Makan ala shell out "seafood" di Melaka.

Allhamdulillah merasa maka shell out , saya sebenarnya cadang nak buat sendiri di rumah , konon-konon tunggu suami balik baru buat , tapi mana tahu suami yang berada di kejauhan pun merasa teringin nak cuba makan seafood ala-ala shell out ni. Tak pa lah kita pun … ” mata yang mengantung di sorongkan bantal , mana mungkin kita tolakshell out

Saya pergi berpandukan google maps , dari Johor singgah di Melaka kemudian singgah Port Dickson baru lah pulang ke Kuala Lumpur. Perjalanan satu hari sahaja.

Untuk cari restoran selera warisan d’ maria , anda perlu masukan data Jalan kota MITC Melaka , kemudian baru lah cari kota fesyen , restoran ini terleta di bahagian tengah , jadi kalau pusing memang susah sikit nak jumpa. Untuk orang yang jarang-jarang ke Melaka seperti saya ni memang pusing 4-5 kali juga sebelum jumpa restoran tersebut.

Alamat : 

Lokasi: Restoran Selera Warisan D’Maria
No 25, Jalan KF4, Kota Fesyen MITC
Ayer Keroh, Melaka.

Harga berpatutan : Untuk 3 set .. satu family makan cuma RM115

shell out 1

Bagi saya makanan di sini sedap dan simple je , anak-anak pun suka sangat , untuk mengelakkan pembaziran kami order 3 set sahaja , makanan rebut-rebut baru lah best!

shell out 2

Harga sangat berpatutan , anak yang paling kecil pun makan sampai habis , udang 6 ekor dia makan. hihihi … air asam boi pun sedap.

shell out 3
Orang datang silih ganti , tempat makan selesa , tak ramai orang lalu lalang , jika anak kecil dah habis makan boleh bermain-main di dataran tersebut.
p/s : Blog baru pindah hosting  , agak tak stabil lagi ..

8 thoughts on “Makan ala shell out "seafood" di Melaka.

Leave a Reply to Ani Haryani Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.