Skip to content

Puanbee.com

Lifestyle , Family Blog , Review , Sewing & Tutorial

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
Menu
SEARCH APA SAHAJA DI BAWAH :

Apa akan jadi pada akaun facebook jika kita mati ?

Posted on October 21, 2015 by Puanbee

Apa akan jadi pada akaun facebook jika kita mati ? Pernah terfikir tak ? saya sendiri merasa takut dan gusar , walaupun rasanya gambar dalam facebook menutup aurat , jarang mengumpat tapi ye lah tetap takut. Sejak akhir-akhir ni teringat benda pelik – pelik aje .. jadi saya pun google lah. Ada satu blog tulis tentang Security Settings di facebook yang membolehkan kita , mengamanahkan facebook kita kepada kawan untuk menguruskan akaun facebook kita , atau ianya di setting supaya , selepas di beri tahu oleh seseorang bahawasanya kita telah pun meninggal dunia , facebook akan menutup akaun dan memadam gambar kita kesemuanya secara kekal.

Anda pilih nak yang mana satu , di timeline saya terdapat banyak gambar anak-anak dan bisnes emas saya. Saya ada menguruskan group kutu emas. Jadi saya pilih untuk seseorang dapat meguruskan akaun saya , tak lain dan tak bukan saya amanahkan suami sayalah ye. Sob sob … mana lah tahu… Ikutkan hati nak pilihan kedua , supaya facebook menutup akaun dan memadam semua gambar saya , tetapi takut ada hutang tak terjelas nanti. Mak kutu makan masa at least 10 bulan.

Bagaimana hendak mengaktifkan fungsi ini ?

  • Buka akaun facebook anda , pergi bahagian ikon bumi dan klik setting , anda akan nampak perkataan security sila klik disitu.

rujuk gambar : ikut step 1 , 2 dan 3

kalau apa2 terjadi

Kemudian pilih pilihan anda , rujuk gambar.

Anda nak pilihan 1 atau pilihan 2 ?

Pilihan 1 : Melantik seorang kawan untuk menguruskan akaun anda selepas seseorang memberitahu kepada facebook mengenai kita. Kawan tersebut boleh menukar gambar profile kita , pin post ke timeline kita dan menerima respond request dari sahabat baru. Tetapi tak boleh update status dan tengok PM kita.

Pilihan 2 : Selepas seseorang membuat aduan kepada facebook , facebook akan memadam semua gambar kita dan seterusnya tutup akaun kita terus.

kalau apa2 terjadi 2 PNG

Contoh Pilihan 1 :

kalau apa2 terjadi 5 PNG

Contoh Pilihan 2 :

kalau apa2 terjadi 3 PNG

kalau apa2 terjadi 4 PNG

Dengan ini , saya mengumumkan saya dah buat. Semoga kita dapat “pergi”  dengan tenang nanti. Hurmm .. mana lah tahu , banyak dosa dan fitnah yang secara tak segaja kita buat.. Manusia kan….

AJAL DAN MAUT

BETAPA kerapnya malaikat maut melihat dan merenung wajah seseorang, iaitu dalam masa 24 jam sebanyak 70 kali.. Andainya manusia sedar hakikat tersebut, nescaya dia tidak akan lalai mengingati mati. Tetapi oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan oleh Malaikat Izrail.

Justeru itu, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu bersenang-lenang dan bergelak-ketawa, seolah-olah dia tiada masalah yang perlu difikirkan dan direnungkan dalam hidupnya. Walaupun dia adalah seorang yang miskin amal kebajikan serta tidak memiliki sebarang bekalan untuk akhiratnya, dan sebaliknya banyak pula melakukan dosa.

Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

“ Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.”

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhatikan oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkaraghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

Meski pun mata manusia hanya mampu melihat benda yang nyata, tidak mungkin dapat melihat kehadiran malaikat maut itu. Namun pandangan mata hati mampu melihat alam ghaib, iaitu memandang dengan keyakinan iman dan ilmu.

Sebenarnya manusia itu sedar bahawa setiap makhluk yang hidup pasti akan mati, tetapi manusia menilai kematian dengan berbagai tanggapan. Ada yang menganggapkematian itu adalah suatu tabi’e biasa sebagai pendapat golongan athies, dan tidak kurang pula yang mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang zahir sahaja. Dia mengambil logik, bahawa banyak kematian disebabkan oleh sesuatu tragedi, seperti diakibatkan oleh peperangan, bencana alam seperti banjir, gempa bumi, kebakaran dan juga kemalangan samada diudara, laut dan daratan termasuk kemalangan jalan raya.

