Skip to content

Puanbee.com

Lifestyle , Family Blog , Review , Sewing & Tutorial

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
Menu

Aaron Aziz , Maya Karin dan Lisa Surihani Antara Pelakon Utama Ombak Rindu

Posted on April 27, 2011 by Puanbee

Hahah korang mesti ingat bee nk promot filem ombak rindu ni bukan ??? oh tidak bee tak pernah baca novelnya tapi bee terpegun tengok gambar mereka , sungguh cantik tak tahan sungguh ler tengok !..dan dan je terasa nak bergambar dengan latar belakang cam ni ..cantiknya gambar-gambar mereka 🙂

Tapi bila baca balik jalan cerita nya movie nih memang best dan bakal menyentuh perasaan , apa lagi kalau sebelum nih novel ombak rindu pun dah ada peminat fanatik lagi-lagi dalam movie , leh le meroyan sekejap penonton hee..apa-apa pun benda tak keluar lagi tak boleh puji lebih-lebih , nanti dah keluar movie baru komen , kutuk , keji ker ..hahah..korang nih !!!….

Apa-apa pun bee suka gambar depa nak simpan dalam blog nih jd koleksi …erk ada ke koleksi gambar dalam blog ? urmmm….layan je lah…

Aaron aziz dan maya karin dalam ombak rindu
Aaron aziz dan maya karin dalam ombak rindu
Aaron aziz dan maya karin dalam ombak rindu
Aaron aziz dan maya karin dalam ombak rindu
Aaron aziz dan maya karin dalam ombak rindu
Aaron aziz dan maya karin dalam ombak rindu
Aaron aziz dan maya karin dalam ombak rindu
Aaron aziz dan maya karin dalam ombak rindu
maya karin bertudung dan kaftan
maya karin bertudung dan kaftan
lisa surihani bertudung dalam ombak rindu
lisa surihani bertudung dalam ombak rindu
Maya karin bertudung
Maya karin bertudung

Filem ‘Ombak Rindu’ diterajui oleh Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani dan Bront Palarae. Filem yang menjalani penggambaran di lokasi seperti Kuala Lumpur, Kedah, Perlis dan Thailand ini telah memakan masa selama 45 hari sejak pertengahan Julai 2010.

Ombak Rindu turut dibintangi oleh Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa, Kamarul Hj Yusof dan Yap Leong Chai.

Selain menampilkan pelakon-pelakon hebat, filem ini turut dikuatkan lagi dengan alunan muzik dan lagu-lagu yang menyentuh hati. Salah satunya ialah lagu tema berjudul ‘Ombak Rinduku’, nyanyian Hafiz dan Adira. Lagu gubahan Nurzaidi ini dijangka bakal menyentap jiwa penonton yang dibuai dengan emosi dan kesedihan watak utamanya.

Ombak Rindu mengisahkan tentang dilema dan pergolakan hidup wanita bernama Izzah. Izzah lakonan Maya Karin ini mewakili kaum wanita yang tersepit, tertindas dan menjadi mangsa keadaan. Namun, Izzah juga seperti wanita lain yang ingin dicintai dan mencintai. Apakah yang terjadi dalam kehidupan Izzah, jangan lupa untuk menonton filem ‘Ombak Rindu’ yang bakal ditayangkan di pawagam tanahair tidak lama lagi.

Aaron & Maya Karin Terajui Ombak Rindu Malas copy banyak-banyak , korang sambung baca di GUA.COM

Aaron aziz dan maya karin dalam ombak rindu film
Aaron aziz dan maya karin dalam ombak rindu film

Menjadi anak yatim piatu, dilacurkan oleh bapa saudara sendiri serta berhadapan dengan pelbagai dugaan dalam kehidupan dan cinta. Itulah antara liku-liku yang terpaksa diharungi oleh insan bernama Izzah lakonan aktres jelita, Maya Karin dalam filem terbarunya, Ombak Rindu. Ombak Rindu merupakan adaptasi dari sebuah novel popular nukilan, Fauziah Ashari.

Malah, duta Innershine ini perlu menjadi Melayu sejati dan pandai mengaji Al-Quran. Justeru, bagi menguatkan lagi wataknya, Maya mengambil masa selama tiga minggu dalam mempelajari proses menjadi Izzah. Malah, Maya turut mengupah seorang Ustazah untuk mengajarnya ilmu agama.

Aaron aziz dan maya karin dalam ombak rindu film
Aaron aziz dan maya karin dalam ombak rindu film

Ini kali pertama saya bertudung untuk sesebuah watak. Jadi, saya mengambil inisiatif dengan belajar agama dengan seorang ustazah selama dua hingga tiga jam sehari. Kelas kami berlangsung selama empat hari seminggu. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya, saya dapat mendalami dan memantapkan lagi ilmu tentang agama dan budaya.

