Masaalah unknown caller id

Siapa ada masaalah unknown caller id ni ? Aku mula-mula terkena mengelabah search sana sini tak jumpa pula. masaalah bermula bila aku tukar telefon , telefon pula dapat di bawah line maxis.Aku ingatkan masaalah setting , tapi bila pergi setting bahagian button tu blank , maksud kata tak boleh klik langsung lah.

Pelik bin ajaib sebab masa pakai telefon lama ok ja , aku rimas jugak la sebab nya tak tahu siapa call. Dah la aeon selalu call aku di sebabkan kakak aku buat loan letak nama aku , rimas la. Ada sekali tu anak tergelincir kaki dia sekolah , aku tak sempat angkat telefon. Bila nak call balik dah tak boleh sebab unknown caller id. Contoh di bawah.

Lepas tu aku search siang malam. Sampai lah ke satu forum luar negara. Rupanyaaaaaa .. bukan masaalah setting di telefon tapi setting di peovider line kita. Macam aku guna maxis so maxis lah yang kena buat setting tu. Ngekkk ..

Penat menggelebek telefon ni , dah rasa macam ketinggalan zaman sangat dah aku. Aku feeling macam mak aku yang tak reti guna telefon touch skrin dah. Rupa – rupanya setting dari maxis yang disable call id aku dan caller id masuk. Haihhh ..

Urut dada. So sapa ada masaalah yang sama boleh call line provider korang. Mana tahu settel.

Cau cin cauuu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.