Bubur Nasi Herba Segera Faiza

Published on: May 17, 2012 @ 09:20 : Cari kelainan dalam memasak  kita cuba buat bubur nasi herba segera pulak , ye lah sejak akhir-akhir ni sibuk sangat , tapi masak tetap ko… dah pegang title mak dan surirumah ni, mana boleh tak masak.. paling bodoh-bodoh pun buat telur masak kicap , masak juga… tapi kalau agak rajin sikit boleh lah buat macam-macam jenis masakkan. Ni kes agak malas nak masak.

resepi bubur nasi herba

Keluarga saya adalah keluarga yang paling tak suka makan di luar. Ayah budak-budak ni lah yang sebenarnya tak suka , ibu ok je… boleh cuti memasak kan. Bila pergi shopping barang dapur tu , kalau ternampak apa-apa yang menarik saya mesti beli dan simpan , tunggu masa sesuai cubalah buat resepi baru ..

segera dari faiza

Bubur Nasi Herba Segera dari Faiza , eh walaupun segera tapi berkhasiat sangat , dalamnya ada lebih 6 bijirin kot dan juga kismis , memang bagus lah .. satu plastik ni boleh buat 2-3 kali , harga dalam RM4.50 je…. Tak ada perasa apa-apa , garam pun tak de , pandai-pandai lah tambah , ada rasa sup sikit dan manis masam dari kismis , kacang hijau , kacang dal , ada banyak lagi kacang , tak tengok satu-satu.

Sedap juga… tapi anak-anak ni tak berapa suka bubur nasi , memang dari kecik diorang tak suka makan bubur. Layannnnn…

40 thoughts on “Bubur Nasi Herba Segera Faiza”

  1. nak kena cari n try ni.
    kadang-kadang kat rumah, bila balik kerja dah tak tahu nak makan malam apa. malas nak makan nasi malam-malam, cepat mengantuk, tertidur depan tv lak nanti

  2. Ingat lagi tahun lepas makan bubur nie.. masa tu lepas kena serangan jantung. ok apa bubur nie.. sedap dan kenyang, tapi sekejap jer lah kan.. x apa buat lagi….

  3. errmm sedap ni…saya suka makan bubur cenggini time demam…sedap…tapi kekadang buat gak kat anak…tapi bubur guna beras biasa jer…

  4. wau,nampak macam best nie,
    bagus la tak makan luar,
    jangan bazirkan duit sangat makan kat luar,
    membebankan ekonomi kak je..
    🙂

  5. wah best nie.terbaru dipasaran ekk?tak pernah jumpa lagi bubur faiza nie.kutu pun bukan peminat bubur.sama macam anak2 bee.hoho..

    1. berapainit tk kira lak , Kena suka mcm ni .. segemgam dah cukup utk 3 org makan , air banyak .. pastu masak sampai beras hancur .. tapi beras faiza ni jenis elok sgt lama nak rebus br hancur

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.