Selain inisiatif memanggil ustazah, saya juga mendalami watak Izzah dengan mendengar muzik khas yang terdiri daripada lagu-lagu tradisional Terengganu, Kelantan, dan juga lagu wayang kulit semata-mata untuk mendapatkan feel. Malah, nak masuk kereta pun saya dah pakai tudung, ujarnya yang manis bertudung ketika majlis sidang media filem ‘Ombak Rindu di Bukit Kiara baru-baru ini.

Ingin lihat sejauh mana kemelayuan Maya dalam filem terbarunya, Ombak Rindu, jangan lepaskan peluang menonton filem ini di pawagam berhampiran anda tidak lama lagi. Filem ini turut diterajui oleh Aaron Aziz, Maya Karin, Lisa Surihani, Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa, Kamarul Hj Yusof dan Yap Leong Chai.Maya Karin Dilacurkan Bapa SaudaraMalas copy banyak-banyak korang sambung baca lagi di: GUA.COM

FILEM OMBAK RINDUKebanyakkan gambar bee ambik di sini , macam biasa malas copy banyak-banyak korang boleh sambung baca di : myforum

Filem Ombak Rindu diadaptasi dari novel popular OMBAK RINDU karya Fauziah Ashari. Filem ini sedang menjalani pengambaran dalam bulan julai 2010 dan bakal menemui penonton pada awal 2011.

Berikut adalah senarai tenaga kerja serta barisan pelakonnya;

Tajuk : Ombak Rindu

Lokasi: Cameron Highland, Langkawi, Perlis, Penang, dan Kuala Lumpur.

Tarikh pengambaran: 9 Julai 2010 – 15 August 2010

Terbitan: Tarantella Pictures

Penerbit : Sharad Sharan/Renu Sharan

Pengarah: Osman Ali

Penulis Skrip: Armantono

Lakonlayar: Osman Ali

Pengarah Fotografi: Khalid Zakaria

Pengarah Seni: Khairu Akek

Pengurus Produksi: Yusneezam Yusop

Penolong Pengarah: Rizzo

Penata Busana: Andy Sulaiman

Penata Rias: Nan

Pengarah Muzik: Nurzaidi Abd Rahman

25 thoughts on “Aaron Aziz , Maya Karin dan Lisa Surihani Antara Pelakon Utama Ombak Rindu”

  1. zures says:
    April 27, 2011 at 3:21 pm

    memang cantik maya karin dan lisa ni bertudung…nampak keayuannya..

    Reply
    1. puanbee says:
      April 28, 2011 at 11:24 am

      ishh diorang memang cantik pon huaaa..kita ni tk berapa !

      Reply
  2. ArdiniHumaira says:
    April 27, 2011 at 3:21 pm

    btuah remy ishak leh blakon ngan lisa 😀

    Reply
    1. puanbee says:
      April 28, 2011 at 11:24 am

      haa kan ..eh ada remy ishak ? tk perasan lak..

      Reply
  3. Ummi Hanie says:
    April 27, 2011 at 3:43 pm

    maya bertudung n kaftan tu nmpk cntik bangat…jadi ustazah tu…mane tau dpt hidayah betul2 nanti kan…

    Reply
    1. puanbee says:
      April 28, 2011 at 11:23 am

      insyallah nis..dia belajar sungguh2 tu .

      Reply
  4. cik sakura says:
    April 27, 2011 at 4:08 pm

    pernah baca novel dia..hehe..

    Reply
  5. solomolo says:
    April 27, 2011 at 4:22 pm

    Ombak Rindu nilah novel pertama yang sy baca dan sampai ari ni masih ingat jalan cerita dia… kesian kat Izzah…

    Reply
    1. puanbee says:
      April 28, 2011 at 11:20 am

      uii akk rasa nk p cari novel nih , baru tengok kelmarin harga baru rm19 hehee

      Reply
  6. achie says:
    April 27, 2011 at 5:56 pm

    sis,suka maya karin dalam cerita cun..memang cun la..heheeee

    Reply
    1. puanbee says:
      April 28, 2011 at 11:17 am

      haa dia memang cun pun ..tak boleh di sangkal ler..

      Reply
  7. mjali says:
    April 27, 2011 at 6:54 pm

    romantik betul… teringat zaman muda2 dulu..

