Skip to content

Puanbee.com

Lifestyle , Family Blog , Review , Sewing & Tutorial

Menu
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
Menu
SEARCH APA SAHAJA DI BAWAH :

Bakal hadir nombor 5

Posted on July 24, 2017 by Puanbee

Sebenarnya .. tak tahu nak ceritakan atau nak khabarkan bagaimana ..  gembira tetapi dalam masa yang sama aku tak bersedia langsung nak mengandung sembilan bulan sepuluh hari sekali lagi. Tak bersedia nak melalui situasi megandung tanpa suami disisi. Ianya amat menyedihkan. Walaupun nampak macam okay sahaja. Jauh di sudut hati aku selalu rasa sedih bila suami tak ada di saat – saat memerlukan.

Aku sebelum ni dah bertekad kalau nak mengandung pun biarlah suami dah balik kerja dekat-dekat. Tapi dah di takdirkan ” terlekat ”  pula. Syamim pun dah putus susu ibu setahun lebih. Hurmmm .. kelat rasa hati aku ni. Alahai ..

Dari kiri : Husna , syamim , laila dan aliya

Tapi fikir pula la sudt positif nya. Beranak ramai-ramai masa muda , badan tengah kuat bagus orang kata. Anak-anak yang lain dah besar , tak apa dah .. orang kata lagi. Aku sebanarnya tak pernah plan pun nak anak ramai.
Aku ?
Hrmm entah la .. dari raya memang mood kurang sikit nak buat apa pun , raya pun sikit-sikit je .. tak berminat. Lepas balik ke kl semula moody memanjang. Aku siap bergaduh dengan suami sampai tak tegur 2 minggu. Siap suruh dia ceraikan aku lagi. Punca nya memang sikit dan tak masuk akal. Aku tak nak keluar dari rumah. Nasib lah anak-anak pergi sekolah dekat je jalan kaki. Dan kalau perlu hantar laila pun , aliya boleh hantarkan. Kereta pancit selepas suami balik johor 2 minggu juga aku tk bawa ke bengkel untuk ganti tayar. Bayangkan ..
Kepala pening ja ..selera makan tak ada langsung .. aku telan panadol active fast tu sepapan sehari. Boleh pula suka makan nenas muda cicah sambal kicap. Sebiji sekali makan boleh habis. Tak ada sambal kicap , garam pun layan.
Lama-lama jadi pelik .. aku tunggu ja la tarikh period tu datang. Rupanya tak datang juga. Terus lah pergi check .. rupanya positif sudah.. bukan apa kena check cepat sebab memang banyak sangat telan panadol tu. Pelik .. mesin jahit pun tak sentuh. Fb tak update kerap macam biasa. Tu paling pelik la.
Ni baru awal trimester kehamilan. Tak sanggup fikir yang akan datang sebab biasanya memang agak meletihkan lah. Suami ku ok ja .. rezeki katanya.
Doakan je lah semoga kali ini di permudahkan semuanya.  Dah tahu awal ni siksa sikit la nak tunggu beranak tu kan. Masa mengandungkan syamim dulu dia dah 4 bulan dalam perut baru tahu. So sekejap je rasa mengandung tu. Hihihi ..
Buku pink belum buat . Baru pindah sini ..jalan pun tak tahu sangat .. huwarghhhh … nanti la buat ..tunggu mood stabil kembali. Nak bercuti laaa .. mandi  laut ke …

7 thoughts on “Bakal hadir nombor 5”

  1. Wan Syahida says:
    July 24, 2017 at 11:52 pm

    Tak apa. Tu rezeki Allah nak bagi. Semoga bertenang dan bahagia menikmati kehamilan kelima 🙂

    Reply
  2. ajumohit says:
    July 25, 2017 at 10:52 am

    Faham sangat perasaan awak bee, saya lahirkan anak ke 5 masa anak ke 4 tu setahun 5 bulan, memula stress juga tp bila dah lahir dan kita habis pantang, seronok pula ada si bayi pengubat hati, bezanya awak perlu lebih kuat mental fizikal kerana suami jauh, apapun ingat rezeki ini terbaik yang Allah beri utk kita

    Reply
  3. Gum Arabic Al-Manna says:
    July 25, 2017 at 12:19 pm

    Insya-Allah bertambah meriah rezeki nanti.

    Reply
  4. syamila says:
    July 25, 2017 at 3:28 pm

    tahniah bee…anak itu rezeki. Banyak bersabar yea. 😉

    Reply
  5. Yati says:
    July 25, 2017 at 3:31 pm

    Tahniah, Puan Bee. Semoga dipermudahkan segala-galanya.
    Lama saya tak singgah sini. 🙂

    Reply
    1. puanbee says:
      July 26, 2017 at 7:52 am

      Terima kasih ..saya pun jarang update

      Reply
  6. Mazni Azmi says:
    July 26, 2017 at 10:14 am

    Assalamualaikum Wrmbth
    Selamat pagi rabu puan bee
    Alhamdulillah. Tahniah ya. Dah makin besar keluarga
    semoga Allah swt cukupkan keperluan keluarga dan anak anak puan bee ya

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Media social puanbee

Recent Posts

  • Akhirnya channel Puanbee di youtube dapat monetize March 29, 2022
  • Kejayaan Asyraf Khalid Menjadi Tontonan Ramai February 25, 2022
  • Bagaimana nasib kita peniaga di tahun 2022 ini ? February 11, 2022
  • Balik kampung sementara boleh Kampung Sungai Relong Kamunting February 6, 2022
  • Review Tapak zip / Tapak sebelah mesin industri  February 6, 2022

Puanbee

Assalamualaikum dan hai
Channel ini memaparkan tutorial menjahit , DIY , unboxing & vlog rutin harian. kehidupan sebenar seorang ibu dengan 5 anak nya dan juga 5 ekor kucing kesayangan.

Puanbee
Jom ke Ikea showroom pertama di Malaysia .. jalan-jalan cari katil idaman je je ... tapi .... lama juga cuci mata .. enjoy ..

#ikea2022 #ikeashowroom #ikeadamansara
IKEA DAMANSARA 2022 - Nak beli katil Leirvik je 😂
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLkRYX0pqWHlMeXhR
Assalamualaikum , allhamdulilah kerja lama tertangguh .. jom sulam logo menggunakan mesin singer legacy se 300 ni. Baru lepas servis mesin syok sikit nak guna dia..

#sulamlogo #mesinsulam #singerlegacyse300
Amatur guna mesin sulam singer legacy se 300 .. sikit-sikit boleh lah ..
YouTube Video VVVQT003Vmd5c0dTV21mQTJrRkhRMTFnLjhuVmlMOEtIX3FJ
Load More... Subscribe

Recent Comments

  • Perunding Great Eastern Takaful on Cara cancel booking hotel di Agoda.com
  • mamapp on Kek sarang semut bakar sukatan cawan , tanpa perap.
  • Puanbee on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson
  • Puanbee on Renew ssm online dengan hanya RM70 setahun
  • akubiomed on Vitamin C 1000mg plus zinz 10mg cap watson

Archives

Categories

24,759 spam blocked by Akismet
google rank checker
  • Home
  • Privacy Policy
    • Adsvertorial
  • Blogging
  • Review
    • Info
      • Mom Shop
  • Family
    • Crafts & Activities
      • Food & Recipe
      • Family Travel & Best Place
      • Life & Style
      • Parenting
© 2022 Puanbee.com | Powered by Superbs Personal Blog theme