Skip to content

Puanbee.com

Lifestyle , Family Blog , Review , Sewing & Tutorial

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
Menu
SEARCH APA SAHAJA DI BAWAH :

Makan dan masak steamboat di rumah ? Kenapa tidak ?

Posted on August 1, 2019August 7, 2019 by Puanbee

Assalamualaikum dan hai semua. Amacam hari ni ? Sebenarnya aku dah bosan masak. Hari-hari masak sampai tak tahu nak masak apa. Dan hidup aku ni kelam kabut sikit. Mana nak menjahit mana nak masak. Suami dan anak-anak pulak jenis makan kena makan banyak. Ha ha ha .. mak bertabah je lah. Mungkin aku masak sedap ( pujuk hati ). Jadi satu hari tu aku buntu nak masak apa. Pastu nampak sedap aje minah korea makan celup-celup dalam kuah di sebuah restoran , aku tengok youtube lah. Bukan pergi sekodeng di restoran tu. Meleleh air liur aku hahahah.

Terus aku start enjin kereta pergi pasaraya econsave beli barang. Tapi takdak seafood la. Aku beli makanan semua macam-macam dan berjenis-jenis cendawan. Sebab anak aku peminat cendawan. So modal RM68 saja. Ayam sekor suami aku beli. RM20 lah katakan. Jadi total RM88 dan guna semua barang separuh. Banyak gila makanan dengan RM88 tu. Anak-anak makan sampai mengah.

Untuk baby adam aku masak kuah sup biasa , tak pedas dan ada ayam banyak untuk dapatkan rasa sedap tu.

Untuk kami yang dah dewasa ni makan tomyam . Tomyam pun aku beli kiuv tu aje , masukkan semua 6 ketui. Masukkan aje cili potong untuk pedas lagi, tomato untuk masamkan lagi. Rebus je semua dalam periuk noxxa tu haaa.

Adoi sedap. Korang nak buat kalau tak ada periuk noxxa , rice cooker biasa tu pun boleh. Aku dulu guna periuk tu ja. Rumah kita suka ati kita lah kan.

Meja makan ada , tapi jenis kena makan di bawah jugak. Aku orang kampung tak reti sangat cara bandar. Maafkan aku hahaha.

Yang penting anak makan kenyang , dan happy..

Aku rasa kan, perempuan memang di takdirkan suka makan. Sebab dengan dia suka makan tu la datangnya idea untuk kita masak sedap-sedap bagi anak dan suami makan. Tak gitu wanita ? Setuju kan .. iya kannnnnnnn ..

So kalau bini suka makan tu kau layan je la .. kau juga untung gitu …

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Media social puanbee

Recent Posts

  • Akhirnya channel Puanbee di youtube dapat monetize March 29, 2022
  • Kejayaan Asyraf Khalid Menjadi Tontonan Ramai February 25, 2022
  • Bagaimana nasib kita peniaga di tahun 2022 ini ? February 11, 2022
  • Balik kampung sementara boleh Kampung Sungai Relong Kamunting February 6, 2022
  • Review Tapak zip / Tapak sebelah mesin industri  February 6, 2022

Puanbee

Assalamualaikum dan hai
Channel ini memaparkan tutorial menjahit , DIY , unboxing & vlog rutin harian. kehidupan sebenar seorang ibu dengan 5 anak nya dan juga 5 ekor kucing kesayangan.

Puanbee
Jom ke Ikea showroom pertama di Malaysia .. jalan-jalan cari katil idaman je je ... tapi .... lama juga cuci mata .. enjoy ..

#ikea2022 #ikeashowroom #ikeadamansara
IKEA DAMANSARA 2022 - Nak beli katil Leirvik je 😂
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLkRYX0pqWHlMeXhR
Assalamualaikum , allhamdulilah kerja lama tertangguh .. jom sulam logo menggunakan mesin singer legacy se 300 ni. Baru lepas servis mesin syok sikit nak guna dia..

#sulamlogo #mesinsulam #singerlegacyse300
Amatur guna mesin sulam singer legacy se 300 .. sikit-sikit boleh lah ..
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLjhuVmlMOEtIX3FJ
Load More... Subscribe

Recent Comments

  • Perunding Great Eastern Takaful on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • mamapp on Kek sarang semut bakar sukatan cawan , tanpa perap.
  • Puanbee on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson
  • Puanbee on Renew ssm online dengan hanya RM70 setahun
  • akubiomed on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson

Archives

Categories

24,843 spam blocked by Akismet
google rank checker
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
© 2022 Puanbee.com | Powered by Superbs Personal Blog theme