Skip to content

Puanbee.com

Lifestyle , Family Blog , Review , Sewing & Tutorial

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
Menu
SEARCH APA SAHAJA DI BAWAH :

Khasiat yang penuh walaupun sekadar air kosong

Posted on April 3, 2015 by Puanbee

khasiat air kosong

Bukan semua orang tahu akan kepentingan air kepada manusia.Manusia mampu bertahan tanpa makanan selama 30 hari,tetapi dengan kekurangan air selama tiga hari sahaja, ia boleh membawa maut . Manusia memerlukan air kerna kebaikanya, ia amat penting bg memastikan tubuh seseorang itu dapat berfungsi dgn baik . Jangan hanya minum kerana dahaga,amalkan meminum air kosong selalu kerana anda akan dapat melihat hasilnya dalam masa beberapa bulan. Bukan sahaja tubuh lebih bertenaga,bahkan kesihatan anda juga terjamin.

Pentingnya air. .

  1. Air amat penting untuk tubuh kerana tekanan darah akan lebih terpelihara dan jantung befungsi secara berkesan.
  2. Air berfungsi untuk membawa keluar semua toksin yang ada dalam tubuh manusia.
  3. Air baik untuk sendi.
  4. Manusia memerlukan paling kurang tiga liter air setiap hari.
  5. Minum air dalam kuantiti yang banyak tidak membawa kesan yang buruk kepada kesihatan manusia.
  6. Amalan meminum air akan membawa keluar segala kekotoran dalam tubuh manusia.
  7. Air kosong amat menyihatkan kerana tidak mengandungi kalori,gula,atau lemak.
  8. Minum banyak air dapat menyembuhkan penyakit yang berkaitan dengan ginjal.

Sihatnya ! Berdiet dengan air

  1. Bagi anda yang sedang berdiet, meminum air kosong adalah lebih baik berbanding pengambilan minuman untuk menguruskan badan atau minuman rendah kalori yang terdapat di pasaran
  2. Minumlah dua atau tiga gelas air hangat sebelum makan kerana ia akan mengenyangkan perut,sekaligus membantu anda mengurangkan pengambilan makanan.
  3. Minumlah lapan gelas air kosong dalam sehari bagi memastikan anda sentiasa sihat dan bertenaga.
  4.  Air kosong yang paling baik adalah air yang tidak terlalu panas atau tidak terlalu sejuk.
  5. Menurut kajian yang dijalankan,ramai orang yang mahu sihat tetapi tidak mengamalkan meminum air kosong malah lebih rajin mengambil minuman seperti kopi,teh dan minuman berkarbonat.
  6. Tahukah anda,minuman ringan atau bergula tidak dapat menandingi khasiat yang terdapat didalam air kosong?
  7. Sari buah-buahan juga tidak mampu membersihkan kotoran dalam badan anda sehebat air kosong. .

Sumber : Majalah info sihat

62 thoughts on “Khasiat yang penuh walaupun sekadar air kosong”

  1. Amy Syaquena says:
    September 27, 2010 at 8:48 am

    salam

    amy singgah baca entry sambil follow, jemput ke sinar raudah ye n follow me too, sekiranya anda follower yang ke 499 or 500 tlg savekan untuk amy ye.amy akan buat entry untuk anda..

    mekaseh…

    Reply
  2. Ummi Hanie says:
    May 9, 2011 at 10:10 pm

    yezza…air masak sgt bagus utk kesihatan…..
    tgh ‘kaunseling’ encik hasben minum ayor masak bbyk le ni..trmasuk dri sndiri :p

    Reply
    1. puanbee says:
      May 12, 2011 at 10:34 am

      bee kaunseling si kakak nih liat bebenor dia nk minum air kosong tu..

      Reply
  3. ohcikgu says:
    May 10, 2011 at 4:47 am

    Betul. minum lebih banyak air kosong. 🙂

    Reply
  4. bEe says:
    May 10, 2011 at 12:21 pm

    Yg pasti pas bEe minum air suam bEe akan melabur….. hehehehhe (membuang toksin tu tau!)
    Baik kalau minum masa pas barrrrruuuuuuuuu bgn tido & lum berus gigi 🙂

    Reply
    1. puanbee says:
      May 12, 2011 at 3:17 pm

      best lah jd bee , akk susah sikit nk melabut tu …

      Reply
  5. Hisyam says:
    May 10, 2011 at 2:09 pm

    Wah banyak betul khasiatnya. Mintak share boleh puan bee? saya pun tengah kering idea nak tulis entri. hehehe.