Selain itu, mereka juga melihat kematian disebabkan oleh serangan penyakit yang merbahaya seperti penyakit barah, sakit jantung, AIDS, demam denggi, taun dan sebagainya. Disebabkan manusia melihat kematian hanya dari sudut sebab musabab yang lumrah, maka manusia sering mengaitkan kematian itu dengan kejadian-kejadian yang tersebut di atas. Jika berlaku kematian dikalangan mereka, lantas mereka bertanya, “ sebab apa si fulan itu mati, sakitkah atau kemalangankah?”.

Tidak ramai manusia yang mengaitkan kematian itu dengan kehadiran malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, mengenal-pasti memerhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.

Sesungguhnya malaikat maut menjalankan arahan Allah SWT dengan tepat dan sempurna, dia tidak diutus hanya untuk mencabut roh orang sakit sahaja, ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Jika Allah SWT menetapkan kematian seseorang ketika berlaku kemalangan, atau ketika diserang sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut.

Namun ajal tidak mengenal orang yang sihat, ataupun orang-orang mewah yang sedang hidup rehat dibuai kesenangan. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak akan tertangguh walau sesaat.

Walau bagaimana pun, ada ketikanya Allah SWT jadikan berbagai sebab bagi satu kematian, yang demikian itu ada hikmah disebaliknya. Misalnya sakit tenat yang ditanggung berbulan-bulan oleh seseorang, ia akan menjadi rahmat bagi orang yang beriman dan sabar, kerana Allah Taala memberi peluang dan menyedarkan manusia agar dia mengingati mati, untuk itu dia akan menggunakan masa atau usia yang ada untuk berbuat sesuatu, membetulkan dan bertaubat dari dosa dan kesilapan serta memperbaiki amalan, serta menambah bekalan untuk akhirat, jangan sampai menjadi orang muflis di akhirat kelak.

Begitu juga orang yang mati mengejut disebabkan kemalangan, ia akan menjadi pengajaran dan memberi peringatan kepada orang-orang yang masih hidup supaya mereka sentiasa berwaspada dan tidak lalai dari berusaha memperbaiki diri, menambah amal kebajikan dan meninggalkan segala kejahatan. Kerana sekiranya ajal datang secara tiba-tiba pasti akan membawa sesalan yang tidak berguna.

Di kalangan orang solihin menganggap bahawa sakit yang ditimpakan kepada dirinya adalah sebagai tanda bahawa Allah SWT masih menyayanginya. Kerana betapa malangnya bagi pandangan meraka, jika Allah SWT mengambil roh dengan tiba-tiba, tanpa sebarang amaran terlebih dahulu. Seolah-olah Allah SWT sedang murka terhadap dirinya, sebab itulah Allah SWT tidak memberi amaran terlebih dahulu kepadanya. Keadaan orang itu ibarat orang yang tidak menyedari adanya bahaya di hadapannya, jika ada amaran terlebih dahulu nescaya dia akan terjerumus ke lembah bahaya itu.

Selain itu, Allah Taala menjadikan sebab-sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut, sebagaimana diriwayatkan oleh Saidina Abbas r.a dalam sebuah hadis Nabi yang panjang. Antara lain menjelaskan bahawa Izrail merasa kesedihan apabila dibebankan dengan tugas mencabut roh makhluk-makhlukbernyawa kerana di antara makhluk bernyawa itu termasuk manusia yang terdiri dari kekasih-kekasihAllah SWT iaitu para Rasul, nabi-nabi, wali-wali dan orang-orang solihin.

Selain itu juga, malaikat maut mengadu kepada tuhan betapa dirinya tidak disenangi oleh keturunan Adam a.s, dia mungkin dicemuh kerana dia ditugaskan mencabut roh manusia, yang menyebabkan orang akan berdukacita, kerana kehilangan sanak-saudara dan orang-orang yang tersayang di kalangan mereka.

Diriwayatkan bahawa Allah SWT berjanji akan menjadikan berbagai-bagai sebab kepada kematian yang akan dilalui oleh keturunan Adam a.s sehingga keturunan Adam itu akan memikirkan dan mengaitkan kematian itu dengan sebab-sebab yang dialami oleh mereka. Apabila berlakunya kematian, mereka akan berkata bahawa si anu itu mati kerana mengidap sakit, ataupun kerana mendapat kemalangan, mereka akan terlupa mengaitkan malaikat maut dengan kematian yang berlaku itu.

Ketika itu, Izrail tidak perlu bersedih kerana manusia tidak mengaitkan kematian tersebut dengan kehadiran malaikat maut, yang sememangnya diutus oleh Allah SWT pada saat malapetaka atau sakit tenat seseorang itu bertepatan dengan ajal mereka yang sememangnya telah tiba.

