(THREAD SPOOL) Tiang benang tambahan untuk mesin sulaman portable MURAH

Sajalah kongsi. Bukan apa masa nak beli tiang benang ni jenuh cari perkataan yang sesuai di shoppee tu tak jumpa. Taip search tiang benang sampai bila pun tak jumpa jenis ni. Untuk mesin industri biasa tu adalah. So kalau korang nak beli taiplah THREAD SPOOL.Beli direct china murah je separuh harga dari local seller. Kalau agak nak cepat beli dari local seller je lah. TAPI POS MALAYSIA kadang-kadang sama je dengan postage dr China tu. Bukan nak kata apa lah kenyataan kan. Harga bawah RM9.00 + postage RM5.40. Okay lah kan. Cuma ….

thread spool @ tiang benang
Datang dari china guangdong

Macam mainan je rasanya , plastik tiang tu lembut kemain. Ni kalau anak usik comfirm lingkup terus. Tapi tak apa lah. Nak pujuk adik ipar tolong buatkan guna besi guna sample yang ni. Dia tukang buat grill pintu boleh kot. Kak ipor banyak idea ngeeeee…

thread spool @ tiang benang
memeningkan juga nak pasang , benda simple je pun.

Tiang tengah tu tak yakin pula nak guna , mungkin akan di adjust letak besi ke kat dalam dia. Hahahai tak boleh aku dengan barang lembik-lembik ni. Takut nak guna. Aku ni ganas sikit orang nya.

thread spool @ tiang benang
thread spool @ tiang benang

Mesin sulam singer ni masaalah dia tempat benang tu tak mahu bagi kerjasama sangat , so kena beli thread spool asing. tp tulah masaalah dia. Kalau lembik goyang-goyang , benang pun tak cantik dah hasilnya. Jadi caranya ialan kita sumbat lah apa-apa lidi di tiang tu , nanti kena tengok hasil macam mana.

bye.
stay save naaa

Leave a Comment

Comments

No comments yet. Why don’t you start the discussion?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.