    Reply
    1. puanbee says:
      May 12, 2011 at 3:28 pm

      boleh jer share… 🙂

      Reply
  6. kakyong says:
    May 10, 2011 at 4:01 pm

    Bee..
    setuju dgn smua fakta nih…
    anak2 kakyong lebih suka air kosong dr air manis..

    Reply
    1. puanbee says:
      May 12, 2011 at 3:34 pm

      anak bee 2 org je sikakak tu jenuh paksa minum air kosong ..

      Reply
  7. mrs.yie says:
    May 10, 2011 at 10:34 pm

    air kosong memang berkhasiat dan salah satu khasiatnya adalah pada gigi..gigi jadi putih bila selalu minum air kosong pada waktu pagi tanpa menggosok gigi terlebih dulu 🙂

    Reply
    1. puanbee says:
      May 12, 2011 at 9:35 am

      oh patut gigi kak mimi putih melepak hikhik

      Reply
  8. ellen says:
    May 11, 2011 at 8:54 am

    air ni memang banyak yang baik kan bee..ellen suka minum air tapi mesti air ngan ais..ada kesan ker..hhehe

    Reply
    1. puanbee says:
      May 12, 2011 at 9:14 am

      ais tk elok tuk badan huhu elok air suam2 jer

      Reply
  9. sam winchester says:
    November 16, 2011 at 5:51 pm

    kalau air meneral mcmmana,diketorgeri air kosong gak ke….aku 1 hari 2botol besar air meneral…

    Reply
    1. puanbee says:
      November 16, 2011 at 8:21 pm

      sama je air mineral dan air kosong tu , janji tk bergula berusus dan berakohol

      Reply
  10. titan says:
    November 17, 2011 at 8:06 am

    tanpa air kosong, siapalah kita..

    Reply
    1. puanbee says:
      November 17, 2011 at 11:35 am

      ya slogan paling baik 🙂

      Reply
  11. ainnoraini says:
    November 17, 2011 at 8:41 am

    mmg tak dinafikan minum air kosong ni..baik untuk kesihatan…
    mmg dah amalkan minum air kosong ni sekurang2nye 3 liter..tapi tu laaa..tak larat nak gi toilet jer..letih la pulak..
    tq dengan info ni…

    Reply
    1. puanbee says:
      November 17, 2011 at 11:11 am

      sama lah rasa letih bila asyik ke toilet nih ..

      Reply
  12. Jamal says:
    November 17, 2011 at 9:04 am

    Assalamualaikum,
    Lama dah Jamal tak singgah sini..Thanks untuk perkongsian ini..memang amatlah berguna..kalau tak cukup minum air nanti boleh rosak buah pinggang..

    Reply
    1. puanbee says:
      November 17, 2011 at 11:06 am

      waalaikumusalam ,
      terima kasih singgah walo lama2 sekali , tk pe ..

      Reply
  13. Norizwan says:
    November 17, 2011 at 9:14 am

    saya minum air mineral seminggu, pagi tghari malam…kecuali hujung minggu jer…minum manis…huhu…sebab saya jogging hujung minggu huhu…

    Reply
    1. puanbee says:
      November 17, 2011 at 11:03 am

      laa mcm tu pulak hikhik , sekarang ni jogging pepetang asyik hujan je duk rumah je , adeih ..

