Dalam kita meniti kehidupan seharian, ada kalanya kita bersedih . Sedih adalah sifat manusia . Sedih adalah sifat semula jadi yang dicipta Allah SWT. Mustahil ada manusia tidak pernah bersedih,sedih suka duka bahagia derita adalah merupakan sunnatullah dlm kehidupan ini. .bukankah Allah mencipta tiap sesuatu itu bepasang-pasangan ?
Sedih lawannya gembira, ataupun sedih pasanganya adalah gembira. Derita pasanganya adalah suka , bahagia. . maka adakalanya kita merasa sedih dan itu adalah sifat semulajadi manusia, hilang pertimbangan dan sebagainya. .sedih tidak boleh membawa kita kepada kehancuran. .Bagaimana kita menjadikan sedih untuk menghambakan diri kita kepada ALLAH SWT.?
Suatu ketika seorang sahabat sedang bersedih. lantas Rasullulah saw Bertemu dan bertanya kepadanya : ” wahai sahabat, mengapa kamu bersedih?”
lantas sahabat tadi menjawab : “Ya Rasullullah,aku bersedih kerana beban kehidupan yang terlalu berat di atas pundakku.”
“Apa dia?” kata Rasulullah.
“Hutang yang membelenggu diriku dan kesedihan yang mengikat sanubariku.”
lantas baginda saw bertanya : “Apakah kau ingin aku ajarkan satu doa,satu amalan,yang jika kau amalkan nescaya segala kesedihan,segala kedukaanmu,akan diangkat oleh Allah SWT, akan dipulihkan, akan di ganti dgn kegembiraan dan kebahagiaan?“
“Balaa ya Rasulullah.Sebutlah apakah doa,apakah amalan itu ya Rasulullah.”
Lantas baginda mengajarkan sepotong doa.
“Wahai sahabatku, jika kamu amalkan doa ini setiap pagi dan setiap petang, insya Allah sebanyak manapun hutangmu,akan dilunaskan Allah SWT; Setebal manapun kedukaanmu,akan dilenyapkan oleh ALLAH SWT”
doanya adalah :
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu daripada sifat sedih dan dukacita.Aku berlindung kepada-Mu ya Allah,dari sifat lemah dan malas.Dan aku berlindung kepada-Mu ya Allah ,dari sifat penakut dan bakhil.Dan aku berlindung kepada-Mu ya Allah, daripada beban hutang dan tekanan perasaan (oleh orang lain)“
saya bukan lah baik sangat. .tapi inilah amalan saya . . . .
Buat korang2 yang tengah besedih selepas putus cinta. .tesilap langkah. .banyak hutang . .boleh la amalkan ini. .semoga kita teselamat dari hasutan syaitan.
btol tu..aku pun harap lop tak kan sedih2 lagi..jaga kesihatan diri..penting kan dri dan mama yg utama..yg lain ketepikan dlu..cayokkk cayokkk love u ouls..
Itu lah,risau aku tengok budak toh.
Emm entri ni boleh membantu bila aku sedih ni…huhu
Tapi sayang tak boleh nak tweet..puanbee buat la icon tweet..senang nk tweet nanti bila2 senang nak cari…hehehe
nak buat le ni .. tp belum lg ingat nak main edit css je , malas pakai plugin
Emm menarik jer bunyi nye..mengiurkan pun ada..nanti ajar sy pulak yer…tak pun buat kursus..hehe..ok???
hahah dah buat dengan sendiri nya , ikut tutorial dr blog kawan2, kalau nak twitt je ye
Subhanallah,, info yang berguna,, nice sharing,, dengan sekali doa disediakan,,
ilmu sudah ada,,, sekarang masa nk amalkan je,, Tq admin,,
harap kita semua sentiasa bergembira,,, goodluck ..