Namun pada hakikatnya bahawa ajal itu adalah ketetapan Allah, yang telah termaktub sejak azali lagi. Semuanya telah nyata di dalam takdir Allah, bahawa kematian pasti tiba pada saat yang ditetapkan. Izrail hanyalah tentera-tenteraAllah yang menjalankan tugas seperti yang diamanahkan kepadanya.

Walau bagaimana pun adalah menjadi hak Allah Taala untuk menentukan kematian seseorang itu samada bersebab ataupun tidak, sebagai mana yang dinyatakan pada awal tulisan ini bahawa ada ketikanya malaikat maut hendak mencabut roh seseorang, tetapi manusia yang dikunjungi malaikat maut sedang dalam keadaan seronok bergelak-ketawa, hingga malaikat maut berasa hairan terhadap manusia itu. Ini membuktikan bahawa kematian itu tidak pernah mengenal samada seseorang yang sedang sakit atau pun ketika sihat dan segar-bugar.

5 thoughts on “Apa akan jadi pada akaun facebook jika kita mati ?”

  1. JunAina says:
    October 21, 2015 at 9:31 am

    Allah…bergetar hati membaca entri ini. Insyaallah akak pun nak buat juga nanti terima kasih atas perkongsian.

    Reply
  2. Hafizul says:
    October 21, 2015 at 4:32 pm

    Terima kasih diatas peringatan ni..dah terima kasih juga kerana bagitau tips yang berguna ni..

    Reply
  3. Abang Hasan says:
    October 21, 2015 at 8:21 pm

    saya juga sempat berfikir tentang ini, namun tidak tahu bagaimana? Terima kasih banyak atas info nya sangat bermanfaat sekali

    Reply
  4. Si Cantik Matahari says:
    October 21, 2015 at 11:20 pm

    sekian lama x meninggalkan komen di mana2 blog.. thanks 4the info.. maafkan aku sahabat andai ada salah dan silap.. yang telah mengguris hati mu sahabat juga sahabat2 yg lain… halalkan semua sepanjang kita bersahabat.. akan aku buat juga setting fb tu.. Semoga Allah berikan hidayah dan petunjuk pada kita semua agar lebih mengingati mati..
    subahanallah.. Allah Maha Besar lagi Maha Mengetahui..

    Reply
  5. Ummi Hanie a.k.a. Nis Azmier says:
    October 22, 2015 at 12:11 am

    selalu terfikir hal ni….
    kena tulis username + password siap2 lengkap2 serah ke suami/kwn terdekat….
    kita org berniaga ni risau juga ada benda tak settle nauzubillah

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Media social puanbee

Recent Posts

  • Akhirnya channel Puanbee di youtube dapat monetize March 29, 2022
  • Kejayaan Asyraf Khalid Menjadi Tontonan Ramai February 25, 2022
  • Bagaimana nasib kita peniaga di tahun 2022 ini ? February 11, 2022
  • Balik kampung sementara boleh Kampung Sungai Relong Kamunting February 6, 2022
  • Review Tapak zip / Tapak sebelah mesin industri  February 6, 2022

Puanbee

Assalamualaikum dan hai
Channel ini memaparkan tutorial menjahit , DIY , unboxing & vlog rutin harian. kehidupan sebenar seorang ibu dengan 5 anak nya dan juga 5 ekor kucing kesayangan.

Puanbee
Jom ke Ikea showroom pertama di Malaysia .. jalan-jalan cari katil idaman je je ... tapi .... lama juga cuci mata .. enjoy ..

#ikea2022 #ikeashowroom #ikeadamansara
IKEA DAMANSARA 2022 - Nak beli katil Leirvik je 😂
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLkRYX0pqWHlMeXhR
Assalamualaikum , allhamdulilah kerja lama tertangguh .. jom sulam logo menggunakan mesin singer legacy se 300 ni. Baru lepas servis mesin syok sikit nak guna dia..

#sulamlogo #mesinsulam #singerlegacyse300
Amatur guna mesin sulam singer legacy se 300 .. sikit-sikit boleh lah ..
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLjhuVmlMOEtIX3FJ
Load More... Subscribe

Recent Comments

  • Perunding Great Eastern Takaful on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • mamapp on Kek sarang semut bakar sukatan cawan , tanpa perap.
  • Puanbee on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson
  • Puanbee on Renew ssm online dengan hanya RM70 setahun
  • akubiomed on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson

Archives

Categories

24,836 spam blocked by Akismet
google rank checker
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
© 2022 Puanbee.com | Powered by Superbs Personal Blog theme