      Reply
  14. ummiross says:
    November 17, 2011 at 9:46 am

    Info sihat dan info terbaik ni bee…

    Reply
  15. UpProfits says:
    November 17, 2011 at 11:06 am

    Owh..maybe ramai yg igt minum Teh O, Kopi O dan lain2 O tuh sama jer ngan air kosong sbb ada 0 kat blkg..hahaha..minum air kosg mmg byk khasiatnya tmbhn lg biler disertakan dgn doa.. 😉

    Reply
    1. puanbee says:
      November 17, 2011 at 11:26 am

      wahaah eiz , lawak ko eh ..
      ye memang kena baca doa , paling pendek pun bismillah

      Reply
  16. syamila says:
    November 17, 2011 at 11:53 am

    antara byk2 air…air masak paling best..lagi2 air suam…. for me la…he3

    Reply
    1. puanbee says:
      November 17, 2011 at 1:12 pm

      saya suka air masak sejuk suam kureng sikit .. hehe

      Reply
  17. Lovehijau says:
    November 17, 2011 at 2:58 pm

    Air kosong memang baik diamalkan, kata pakar kesihatan kena minum sekurangnya 8 gelas, betul ke ?

    Reply
    1. puanbee says:
      November 17, 2011 at 7:39 pm

      betul lah sehari ye ..dalam 24 jam .. rasa sy lebih kot

      Reply
  18. maya_mustwany says:
    November 17, 2011 at 5:08 pm

    betul2..dulu masa kecik mas suka minum air sejuk.tapi dah bertahun2 gak mas dah minum air suam,kulit makin ok,makin sihat.mas kalau minum air sejuk just makan pedas sangat2 or dahaga panas sangat.kalau saje-saje je minum,tekak sakit.

    Reply
    1. puanbee says:
      November 17, 2011 at 7:37 pm

      air sejuk maksudnya air peti tu ke ? akk suka air masak dengan suhu bilik , bukan sejuk dr peti tu , air suam pun tk bape lah rasa tk puas je ..

      Reply
  19. apaajanews says:
    November 17, 2011 at 6:25 pm

    memang betul tu bee…air kosong tu bagus,,,,tapi teman ni selalu bane banyakkan minum kopi o kaw

    Reply
    1. puanbee says:
      November 17, 2011 at 7:36 pm

      kenapa pulak ? minum juga air kosong utk kecergasan yer..

      Reply
  20. wowberita says:
    November 17, 2011 at 7:27 pm

    klu white coffee ngan milo tu harus 3 liter duk kt opis….haha…

    Reply
    1. puanbee says:
      November 17, 2011 at 7:35 pm

      uii tk bagus ni , bahaya ..

      Reply
      1. wowberita says:
        November 17, 2011 at 10:30 pm

        hehe…tu je yg plg best kak opis…leh ilang ngntuk…

        Reply
        1. puanbee says:
          November 17, 2011 at 11:13 pm

          iyer ke hilang mengantuk ? akk kalau ngantuk minum air kosong baru hilang ,,

          Reply
          1. wowberita says:
            November 17, 2011 at 11:51 pm

            bleh je…tp efek kjp je la….hehe…

          2. puanbee says:
            November 18, 2011 at 7:43 am

            haa kena ler belajar kurangkan bahaya tu

  21. riffzam says:
    November 17, 2011 at 9:09 pm

    betul-betul.khasiatnya banyak walaupun warnanya tak menarik minat utk minum. 🙂

    Reply
    1. puanbee says:
      November 18, 2011 at 7:45 am

      iyer tapi tertarik jugak bila dahaga 🙂

      Reply
  22. Fazreen says:
    November 17, 2011 at 11:17 pm

    fav minuman sejak kecil. Then susu. tak ada dua ni sehari rasa tak lengkap hidup

    Reply
    1. puanbee says:
      November 18, 2011 at 7:45 am

      akk tk minum susu tak bape kisah sgt

      Reply
  23. bardboo says:
    November 17, 2011 at 11:54 pm

    kalau tak ada air, matilah kita..huhu..

    Reply
    1. puanbee says:
      November 18, 2011 at 7:42 am

      ye 3 hari je boleh bertahan tanpa air

      Reply
  24. ayu jamal says:
    November 18, 2011 at 8:44 am

    air masak x sedap..he he
    tapi yang tak sedap tu la banyak khasiat kan..

    Reply
    1. puanbee says:
      November 18, 2011 at 9:16 am

      iyer ayu haha .. minum ikut sukatan , supaya lebih sihat ..

      Reply
  25. puan kutu says:
    November 18, 2011 at 11:08 pm

    yeh kami sekeluarga sgt sukakan air masak!