    Reply
    1. puanbee says:
      April 27, 2011 at 11:12 pm

      kan mengimbau kembali nostalgia ekeke

      Reply
  8. Rina AVAIL a.k.a cik betty says:
    April 27, 2011 at 7:18 pm

    penah baca novel ni laam dulu tp lupa dah..Maya dah alang² belajar ilmu agama hope bkn sekadar utk mendalami watak..ingatkan lisa heroin dia..rupanya maya

    Reply
    1. puanbee says:
      April 27, 2011 at 10:48 pm

      kan doakan maya tu berubah sekali tengok cam wardina safiyah tu best nya

      Reply
  9. puan kutu says:
    April 27, 2011 at 11:12 pm

    isk gambar last tu bkn aron aziz la,huhu..dulu time remja pernah rasanya baca novel ombak rindu nie.tp dh lupa jln ceritanya..

    Reply
    1. puanbee says:
      April 27, 2011 at 11:34 pm

      iyer ke ? haa tak namapk bantai p ler wakaka..

      Reply
  10. Pingback: Filem Ombak Rindu bakal cetus fenomena di pawagam 1 Disember ini. | LagiSensasi.com
  11. Pingback: Ost Ombak Rindu Dan Lirik | Puanbee Buai Laju-Laju
  12. harlina seth tan says:
    November 14, 2011 at 7:48 pm

    Aaron lagi tp rasanya watak ini lebih mencabar bermain ngan jiwa serta sentuhan dgn maya juga lisa.kagum dgn beliau krn bakat serta dan rendah diri serta sifat setia pada DIANA HALIK.Itu lah yang membuat Aaron aziz diminati.

    Reply
    1. puanbee says:
      November 15, 2011 at 10:48 am

      yu setuju , sifat setia tu paling org suka , misal kata aaron curang saya memang tak akan sokong dia ..

      Reply
  13. review filem ombak rindu says:
    December 3, 2011 at 6:26 am

    awat x layan lagi.. hehe.. meleleh gak tengok cerita nie.. nak nangis2 jer.. huhu.. rasa nak layan lagi.. hehe..

    best lah singgah sini.. nanti singgah blog i balik tau.. hehe..

    Reply
    1. puanbee says:
      December 3, 2011 at 9:46 am

      tak suka g pawagam hehe .. tunggu je ada kat astro ke ..

      Reply
  14. mil says:
    March 18, 2012 at 6:26 pm

    boleh saya tahu kat mane lokasi @ tempat / rumah yg izzah tinggal semasa mnjadi isteri simpanan
    aris..indah sangat la..tq

    Reply
    1. puanbee says:
      March 24, 2012 at 11:05 am

      di perlis katanya pengambarandi buat , tp tk tahu lah alamat betul tu .

      Reply

Leave a Reply to solomolo Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Media social puanbee

  • Facebook
  • Instagram
  • Mail
  • TikTok
  • Twitter
  • YouTube

Recent Posts

  • Akhirnya channel Puanbee di youtube dapat monetize March 29, 2022
  • Kejayaan Asyraf Khalid Menjadi Tontonan Ramai February 25, 2022
  • Bagaimana nasib kita peniaga di tahun 2022 ini ? February 11, 2022
  • Balik kampung sementara boleh Kampung Sungai Relong Kamunting February 6, 2022
  • Review Tapak zip / Tapak sebelah mesin industri  February 6, 2022

Puanbee

Assalamualaikum dan hai
Channel ini memaparkan tutorial menjahit , DIY , unboxing & vlog rutin harian. kehidupan sebenar seorang ibu dengan 5 anak nya dan juga 5 ekor kucing kesayangan.

Puanbee
#pantaitelukbatik  #campsitetelukbatik #telukbatik 
Walaupun nak masuk kena bayar RM3 , tapi puas hati. Pantai bersih terjaga , air jernih dan orang tak lah terlalu sesak .
Dalam perjalanan pulang ke kampung , menyelusuri jalan kampung dan singgah di sawah padi menghayati keindahan matahari terbit ciptaan Allah Taala.. Sangat indah pemandangan ini..

Lokasi : Chenderong Balai 

#chenderongbalai #matahariterbit  #sawahpadi
Load More... Subscribe

Recent Comments

  • Nurul on Cara mudah menghasilkan report/penyata aliran tunai & untung rugi bagi kegunaan semasa mengisi e-Filing LHDN.
  • Siti Nazila on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • Perunding Great Eastern Takaful on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • mamapp on Kek sarang semut bakar sukatan cawan , tanpa perap.
  • Puanbee on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson

Archives

Categories

26,336 spam blocked by Akismet
google rank checker
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
© 2022 Puanbee.com | Powered by Superbs Personal Blog theme