Matahari di Atas Kaabah Pada 28/5/2011 – Semak arah kibalt –

Salam Bahagia 🙂
Morning ..heheh pagi – pagi ni meh nk share sesuatu yang baik …adei …tekak rasa perit cam nk demam jer….masak dulu lah ..korang layan info dan cara nk semak arah kiblat kita betul atau tidak ? baca artikle dibawah ni …daa~

Arah Qiblat boleh disemak dengan tepat ketika Istiwa A’zam.Penentuan arah kiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunnat. Jadi ummat ISLAM mesti memastikan kedudukan arah kiblatnya tepat mengadap Kaabah.

Alhamdulillah, setiap tahun ada 2 waktu yang telah ALLAH subhanahu wata’ala tentukan kedudukan matahari betul-betul tepat di atas Kaabah. Fenomena ini dipanggil Istiwa A’zam (Istiwa Utama).

fenomena istiwa'
fenomena istiwa'

Tahun ini, waktu Istiwa’ akan berlaku kali pertama pada 24 Jamadil Akhir / 28 Mei 2011 pada jam 5.16 petang dan kali kedua pada 14 Sya’aban / 16 Julai 2011 pada jam 5.28 petang waktu Malaysia. Maklumat ini mengikut kiraan Unit Falak Syarie, Jabatan Mufti Negeri Kelantan. Peluang baik kepada semua untuk membuat semakan arah kiblat.

Cara menyemak arah kiblat ketika matahari berada betul-betul di atas kaabah ini ialah dengan cara melihat kepada bayang-bayang objek yang berdiri tegak 90 darjah. Tepat ketika ini juga, kalau kita pandang ke arah matahari bermakna kita sebenarnya sedang menghadap tepat ke arah kiblat. Sama-samalah kita menyemaknya pada 24 Jamadil Akhir / 28 Mei 2011 pada jam 5.16 petang nanti.

SUMBER : HALILAIBRAHIM

41 thoughts on “Matahari di Atas Kaabah Pada 28/5/2011 – Semak arah kibalt –

  1. Bee saya buh Visit counter cer tengok kat blog saya .. yang tu betul2 ke memain saje ..saya tengok ada blog buh saya pun buh jugak la.. tapi effect tak pada iklan or apa2 benda kat blog .. depa kira apa ekk org masuk blog kita ke ?? banyak lagi nie nak tanya .. simpan dulu ..

    Maaf la.. saya nie dok tengah belajar .. tak pe kot tanya kat bee .. jangan marah aaa … 🙂

  2. kalau sebut pasal semak arah kiblat ni, teringat kat arwah abah waktu dia belum sakit… akak ada email kat dia pasal cek arah kiblat then later dia tanya balik psl email tu, tp akak dah delete… huhuhuhu sedihnya…!

    nak pinjam buat entry gak

  3. Wah, baru bEe tahu ada arah kiblat begini

    Tp dah terlepas pulak. Yg bEe tahu masa 28/05/11 bEe kat Gambang ada course. Tp panasnye amat membahang. Bukan sekadar ketiak jer berpeluh. Semualah berpeluh 😉

  4. tu la pasal kak…bz je manjang..pastu induksi lagi…
    dah la nak dapat idea payah..hehe.. 🙂

    kak, “number of view” tu pakai plugin apa? puas dah cari..
    lepas tu macam mana nak buat sitemap letak kat page..x reti la..

    • number of view tu kena cari plugin number of view , try search ada punya .. untuk sitemap pulak akk ambil plugin DDSitemapGen ,
      dah ambil plugin tu aktivated patu copy code ini letak kan di page / menu dan publish 🙂

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.