    Reply
  26. Pingback: Tips Ubati Bibir Pecah Dan Penyebab Bibir Pecah-Pecah
  27. Pingback: Lelaki kacak nak lagi kacak | Puanbee Blog
  28. Pingback: [Review] : Bagaimana Hilangkan Jerawat | PuanbeeDotCom
  29. Pingback: Lakukan Terapi Air Untuk Menguatkan Sistem Petahanan Tubuh Melawan Penyakit. — Puanbee & Lifestyle
  30. ning says:
    September 29, 2012 at 5:43 pm

    terimakasih ats info d atas..sebelum ini saya hanya minum air kurang dari 3gelas..kini saya akan amalkan minum airkosong demi kesihatan saya..

    Reply
  31. Pingback: Manfaat air pada tubuh badan manusia | Puanbee.com
  32. Pingback: Lactolite - Ubat Sembelit , Kempiskan Perut & Buang Toksin | Puanbee.com | Diari Ibunda
  33. Niza Yusof says:
    April 4, 2015 at 12:18 am

    air kosong terbaik… lebih2 lagi waktu cuaca panas..hilang dahaga bila dapat air kosong..

    Reply
  34. Muliani says:
    April 4, 2015 at 8:57 am

    Wah post yg sgt brmakna dlm khidupan. Bolehlah amalkan nnti hehe tq

    Reply
  35. ihsan says:
    April 5, 2015 at 10:30 pm

    Info yang sangat menarik untuk diamalkan. Tidak diragukan lagi fungsi air sangat bagus untuk kesehatan terutama kulit….

    Reply
  36. Farina Al-Khareid says:
    April 15, 2015 at 12:01 pm

    Terbaikk!!! ramai x tahu kelebihan air kosong ni… mak selalu pesan ,,minum air kosong sekurang-kurangnya 8 gelas sehari,,,
    Admin ni dah mcm mak saya,,, 🙂

    Reply
  37. Aju atelier says:
    April 18, 2015 at 9:50 am

    tubuh kita memerlukan air sebanyak 3 liter setiap hari. nie adalah untuk mencegah badan dari terhidrat. dengan cuaca sekarang yang tidak menentu, badan kita memerlukan banyak air putih dan bukannya air manis. Air manis akan membuatkan badan semakin keletihan dan kehilangan tenaga. Untuk lebih bertenaga dan menghindari badan dari terhidrat, anda digalakan untuk minum air putih dicampur dengan air serbuk oren yang sangat sedap. Ianya membekalkan badan dengan tenaga dan membuatkan badan tidak kehilangan bendalir ion.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Media social puanbee

Recent Posts

  • Akhirnya channel Puanbee di youtube dapat monetize March 29, 2022
  • Kejayaan Asyraf Khalid Menjadi Tontonan Ramai February 25, 2022
  • Bagaimana nasib kita peniaga di tahun 2022 ini ? February 11, 2022
  • Balik kampung sementara boleh Kampung Sungai Relong Kamunting February 6, 2022
  • Review Tapak zip / Tapak sebelah mesin industri  February 6, 2022

Puanbee

Assalamualaikum dan hai
Channel ini memaparkan tutorial menjahit , DIY , unboxing & vlog rutin harian. kehidupan sebenar seorang ibu dengan 5 anak nya dan juga 5 ekor kucing kesayangan.

Puanbee
meriah ye.. #telukintan #nightview #opporeno7pro5g
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLmhCdURxV3ZaY3VZ
Jom ke Ikea showroom pertama di Malaysia .. jalan-jalan cari katil idaman je je ... tapi .... lama juga cuci mata .. enjoy ..

#ikea2022 #ikeashowroom #ikeadamansara
IKEA DAMANSARA 2022 - Nak beli katil Leirvik je 😂
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLkRYX0pqWHlMeXhR
Load More... Subscribe

Recent Comments

  • Perunding Great Eastern Takaful on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • mamapp on Kek sarang semut bakar sukatan cawan , tanpa perap.
  • Puanbee on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson
  • Puanbee on Renew ssm online dengan hanya RM70 setahun
  • akubiomed on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson

Archives

Categories

24,866 spam blocked by Akismet
google rank checker
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
© 2022 Puanbee.com | Powered by Superbs Personal Blog theme