Skip to content

Puanbee.com

Lifestyle , Family Blog , Review , Sewing & Tutorial

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
Menu
SEARCH APA SAHAJA DI BAWAH :

Cerita Raya 2016 Kami

Posted on July 22, 2016 by Puanbee

Allhamdulillah di beri nikmat beraya dalam keadaan sihat. Saya tunggu keajaiban sebenarnya , mana lah tahu misteri akan terungkai tahun ini dan pada raya kali ini , tetapi tidak terungkai juga. Jadi jauh di lubuk hati masih berharap misteri itu terungkai sebelum saya sendiri menghembuskan nafas terakhir. Hanya orang yang tahu je akan faham maksud mukadimah ini. Pada hari ke 29 kita berpuasa , tokwan saya meninggal dunia. Jadi kurang sikit meriah raya ini. Semua adik beradik yang telah bekerluarga balik. Allhamdulillah. Walaupun ada sedikit kekecohan, biasalah .. anak joma kalau tak kecoh sikit bukan anak joma la … Tetapi tetap , semua berkumpul dan layan kehendak mak nak beraya di mana dan kemana. Yang penting tu .. MAK.

Susah ni nak ingat balik. Raya pertama pergi mana ekkkk .. huwaghh pecah kepala fikir. Rasanya .. raya pertama suami pergi melawat kubur arwah ayah nya dulu. Waktu pagi , waktu bersalam salaman dan makan ketupat rendang. Kemudian kami  beramai-ramai konvoi ke Bagan serai , melawat pakjang. Kemudian kami ke .. ah .. lost .. tak ingat langsung raya pertama ke mana .. hihihiihi .. ampun. Malam tu ada lah pergi beraya rumah makngah yang telah kehilangan pakngan beberapa bulan lepas. lepas tu memang tak ingat dah buat apa pada hari raya pertama tu.

raya 1

Satu family kami. Semua tema hitam. Kelam kabut pilih warna .. dan tempah secara online dengan kawan di johor. Saya di Kuala lumpur , kawan di Johor.. semua cantik terletak .. allhamdulillah.

raya 2 Ni semua adik beradik … 2 lelaki .. yang lain 5 lagi perempuan. Mulut bising tak yah habaq la .. kecohhhh ..  6 beradik 1 ayah , 1 beradik lain ayah tapi semua ni satu mak. Ada lagi 2 orang kakak satu ayah tapi lain mak takda dalam gambar . Seorang dah meninggal dunia. Seorang lagi dia beraya di rumahnya sendiri.

raya 3

Ayah dengan anak ni kalau jumpa memang tak berenggang … Walaupun hakikatnya ayah hanya jaga dia kejap kejap je.. Ibu happy tengok. Nasib baik la anak semua sporting dan memahami.

raya 4

Ini opah dan atuk bergambar dengan cucu – cucu .. ada lagi yang tak balik .. seorang cucu lagi.. dia memang dari kecik duduk dengan opah sebelah mak nye .. tak nak balik.. apa boleh buat.

Raya ke – 2 , kami melawat sedara mara di selama perak. Ramai sedara di sana. Ada yang dah uzur , sakit … pakdak sakit terlentang di jaga oleh nenek. Tetapi .. hari ini pada saat saya tulis cerita ini pakdak dah pun kembali ke rahmatullah. Ada juga yang hendak buat kenduri , tapi kami tak dapat pergi pada hari kenduri maka pergi lah pada raya kedua tu. Melawat sambil beri apa yang patut sikit sikit. Rasanya hampir 10 biji rumah kami melawat pada hari tu. Balik pula singgah di rumah kawan adik. Memang sampai rumah dalam 11 malam macam tu.

raya 5

Gambar atas ni dah raya ke 4 kot. Raya ke 3 kami melawat sedara sebelah ayah pula. Sedara yang dah uzur dahulu. Yang muda-muda nanti je lah kita melawat. Konsep nya macam tu lah. Adik beradik ramai dan semua dekat dekat. Tak boleh dan tak sempat nak pergi semua tempat. Masa pula pendek sangat. Masa kami beraya sebelah ayah , keluarga dah berpecah .. mak beraya sebelah peneng dengan adik dan abang .. eh ramai sangat kami berpecah lah bagi ramai sikit kata kami ingat depa. Hihi apa daa …

raya 6

Ini saya bergambar dengan cucu , rumit sikit kisah keluarga ni. Cucu ini anak kepada anak sedara saya. Anak sedara tu anak kepada kakak yang satu ayah tapi mak lain. Kalau tengok di gambar atas  , ada abang satu mak tapi ayah lain. Dan ayah yang sama dengan kakak dengan ayah yang sama dengan abang takde. Tu dalam gambar ayah paling latest. Eh rumit tak ? korang tak payah faham kan. Tapi yang faham ..sebab mereka ni dari keturunan ayah saya maka memang pertalian darah tu kuat lah kan. Erm … dah ada cucu hokey… tua dah maklang.

Minta maaf la , nak simpan je gambar raya sekeping dua di sini .. manalah tahu saya pendek umur boleh anak anak buat kenangan. Cerita memang tak berapa ingat. Lain kali kena tulis dalam buku ala-ala jurnal kot. Asyik lupa ja .. banyak makan semut.

Ok lah .. selamat hari raya semua.

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Media social puanbee

Recent Posts

  • Akhirnya channel Puanbee di youtube dapat monetize March 29, 2022
  • Kejayaan Asyraf Khalid Menjadi Tontonan Ramai February 25, 2022
  • Bagaimana nasib kita peniaga di tahun 2022 ini ? February 11, 2022
  • Balik kampung sementara boleh Kampung Sungai Relong Kamunting February 6, 2022
  • Review Tapak zip / Tapak sebelah mesin industri  February 6, 2022

Puanbee

Assalamualaikum dan hai
Channel ini memaparkan tutorial menjahit , DIY , unboxing & vlog rutin harian. kehidupan sebenar seorang ibu dengan 5 anak nya dan juga 5 ekor kucing kesayangan.

Puanbee
Jom ke Ikea showroom pertama di Malaysia .. jalan-jalan cari katil idaman je je ... tapi .... lama juga cuci mata .. enjoy ..

#ikea2022 #ikeashowroom #ikeadamansara
IKEA DAMANSARA 2022 - Nak beli katil Leirvik je 😂
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLkRYX0pqWHlMeXhR
Assalamualaikum , allhamdulilah kerja lama tertangguh .. jom sulam logo menggunakan mesin singer legacy se 300 ni. Baru lepas servis mesin syok sikit nak guna dia..

#sulamlogo #mesinsulam #singerlegacyse300
Amatur guna mesin sulam singer legacy se 300 .. sikit-sikit boleh lah ..
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLjhuVmlMOEtIX3FJ
Load More... Subscribe

Recent Comments

  • Perunding Great Eastern Takaful on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • mamapp on Kek sarang semut bakar sukatan cawan , tanpa perap.
  • Puanbee on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson
  • Puanbee on Renew ssm online dengan hanya RM70 setahun
  • akubiomed on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson

Archives

Categories

24,856 spam blocked by Akismet
google rank checker
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
© 2022 Puanbee.com | Powered by Superbs Personal Blog theme