

    alamak, risau plak tgk benda ni, hehe

    Reply
  6. myliferia says:
    January 21, 2014 at 3:29 am

    menarik ni. bukan stakat ada cloth diaper, pad pun ada

    Reply
  7. nurulhudalias says:
    February 8, 2014 at 1:53 am

    betul…saya sokong, lagi 1 jimat perbelanjaan bulanan..alam sekitar pon bersih 🙂

    Reply
    1. puanbee says:
      February 28, 2014 at 8:24 am

      ye kan
      sis berenti beli pad dah

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Media social puanbee

Recent Posts

  • Akhirnya channel Puanbee di youtube dapat monetize March 29, 2022
  • Kejayaan Asyraf Khalid Menjadi Tontonan Ramai February 25, 2022
  • Bagaimana nasib kita peniaga di tahun 2022 ini ? February 11, 2022
  • Balik kampung sementara boleh Kampung Sungai Relong Kamunting February 6, 2022
  • Review Tapak zip / Tapak sebelah mesin industri  February 6, 2022

Puanbee

Assalamualaikum dan hai
Channel ini memaparkan tutorial menjahit , DIY , unboxing & vlog rutin harian. kehidupan sebenar seorang ibu dengan 5 anak nya dan juga 5 ekor kucing kesayangan.

Puanbee
Jom ke Ikea showroom pertama di Malaysia .. jalan-jalan cari katil idaman je je ... tapi .... lama juga cuci mata .. enjoy ..

#ikea2022 #ikeashowroom #ikeadamansara
IKEA DAMANSARA 2022 - Nak beli katil Leirvik je 😂
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLkRYX0pqWHlMeXhR
Assalamualaikum , allhamdulilah kerja lama tertangguh .. jom sulam logo menggunakan mesin singer legacy se 300 ni. Baru lepas servis mesin syok sikit nak guna dia..

#sulamlogo #mesinsulam #singerlegacyse300
Amatur guna mesin sulam singer legacy se 300 .. sikit-sikit boleh lah ..
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLjhuVmlMOEtIX3FJ
Load More... Subscribe

Recent Comments

  • Perunding Great Eastern Takaful on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • mamapp on Kek sarang semut bakar sukatan cawan , tanpa perap.
  • Puanbee on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson
  • Puanbee on Renew ssm online dengan hanya RM70 setahun
  • akubiomed on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson

Archives

Categories

24,836 spam blocked by Akismet
google rank checker
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
© 2022 Puanbee.com | Powered by Superbs Personal Blog theme