Skip to content

Puanbee.com

Lifestyle , Family Blog , Review , Sewing & Tutorial

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
Menu
SEARCH APA SAHAJA DI BAWAH :

Sahabat, bila malam Nisfu Sya'ban?

Posted on May 20, 2016 by Puanbee

Sahabat, bila malam Nisfu Sya’ban? Mudahnya macam ni; Sabtu 21/5/2016 adalah 14 Sya’ban. Ahad 22/5/2016 adalah 15 Sya’ban. Jadi malam Nisfu Sya’ban itu ialah Sabtu malam Ahad. Anda faham?Alhamdulillah, bagus. Imam Syafie mengingatkan bahawa malam Nisfu Sya’ban ini adalah antara malam dimaqbulkan doa. Jangan lepaskannya.

masjid

Saya harap masih belum terlewat untuk saya berkongsi sedikit info tentang kelebihan malam ini :

1. Allah mengampuni dosa-dosa para hamba-Nya yang memohon keampunan pada malam Nisfu Sya’ban ini.

Rasulullah s.w.t berkata: “Sesungguhnya Allah  menurunkan (para malaikat dengan perintah-Nya) pada malam nisfu Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampuni dosa² (para hamba-Nya di mana keampunan pada malam itu) lebih banyak dari bilangan bulu² yang terdapat pada kambing² peliharaan (bani) Kalb.”

Riwayat Imam Ahmad

” Bani Kalb adalah kabilah Arab yang terbesar atau yang memiliki bilangan kambing yang terbanyak. “

Sahabat, jelas sekali bahawa malam ini merupakan malam yang penuh barakah. So, apa kita nak buat jika rahmat, keampunan & bermacam-macam pemberian Allah akan bertebaran pada malam ini? Nak biarkan sahaja? Oh, insyaAllah tidak.

Amalan yang dianjurkan;

  • Bacaan Yasin 3 kali berserta doa panjang umur di dalam taat, dikurniakan rezeki yang banyak lagi halal & dikekalkan iman sampai ajal datang menjemput.
  • Zikir “Ya Allah” 1000 kali.
  • Atau APA SAHAJA amalan kebaikan yang mengikut syariat Islam seperti buat majlis ta’lim, istighfar, solat taubah, mengaji surah selain surah Yasin dll.

klik : Waktu-Waktu Doa Mustajab

** Semua amalan di atas tidak dilakukan pada zaman Rasulullah s.a.w khusus pada malam Nisfu Sya’ban ini, namun ia tetap amalan yang tidak terkeluar dari garis panduan Islam. Boleh dikiaskan seperti hukum sambutan MaulidurRasul. Ia bid’ah hasanah. Tapi ingat, ia bukan amalan yang WAJIB dilakukan pada malam ini.

————————————————————–

2. Malamnya didirikan qiamulail (Sabtu malam Ahad) & esok harinya (Ahad 15 Sya’ban = 22 Mei) berpuasa berdasarkan hadis di bawah.

Sayyidina Ali berkata bahawa Rasulullahs.a.w  bersabda: “Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada malamnya dan berpuasa pada siang harinya.“

Riwayat Imam Ibn Majah.
————————————————————–

3. Terdapat 18 golongan manusia yang tidak akan mendapat kelebihan Malam Nisfu Sya’ban ini, namun saya hanya ada 5 info sahaja.

* Sila semak kembali pada diri anda? Jika ada, maka bertaubatlah dengan taubat nasuha & mohon kemaafan dengan orang yang kita buat salah terhadapnya.

Pada malam itu Allah tidak menoleh kepada;

1. Orang yang melakukan syirik.
2. Pengadu domba (kaki batu api).
3. Pemutus silaturrahim/orang yang bermusuhan.
4. Penderhaka kedua ibu bapa.
5. Orang yang ketagih arak.

Tulisan : Diana Iman Heart 

5 thoughts on “Sahabat, bila malam Nisfu Sya'ban?”

  1. anuar says:
    May 20, 2016 at 5:54 am

    kebiasaannya dkt surau-surau ada buat bacaan Yassin 3 kali pada mlm Nisfi Syaaban..

    Reply
  2. Ani Haryani says:
    May 20, 2016 at 1:01 pm

    Ani hampir leka tentang nisfu syaaban, terima kasih perkongsian 🙂

    Reply
  3. Nurolhuda says:
    May 21, 2016 at 9:56 am

    Semoga diberi kekuatan untuk persediaan amalan menjelang Ramadhan.

    Reply
  4. Usaha bulan Puasa says:
    May 21, 2016 at 10:28 pm

    Semoga kita bisa mengambil hikmah dan bisa menghadapai bulan ramadhan tahun ini bersama keluarga tercinta

    Reply
  5. musadun says:
    May 21, 2016 at 11:11 pm

    salam nisfu syaaban. nisfu syaaban ni banyak juga disebutkan dalam hadis.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Media social puanbee

Recent Posts

  • Akhirnya channel Puanbee di youtube dapat monetize March 29, 2022
  • Kejayaan Asyraf Khalid Menjadi Tontonan Ramai February 25, 2022
  • Bagaimana nasib kita peniaga di tahun 2022 ini ? February 11, 2022
  • Balik kampung sementara boleh Kampung Sungai Relong Kamunting February 6, 2022
  • Review Tapak zip / Tapak sebelah mesin industri  February 6, 2022

Puanbee

Assalamualaikum dan hai
Channel ini memaparkan tutorial menjahit , DIY , unboxing & vlog rutin harian. kehidupan sebenar seorang ibu dengan 5 anak nya dan juga 5 ekor kucing kesayangan.

Puanbee
#MuziumTaiping #Muzium #Taiping Dalam video ni.. Kalau anda tabah tengok lah sampai habis.. anak dari yang kecil sampai lah yang tua ..memang sangat aktif ya.. Adoiyai.. Geng pak2 tenang je lepak kat luar.
VLOG KAMI DI MUZIUM TAIPING. MUZIUM MASIH TAK BERUBAH..
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLjhub0w5aFctT2x3
meriah ye.. #telukintan #nightview #opporeno7pro5g
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLmhCdURxV3ZaY3VZ
Load More... Subscribe

Recent Comments

  • Perunding Great Eastern Takaful on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • mamapp on Kek sarang semut bakar sukatan cawan , tanpa perap.
  • Puanbee on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson
  • Puanbee on Renew ssm online dengan hanya RM70 setahun
  • akubiomed on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson

Archives

Categories

25,287 spam blocked by Akismet
google rank checker
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
© 2022 Puanbee.com | Powered by Superbs Personal Blog theme