Tadi selepas siap jahit 1 beg periuk noxxa dan 4 keping sarung bantal , kita terus ke pejabat pos kepong. Lepas tu singgah lah di decathlon saja-saja bawa anak-anak pusing dalam tu. Tak ada ke mana pun cuti sekolah ni kan.
Nampak trampoline dan basikal senaman. Video basikal senaman tu ada di instagram @puanbee cuba punya cuba. Alahai rasa nak menabung lah beli.
![](https://www.puanbee.com/wp-content/uploads/2018/12/IMG_20181212_190233-1024x768.jpg)
![](https://www.puanbee.com/wp-content/uploads/2018/12/IMG_20181212_190253-1024x768.jpg)
Trampoline kecik ni. Harga mampu la. Boleh menabung. Tapi masaalah dia berat maximum ialah 80kg. Berat saya lebih dari tu hahaha.. tapi ok la kalau bagi anak-anak yang suka melompat tu lompat-lompat. Lagi-lagi si syamim.
Dan saya kena beli basikal excersise untuk diri sendiri nampak gayanya. Masih boleh menabung. RM600 je paling rendah harga nya . Sesuai untuk fit kan badan. Dan tambah energy.
Rasanya saya ni banyak duduk dan menjahit. Memang sesuai lah benda tu. Untuk kekalkan kecergasan.
Insyallah. Masukkan dlm wish list. Cukup-cukup lah beli mesin kan. Kesihatan kena jaga.
Azam 2019 tak mau dah lah kurus cantik. Nak sihat cergas pulak.
Hangpa bagaimana pula ?
Oh, ada limit berat. Saya memilih jump rope. 🙂
jump rope sakit kaki tangan semua .. ambik masa nak sembuh sampai demam2 le huhu