Lady driver : Tukar bateri kereta

Assalamualaikum dan hai. Saya baru je update tukar pluq kereta kan dalam entri ini  . Lepas tu minggu lepas , kereta dua kali tak dapat di hidupkan. Sekali tu minta tolong adik ipar buat jumper. Sekali lagi buat jumper langsung tak jalan. Suami jauh dik non ..jenuh fikir nak hantar anak ke sekolah tak boleh. Hari sabtu terpaksa la ke kedai berjalan kaki untuk panggil uncle bengkel tu tolong tukar bateri. Lupa pula nak simpan nombor telefon.

tukar-bateri-keretaGeram juga ni , jenuh survey harga bateri kereta innova di google tapi tak jumpa satu pun. Sebab nya kalau tahu boleh lah buat perbandingan harga gitu. Ni terus je lah bayar. Terpaksa.. kereta tak boleh start dah. RM466 bateri kereta innova uols. Termasuk upah RM25 dan GST. Aje gila punya harga dah la tengah ting tong. Lepas tu pergi sesaja tanya di kedai lain. Ada yang kata RM350 pun ada . Luluh hati akak… beza banyak kot.

Lepas tukar bateri , boleh start tapi tak boleh pickup .. Arghh apa lagi masaalah kereta ni Jual kang .. Ambik kereta lembu je lah. Stress hakak  .. Tu pun masih pakai kereta semput semput tak mampu laju. Nak repair pun tunggu lah hakak settel benda lain dulu. Tak makan kang hakak..

Bulan 7 , 8 dan 9 masaalah bertimpa-timpa. Harap bulan 10 ni berbaik baiklah dengan hakak .. semoga hakak sihat mental dan fizikal ye ..

Tak boleh tidoooooooooooooooooooooooo ..

Ok bye ..

Puanbee

Lady driver in Ampang ..

 

21 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *