Renew ssm online dengan hanya RM70 setahun

Terkejut saya tengok ada website yang menawarkan renew ssm secara online dengan harga RM140 beberapa hari lepas. SSM atau sijil pengesahan perniagaan yang di keluarkan oleh SURUHANJAYA SYARIKAT MALAYSIA itu berharga RM60 sahaja jika pergi kaunter. Dan RM70 jika renew di website sah mereka. Yang lain sah atau tidak saya tak tahu.

Jika nak renew ssm dengan harga cuma RM70 boleh lah ke sini https://ezbiz.ssm.com.my/ perhatikan betul-betul url nya. Kerana ada URL yang seakan sama. SSM saya telah terlewat sebulan. Sebulan RM10. Jangan bagi lewat lama-lama lah, jenuh nak membayarnya kome.

Pastikan sebelum bayar secara online , korang pernah daftar kad pengenalan dan thumb print di kaunter , kalau tidak tak boleh masuk url tu. Kali pertama kena pergi kaunter , kali ke 2,3 dan seterusnya tak perlu dah. Boleh terus bayar secara online sahaja.

Sekian , terima kasih. Stay save

2 thoughts on “Renew ssm online dengan hanya RM70 setahun

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.